Ticker

6/recent/ticker-posts

SUPERSTAR GEMINI KEMBALI TAWARKAN PERCUTIAN PELAYARAN STAR CRUISES DI MALAYSIA

SUPERSTAR GEMINI KEMBALI TAWARKAN PERCUTIAN PELAYARAN STAR CRUISES DI MALAYSIA | Bagai Sirih Pulang ke Gagang, Genting Cruise Lines telah mengadakan majlis bagi menyambut ketibaan SuperStar Gemini, sebuah kapal pelayaran popular yang kembali ke Malaysia untuk berpengkalan pertama kali di Boustead Cruise Centre, Pelabuhan Klang dari 5 November 2018 hingga 28 April 2019. Kali ini SuperStar Gemini menawarkan perjalanan dari Pelabuhan Kelang menuju ke Langkawi dan Pulau Pinang serta ke Phuket, Thailand.

SuperStar Gemini Kembali Tawarkan Percutian Pelayaran Star Cruises Di Malaysia

Tetamu yang hadir di majlis sambutan telah diberi peluang untuk menaiki kapal persiaran SuperStar Gemini ini bagi melihat dan merasai sendiri segala kemudahan yang ada di atas kapal ini. Apa lagi, masing-masing teruja dan tak sabar. Turut hadir, Yang Berbahagia Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan), Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia sebagai Tetamu Kehormat, wakil-wakil agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, rakan-rakan korporat dan media.

SuperStar Gemini Kembali Tawarkan Percutian Pelayaran Star Cruises Di Malaysia

Dalam majlis ini pihak Genting Cruises Lines bukan sahaja ingin membawa perubahan positif bagi industri pelancongan Malaysia malah turut memberi harapan terhadap insan-insan yang terpilih. Melalui kerjasama dengan Make-A-Wish Malaysia, Star Cruises telah menunaikan impian seorang kanak-kanak untuk menjadi 'Kapten' kapal. Tahniah adik Adam Khalish kerana terpilih di mana beliau begitu teruja dengan kapal-kapal pelayaran dan teringin untuk belayar. Comel je adik Adam Khalish bila berpakaian sama seperti Kapten Superstar Gemini iaitu Kapten Christian Westergren yang turut memakai topi kapten kepada adik Adam. Selain tu adik Adam dan keluarga juga berpeluang untuk mengikuti pelayaran sulung Superstar Gemini yang bermula dari Pelabuhan Kelang ke Phuket.

SuperStar Gemini Kembali Tawarkan Percutian Pelayaran Star Cruises Di Malaysia

Selain sambutan sempena kehadiran SuperStar Gemini, Genting Cruises Lines meraikan ulang tahun yang ke-25 dalam industri pelayaran. Selama ini Genting Cruise Lines telah menyokong pertumbuhan industri pelancongan kapal pelayaran di Malaysia dengan Star Cruises dan juga Dream Cruises, mengunjungi pelabuhan-pelabuhan utama di seluruh Malaysia sejak tahun 1994. Kerajaan Malaysia menyokong sepenuhnya segala inisiatif yang dilakukan untuk mempromosikan pelancongan pelayaran di Malaysia. 

"Tahun ini Genting Cruise Lines meraikan Ulang Tahun ke-25nya dalam industri pelayaran dengan jenama perintis Star Cruises kami, sepenuhnya menggambarkan komitmen berterusan kami dalam membangunkan pelancongan pelayaran Malaysia, bersama-sama dengan negara-negara jirannya dan seluruh Asia. Genting Cruise Lines akan meneruskan usaha untuk menyebarkan keseronokan berlayar serta menunaikan pelbagai impian untuk masyarakat, sama ada impian seorang kanak-kanak untuk menjadi kapten atau mewujudkan lebih banyak peluang untuk lebih ramai keluarga menikmati percutian pelayaran bersama rakan-rakan dan orang kesayangan mereka,"
- Encik Ang Moo Lim, Presiden Star Cruises -

