Memilih penginapan ketika bercuti di bumi Bali bukanlah satu perkara yang mudah, terlalu banyak hotel-hotel yang cantik dengan konsep yang tersendiri. Tapi semasa kami bercuti di daerah Kuta, Berry Glee Hotel cukup menarik perhatian kami untuk menginap disini untuk 3 hari 2 malam. Mudah cerita korang boleh lihat sendiri perkongsian foto-foto menarik dari bekas pelanggan mereka yang pernah berpengalaman menginap di sana dengan carian hashtag #BerryGleeHotel.
Berikut merupakan beberapa info yang kami nak kongsikan kepada korang berkenaan dengan Berry Glee Hotel .
Berikut merupakan beberapa info yang kami nak kongsikan kepada korang berkenaan dengan Berry Glee Hotel .
INFO 1 DEKAT DENGAN LAPANGAN TERBANG
Ngurah Rai Airport, Photo Ihsan travel.kompas.com
Apa yang lebih memudahkan seorang traveller seperti saya sekiranya hotel atau penginapan yang ditempah dekat dengan lapangan terbang. Lapangan Terbang Ngurah Rai merupakan sebuah lapangan terbang Antarabangsa di tanah Bali yang menerima beribu pelancong dari pelusuk dunia. Jarak Berry Glee Hotel dari lapangan terbang tersebut dikatakan hanya memakan masa 15 minit perjalanan dengan menaiki kereta.
Bukan hotel yang biasa-biasa, Berry Glee Hotel merupakan sebuah hotel bertema yang pertama di bali yang diuruskan oleh Avilla Bali. Selain Berry Glee Hotel , mereka juga mempunyai beberapa properties lain yang berbeza dari segi konsepnya. Yang penting semuanya best. Kalau korang nak tahu properties lain yang ada, boleh rujuk hashtag #AvillaBaliExperience.
Berry Glee Hotel menawarkan beberapa jenis bilik bertema seperti Master Suite, Family Room, Junior Suite dan Superior Room. Memandangkan admin datang berdua, kami telah memilih untuk menginap di bilik dari jenis Master Suite. *alang-alang datang dari jauh, apa salahnya cuba untuk menginap di unit terbaik mereka kan.
Untuk pengetahuan korang, bilik Master Suite yang ditawarkan mempunyai 3 jenis tema berbeza iaitu Muzik, Movie dan Wonderland. Memandangkan kami menginap disini selama 3 hari 2 malam, tidak salah untuk cuba di 2 bilik berbeza kan. Ternyata 1 malam di bilik bertemakan Movie dan 1 malam lagi di bilik bertemakan Muzik tidak puas untuk kami.
INFO 3 KEMUDAHAN DI BILIK YANG LENGKAP
Bilik-bilik bertema di Berry Glee Hotel dilengkapi dengan sebuah TV berskrin rata dengan saluran satelit, telefon, pembuat teh / kopi dan bar mini. Bilik-bilik tertentu seperti Master Suite yang admin inap mempunyai ruang duduk bersofa di mana anda boleh berehat santai bersama pasangan atau keluarga.
Setiap bilik dilengkapi dengan bilik mandi peribadi yang cukup bersih. Kelengkapanya yang mereka sediakan termasuk sandal dan peralatan mandian percuma. Tidak lupa perkara paling penting ketika travel iaitu Wifi PERCUMA berkelajuan tinggi.
Setiap bilik dilengkapi dengan bilik mandi peribadi yang cukup bersih. Kelengkapanya yang mereka sediakan termasuk sandal dan peralatan mandian percuma. Tidak lupa perkara paling penting ketika travel iaitu Wifi PERCUMA berkelajuan tinggi.
Para tetamu boleh menikmati Restoran Keller yang menyajikan masakan barat dan menawarkan konsep yang unik dengan reka bentuk dalaman yang cukup moden dan cool. Ianya dibuka setiap hari dalam menyajikan sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam.
Sarapan bufet disediakan dengan bayaran tambahan dan disajikan setiap pagi antara jam 07:00 hingga 11:00. Sarapan pagi yang sangat sedap dan mengeyangkan.
Sarapan bufet disediakan dengan bayaran tambahan dan disajikan setiap pagi antara jam 07:00 hingga 11:00. Sarapan pagi yang sangat sedap dan mengeyangkan.
Bagi sesetengan orang, kemudahan yang biasa mereka persoalkan ketika membuat tempahan hotel adalah "Adakah hotel tersebut mempunyai kolam renang?". Untuk pengetahuan korang, Berry Glee Hotel mempunyai sebuah kolam renang yang cukup besar di tengah-tengah bangunannya. Selain dari itu, mereka juga turut menyediakan kolam renang yang mesra kanak-kanak.
