Ticker

6/recent/ticker-posts

5 TIPS PACKING BARANG UNTUK TRAVEL

Gambar sekadar hiasan

5 TIPS PACKING BARANG UNTUK TRAVEL | Bila sebut travel jee admin yakin korang mesti suka bukan? Bila sudah sampai masa untuk travel, benda yang paling admin risaukan adalah bagaimana untuk packing barang untuk travel.

Kadang-kadang tu admin beriya bawa barang banyak-banyak tapi akhirnya tak digunakan pun. Jadi untuk menjimatkan ruang dan berat beg, mungkin list barangan perlu disediakan terlebih dahulu apa yang perlu di bawa. 

Ada satu kisah tu yang admin alami situasi baju yang dibawa banyak tapi tak sempat pakai pun masa melancong? Haaa kan sudah membazir ruang. 1 lagi yang penting, sediakan sedikit ruang kosong dalam luggage atau bagpack yang dibawa supaya ada ruang untuk letak barangan yang kita beli sepanjang perjalanan. Hehehehe.

Oleh itu meh sini admin kongsikan tips packing barang untuk travel.


1. BAWA PAKAIAN YANG MUDAH KERING

Admin kalau travel, admin lebih suka menggunakan tshirt yang mudah kering seperti material jersey. Sekarang ini sudah terlalu banyak rekaan yang cantik-cantik yang korang boleh pilih dipasaran yang boleh korang gunakan sebagai pakaian untuk travel.

Material jersey ini jenis mudah kering sekiranya ianya berkeadaan basah dan juga benda yang paling best adalah pengudaraan yang baik apabila kita pakai. Sangat selesa.

2. SUSUN BARANGAN DENGAN KEMAS DAN RAPI

Ramai yang tidak tahu susun pakaian yang betul. Ada yang lipat asal siap dan terus masukkan ke dalam beg. Haaa inilah sebabnya beg cepat penuh dan tak muat barangan lain. Fikir barangan yang penting untuk dibawa supaya tidak memberatkan beg korang nanti. 

Sebenarnya ada caranya untuk jimatkan ruang dalam beg anda. Gulung dengan rapi dan susunlah secara teratur supaya masih ada ruang untuk barangan keperluan yang lain. 

3. PILIH BEG YANG SESUAI 

Benda ini yang korang kena ambil perhatian. korang kena tahu kemana korang akan travel. Sekiranya travel korang memerlukan pergerakan yang banyak sebaiknya menggunakan back pack (beg galas) dan bukan beg jenis roda tarik. 

Jadi korang kena lihat bagaimana perancangan korang apa ingin travel nanti samada travel yang memerlukan korang berpindah randah atau travel setempat. 

4. MINIMUMKAN BARANGAN YANG HENDAK DIBAWA

Bila nak travel ni, kalau boleh minimumkan barangan yang hendak dibawa bagi mengelakkan masalah muatan beg korang nanti. Seperti contoh, kalau melancong musim sejuk, korang boleh pilih antara thermal clothes jenis wool ataupun heattech

Jenis pakai wool tebal dan berat, manakala heattech pula nipis dan ringan. Dua-duanya fungsi sama, bezanya berat dan ringan sahaja. So fikirkan mana yang berbaloi. 

5. ASINGKAN BARANGAN PENTING DIDALAM BEG KHAS

Benda ni bagi admin penting untuk travel. Asingkan barangan penting seperti telefon bimbit, pasport, duit, powerbank, wallet dan sebagainya didalam sebuah beg kecil (kalau boleh beg galas) bagi memudahkan korang mengambilnya sekiranya perlu. Jangan masukkan barangan tersebut didalam beg travel korang kerana ianya akan menyusahkan korang untuk mengambilnya sekiranya perlu. 

Begitulah tips yang ingin admin kongsikan  dan semoga ianya dapat memberi sedikit infromasi dan juga panduan untuk korang yang akan travel kemana-mana samada didalam atau ke luar negara. 



Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Ye betul tu... LeYa akan packing betul2 barangan ape yg nak dibawa..

    BalasPadam