SuperStar Gemini Kembali Tawarkan Percutian Pelayaran Star Cruises Di Malaysia

FAKTA MENGENAI INDUSTRI PELAYARAN MALAYSIA


✔ Terdapat sebanyak 12 buah pelabuhan di dalam negeri
 Tahun 2017, Malaysia telah menerima sebanyak 924,885 penumpang kapal pelayaran dan 599 kapal pelayaran, peningkatan sebanyak 37.8% dan 35.6%, berbanding dengan 682,063 penumpang kapal pelayaran dan 435 kapal pelayaran pada 2016. 
 Kehadiran SuperStar Gemini yang kini berpengkalan di Malaysia, Star Cruises terus komited dalam pengukuhan Malaysia sebagai hab pelayaran di rantau ini

SuperStar Gemini Kembali Tawarkan Percutian Pelayaran Star Cruises Di Malaysia

INFO MENGENAI STAR CRUISES 


 Star Cruises meraih pengiktirafan “Travel Hall of Fame” Travel Trade Gazette (TTG) sepanjang lebih sepuluh tahun. 
 Setiap pelayaran kapal Star Cruises di seluruh Asia menawarkan perkhidmatan dan kemudahan yang terbaik. 
 SuperStar Gemini menawarkan pelayaran dan akan berhenti di beberapa pelabuhan di Malaysia termasuk Pelabuhan Klang, Pulau Pinang dan Langkawi.
 Pelanggan boleh memilih untuk bertolak dari mana-mana hab pelancongan yang mempunyai rangkaian pengangkutan yang baik untuk menerokai pelbagai jadual perjalanan pelayaran pergi-balik yang popular. 
 Jadual pelayaran Star Cruises 
    🚢 4Hari/3Malam ke Phuket dan Langkawi
    🚢 4Hari/3Malam ke Phuket dan Pulau Pinang
    🚢 5Hari/4Malam ke Phuket, Krabi dan Pulau Pinang (berlepas pada 6 Februari 2019) 
    🚢 3Hari/2Malam ke Singapura (berlepas pada 10 Februari 2019)
    🚢 4Hari/3Malam (pergi-balik) dari Pulau Pinang ke Pelabuhan Klang dan Phuket pada tarikh-tarikh tertentu.

SuperStar Gemini Kembali Tawarkan Percutian Pelayaran Star Cruises Di Malaysia

Sempena cuti sekolah yang akan datang tak lama lagi, pihak Star Cruises juga menawarkan pengalaman percutian yang unik dan menarik buat para pelancong seperti tawaran ke destinasi-destinasi yang baru serta pelayaran tematik khas seperti pelayaran tematik "Spider-Man : Into the Spider-Verse". Bagi filem baru ‘Spider-Man: Into the Spider-Verse’ yang bakal ditayangkan di pawagam bermula bulan Disember ini, Star Cruises telah berkerjasama dengan Sony Pictures untuk menyediakan aktiviti-aktiviti berinteraksi di kapal SuperStar Gemini yang bermula dari 14 November 2018 hingga 31 Januari 2019. Antaranya aktiviti yang dijalankan adalah seperti Spider-Man Scavenger Hunt, Meet & Greet, Cabaran Kecergasan, Sambutan Hari Krismas dan lain-lain.Pasti anak-anak akan gembira dapat belayar bersama Spiderman. 


SuperStar Gemini Kembali Tawarkan Percutian Pelayaran Star Cruises Di Malaysia


SuperStar Gemini Kembali Tawarkan Percutian Pelayaran Star Cruises Di Malaysia

SuperStar Gemini Kembali Tawarkan Percutian Pelayaran Star Cruises Di Malaysia

Sebenarnya ada banyak lagi aktivit-aktiviti yang boleh dilakukan di atas kapal kerana kapal SuperStar Gemini ini mempunyai pelbagai kemudahan yang lengkap termasuk persembahan istimewa setiap hari, restoran makanan Asia dan Antarabangsa yang enak, pusat hiburan keluarga, kemudahan rekreasi, sukan dan kecergasan, zon membeli belah bebas cukai, spa serta kabin tidur yang sangat selesa. Untuk merasai segala pengalaman di atas kapal ini, pihak kami Projek Travel telah menghantar seorang wakil untuk meneroka apa yang menarik sepanjang pelayaran bersama SuperStar Gemini dari Pelabuhan Kelang ke Phuket dan Penang. Nantikan entri seterusnya ya. Untuk maklumat lanjut mengenai Star Cruises boleh rujuk website http://www.starcruises.com



Catat Ulasan

1 Ulasan