Ticker

6/recent/ticker-posts

POLISI CHECK IN BAGASI AIRASIA

Ramai yang sudah tahu tentang polisi baru Syarikat Penerbangan tambang murah Air Asia yang mengetatkan polisi membawa bagasi tidak lebih dari 7kg ke dalam cabin. Peraturan ini pernah menjadi tular dengan pelbagai masalah dan alasan dari pengguna yang jelas tidak mengambil berat dan bersedia dengan syarat-syarat ini. Timbul beberapa berita yang mengatakan banyak bagasi yang terkandas di lapangan terbang kerana kerana polisi baru ini.

POLISI CHECK IN BAGASI AIRASIA


Untuk pengetahuan semua, polisi bagasi ini telah pun diperkenalkan Air Asia sejak dua tahun yang sudah. Namun, tiada tindakan serius yang dikenakan kepada penumpang sehinggalah baru-baru ini mereka mula memperketatkan semula polisi ini.

POLISI CHECK IN BAGASI AIRASIA


Polisi ini hanya membenarkan penumpang untuk membawa satu bagasi yang tidak melebihi ukuran saiz (56cm x 23cm x 26cm) dan barang peribadi yang kecil seperti komputer riba ataupun beg tangan. Berat kedua-dua bagasi ini mestilah tidak melebihi 7kg.

POLISI CHECK IN BAGASI AIRASIA


Sekiranya bagasi melebihi berat yang telah ditetapkan, penumpang akan dikenakan denda sebanyak RM200 dan bagasi itu akan dikira sebagai checked baggage.

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. So, klu bag lebih muatan. Better beli awal-awal utk checl in luggage.

    Pernah kena di Osaka, Jepun time nak balik. Last last, kena pakai semua baju tebal naik flight untuk ringankan bagasi. LOL

    BalasPadam
  2. balik kpg naik flight mmg ni jd masalah..sbb tu tiap kali nak balik & agak2 brg byk mana, mmg kene beli extra luggage.. kalau tak..masakkkk nak hulur duit byr luggage tu..huhu

    BalasPadam
  3. Sebenarnya syarikat penerbangan lain sudah amalkan ini. AA baru buat penegasan ...tapi masih ramai lagi yang kena denda.

    BalasPadam