Terdapat kaunter penerimaan tetamu 24-jam yang menawarkan bantuan pada bila-bila masa.Wi-Fi percuma ditampilkan di seluruh hotel, dan tempat letak kenderaan persendirian percuma juga ada disediakan khas bagi tetamu mereka. Berry Glee Hotel juga turut menyediakan bilik karaoke untuk tetamu mereka berhibur dan kids' club dan taman permainan untuk kemudahan tetamu mereka yang datang membawa kanak-kanak.
INFO 7 SESUAI UNTUK MEREKA YANG BERJIWA MUDA
Jangan bingung kalau dari meja peyambut tetamu lagi anda akan dilayan mesra oleh kakitangan hotel yang cukup mesra dan muda remaja. Konsepnya untuk menambat hati tetamu mereka yang berjiwa muda cukup berjaya dengan penyampaian dekorasi moden dan berwarna warni.
Bukan hanya sekadar di meja penyambut tetamu sahaja, malah anda juga akan dilayan oleh kakitangan yang muda remaja di meja makan di KELLER’S Restaurant ketika mengambil pesanan makanan. Apa yang boleh admin katakan, di Berry Glee Hotel ini susah untuk anda menemukan kakitangan hotel yang berusia. Admin sendiri yakin bahawa, walaupun ada tetamu mereka yang datang adalah dikalangan mereka yang berusia, dengan situasi dan keadaan begini boleh meremajakan mereka serta merta. hehe.
INFO 8 LOKASI YANG STATEGIK
Lokasinya yang strategiK di Jalan Raya Kuta berada ditengah-tengah antara Kuta-Legian dan Jalan Sunset Road, betul-betul berlokasi dibelakang Rumah Sakit Siloam. Seperti yang telah admin katakan pada FAKTA1, ianya juga cukup dekat dengan lapangan terbang (Bandara Ngurah Rai). Sangat mudah untuk menjejaki lokasi-lokasi popular lainnya seperti Seminyak, Sanur, Nusa Dua, dan lain-lain.
Mall Bali Galeria (1,2 km), Carrefour Sunset Road (1,2 km), Discovery Shopping Mall 2,1 km), Kuta Beach (1,1 km), Legian Beach (3,4 km), Double Six Beach (4,4 km), Petitenget Beach(7,1 km), Sushi Tei (750m)
"Secara keseluruhannya, Berry Glee Hotel cukup menepati kehendak kami. Bilik dengan dekorasi yang cukup cantik dan luas boleh membuatkan kami berfikir banyak kali untuk keluar. Suasana dekorasi yang moden dan berwarna warni berjaya meremajakan diri kami jauh dari usia sebenar. Tapi sayangnya, oleh kerana masa yang tidak terlalu banyak, kami tidak sempat untuk merasai sendiri untuk mandi di kolam renangnya."_admin
"Secara keseluruhannya, Berry Glee Hotel cukup menepati kehendak kami. Bilik dengan dekorasi yang cukup cantik dan luas boleh membuatkan kami berfikir banyak kali untuk keluar. Suasana dekorasi yang moden dan berwarna warni berjaya meremajakan diri kami jauh dari usia sebenar. Tapi sayangnya, oleh kerana masa yang tidak terlalu banyak, kami tidak sempat untuk merasai sendiri untuk mandi di kolam renangnya."_admin
_____________x_____________
BERRY GLEE HOTEL KUTA BALI
Jl. Raya Kuta No.139,
Kuta, Badung Regency,
Bali 80361
Star: ****
Phone: (0361) 760008
Website: berrygleehotel.com
Facebook: Berry Glee Hotel
Email: info@berrygleehotel.com
Tripadvisor: Berry Glee Hotel
8 Ulasan
Cantik dan sangat selesa sekali.. Tq for the info
BalasPadamBali dah makin cantik. Akak dah ke sana transit 2015 selepas 10 tahun tidak ke sana. Banyak betul perubahan Bali.
BalasPadammeriah hotel tu ...cantik. rasa nak pergi sana
BalasPadamalaaa... tak kesampaian lagi nak ke bali. Nanti kalau pi boleh menginap kat sini. Besar tu bilik dia, bilik air pun besar. kalau hanimon syok ni. boleh mandi berdua.. ehhh ^_^
BalasPadamSerius cantik bilik dia. Berwarna warni dan cerita. yang bestnya Ikut tema :D
BalasPadamcantiknya hotel diaaaaa. ainy inshaaAllah akan ke bali bulan 10 ni, nanti nak try tengok jugaklah rate hotel ni. macam senang je nak access ke tempat2 menarik kat sana. TQ madi for the infoooo.
BalasPadamwah cantiknya glee hotel tu,boleh la travel sana nanti.Terima kasih ye atas infonya.
BalasPadamHotel dia ceria bewarna warni...kalau ada rezeki ke Bali boleh cuba hotel ni.
BalasPadam