KENALI NOMBOR KOD PADA MYKAD ANDA | Setiap seorang daripada rakyat Malaysia yang sudah mencapai umur 12 tahun diwajibkan untuk memilik MyKad dimana kad ini adalah kad identiti bagi setiap orang yang menjadi warga negara Malaysia.
Tapi tahukah anda nombor yang ada pada tengah-tengah nombor kad pengenalan anda mewakili makna apa? Meh sini admin kongsikan apa makna nombor yang ada ditengah-tengah nombor kad pengenalan korang.
Untuk pengetahuan korang. sejak tahun 1990, setiap warganegara Malaysia akan diberikan satu set nombor 12 digit yang unik dalam format TTBBHH-NN-###J sebagai nombor kad pengenalan.
Untuk senarai digit pertama (TTBBHH) merupakan tarikh lahir pemilik kad pengenalan. Manakala senarai digit kedua (NN) pula merupakan kod negeri lahir, dimana 01-13 adalah untuk negeri-negeri, 14-16 untuk Wilayah Persekutuan dan kod 71 jika lahir di luar Malaysia.
Bagi anggota polis, kod yang digunakan ialah 88 manakala untuk anggota tentera, kod yang digunakan ialah 99. Namun begitu apabila seseorang anggota polis atau tentera menamatkan perkhidmatan mereka, nombor kad pengenalan mereka akan ditukar kepada kod nombor asal tempat kelahiran mereka.
Terakhir, senarai digit (###J) merupakan nombor siri yang dijana secara rawak oleh sistem komputer Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia. Jadi korang tidak boleh memilih nombor yang akan tertera pada MyKad masing-masing.
Jadi sekarang korang sudah tau apa yang dimaksudkan untuk setiap nombor yang tertera pada MyKad korang kan. Semoga perkongsian admin ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat dimasa hadapan.
7 Ulasan
Noted of this info.
BalasPadamInfo yg amat berguna
BalasPadamWorth sharing !
BalasPadaminfo berguna..selama ni tak tau pun...TQ hihih
BalasPadamNice Sharing.Info yang menarik dan berguna untuk semua.
BalasPadamNice Sharing.Info yang menarik dan berguna untuk semua.
BalasPadamYang pasal jantina nombor genap ganjil tu salah ye.. Rujuk JPN.
BalasPadam