MENARIKNYA KENINGAU SEMPENA TAHUN MELAWAT KENINGAU 2018 | Sabah sangat banyak dengan pelbagai etnik yang unik dan mempersonakan yang tinggal disana. Bila sebut dengan kebudayaan, mereka juga mempunyai pelbagai jenis bentuk kebudayaan yang mungkin kita disemenanjung tidak pernah melihatnya.
Rentetan dengan kepelbagaian kebudyaan indah itu, tempoh hari berlokasi di Auditorium Eksperimen ASWARA, admin sempat menonton dramatari yang berjudul Latana The Bobohizan yang menonjolkan kebudayaan masyarakat Kadazan Dusun sekaligus melancarkan Tahun Melawat Keningau 2018 peringat Kuala Lumpur oleh Pegawai Daerah Keningau, Tuan Haji Yusof Bin Haji Osman.
Bila sebut negeri Sabah kita begitu sinonim dengan kawasan tarikan pelancongan seperti Kota Kinabalu, Sandakan, Semporna dan banyak lagi. Semua tempat yang disebutkan itu adalah tempat yang selalu didatangi oleh pengunjung dari luar untuk bercuti.
Tapi kita terlupa yang sebuah tempat yang diberi nama KENINGAU juga mempunyai tarikan yang tidak kurang hebatnya. Mungkin kedudukannya yang sedikit pedalaman menjadikan ianya dinobatkan sebagai “Permata di Pedalaman Utara Borneo” oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah sendiri kerana didalamnya terdapat tempat tarikan yang tidak pernah orang ketahui keindahan dan sekaligus oleh menjadi tarikan pelancongan.
LOKASI MENARIK DI KENINGAU YANG BOLEH DILAWATI
Sebenarnya admin tidak banyak iniformasi berkenaan dengan lokasi menarik yang ada di Keningau. Mujur Pengarah Projek Visit Keningau Year 2018, Encik Rafie Robert sudi berkongsi dengan admin lokasi menari di Keningau yang boleh dilawati nanti. Ini adalah antara tempat yang akan menjadi lokasi tarikan pelancong untuk datang ke Keningau.
TEMPAT BERSEJARAH
•The Oath Stone Keningau
•World War 2 Memorial Park
•Muzium Warisan Keningau
•Rumah Besar OKK Sedomon
•Japan Surrender Point
ADVENTURE
•Gua Laing - Laing Cave
•Gua Batu Salag - Salag Rock Cave
•Batu Minitinduk - Minitinduk Rock
•Sub-Station Minitinduk Trails (Rafflesia Park)
•Bukit Trig - Trig Hill
•Bukit Matanoi - Matanoi Hill
•Bukit Lugas - Lugas Hill
•Bukit Kikiran - Kikiran Hill
•Air Terjun Tinaaman
•Air Terjun Berkembar
•Air Terjun Mandanan
•Tindian White Water Rafting
•Lubuk Pinamansok
PASAR SETEMPAT
•Tamu Ground Keningau
•Pasar Tamu Apin-Apin
•Pasar Malam Keningau
•Tamu Kraf Taman Bandukan
TAMAN
•Pusat Rekreasi Taman Bandukan
•Kapayan Recreation Resources
•Mee Woo Resort
•Taman Banjaran Crocker
•Sungai Tagal Kg.Senagang
•Sungai Tagal Kg.Nuntunan
•Sungai Tagal Taman Bandukan
AGRO TOURISM
•Evegreen Live Stock Farm (Eco Yap)
•Pusat Penternakan Sebrang (Live Stock)
•Pusat Pelancongan Bukit Kayu Manis
TEMPAT KEAGAMAAN
•Guang Ji Temple
•Pusat Ziarah Keluarga Kudus Keuskupan Keningau
•Masjid Al-Taqwa
KRAFTANGAN
•Pusat Kraftangan Sabah
•Kampung Kraf Kg.Batu Lunguyan
•Kampung Kraf Kg.Ulu Senagang
•Kampung Kraf Kg.Kuala Kahaba
Nampak tak sangat banyak dan memang memenuhi setiap apa yang anda semua inginkan termasuklah tempat bersejarah, kraftangan, tempat keagamaan, agro tourism, advenrue dan banyak lagi.
Selain tempat menarik, admin yakin korang yang jenis kaki travel pasti akan mencari menu unik dan signature bagi masyarakat setempat bukan? Admin sempat juga diperkenalkan dengan beberapa menu yang menjadi menu wajib bagi masyarakat disana seperti Tuhau, Tuhau Sayur dan Bosou Ikan. Ini adalah sebahagian daripada menu signature mereka. Khabarnya banyak lagi menu yang boleh anda semua cuba apabila berkunjung ke Keningau nanti.
Admin bagai tidak sabar untuk menyelusuri tempat indah di Keningau nanti. Jadi apa kata untuk tahun 2018 ini, kita sama-sama luangkan masa untuk datang ke Keningau sempena Tahun Melawat Keningau 2018 dan rasai pengalaman baru bercuti disana dan rasai pengalaman baru disana dan menjadikan Keningau sebuah lokasi percutian yang sangat hebat di Malaysia.
Kredit foto: www.dikbee.com
4 Ulasan
Marilah datang ke Keningau,lokasi sejuk Dan kalau bernasib baik bolehlah makan payau di restaurant kawan kami.
BalasPadamWah nampak menarik dan cantik.Boleh nantipergi ke keningau sabah tu.Banyak aktiviti dan tempat yang menarik.Boleh jalan-jalan sambil berbelanja ni
BalasPadamMenarik.. Leya pun belum pernah sampai ke Keningau.. DUlu pun ke Kota Kinabalu dan Kudat je.. Hmmm...rasanya boleh masuk list cuti-cuti malaysia tahun ni.. Tq Projek Travel bagi info
BalasPadamTahun ni memang dah ada flight bercuti ke Sabah.. tapi destinasi KK dan kundasang :)
BalasPadamTak puas pergi tahun sebelum ni