Ticker

6/recent/ticker-posts

BERSEDIA UNTUK PERCUTIAN MUSIM PANAS



Data Agoda menunjukkan Malaysia dan KL adalah antara destinasi percutian musim panas pilihan utama pelancong dari negara Arab Saudi dan Timur Tengah.


Agoda, salah satu platform percutian digital yang paling berkembang maju di dunia telah mengumumkan destinasi pilihan utama pelancong-pelancong dari serata dunia bagi percutian musim panas berdasarkan data perjalanan yang diperolehinya. 

Berdasarkan kepada data tersebut, Malaysia telah muncul sebagai sebuah negara destinasi utama bagi pelancong-pelancong dari negara Arab Saudi, dengan Kuala Lumpur di tempat teratas di dalam senarai, manakala Langkawi di tempat ke-10. Kuala Lumpur juga berjaya mendapat tempat di 10 teratas sebagai desinasi pilihan pelancong dari Timur Tengah, dan secara keseluruhannya, telah naik satu anak tangga dari tempat ke-9 tahun lepas ke tempat ke-8 dalam tahun 2019.


Di samping itu juga, data Agoda menunjukkan Tokyo, London dan Las Vegas masih menjadi destinasi percutian utama dalam tahun 2019. 

Jepun mendominasi rancangan percutian musim panas pelancong-pelancong Asia Pasifik dengan menggondol 6 daripada 10 destinasi utama tahun ini. Destinasi pillihan ramai adalah Tokyo, Osaka, Pulau Besar Okinawa, Kyoto, dan disertai oleh Sapporo dan Fukuoka, yang telah mengeluarkan Singapura dan Hong Kong daripada senarai 10 teratas.

Tarikan Tokyo sebagai destinasi perlancongan utama bukan terhad kepada para pelancong dari Asia, malah ia juga mendapat tempat 10 teratas bagi pelancong-pelancong dari semua rantau. Data tempahan Agoda menunjukkan Tokyo melonjak ke tempat ke-2 bagi pelancong Amerika Syarikat dan tempat ke-5 bagi pelancong Eropah tahun ini.

Sementara pelancong Asia-Pasifik lebih cenderung untuk bercuti “di dalam negara”, pelancong Timur Tengah, Amerika Utara dan Eropah lebih gemar merentasi benua untuk percutian musim panas mereka. Ibu kota fesyen Eropah, London dan Paris adalah destinasi kota utama yang menjadi tarikan pelancong Timur Tengah tahun ini, manakala bandar raya Rome, yang penuh sejarah dan gaya chic Itali, mendapat tempat ke-3. Destinasi Asia juga semakin mendapat tempat di hati pelancong Timur Tengah, dengan Bali dan Tokyo menyertai Bangkok dan Kuala Lumpur di dalam senarai 10 teratas tahun ini. 

Las Vegas kekal di tempat pertama bagi pelancong Amerika Utara dalam tahun 2019, dengan Tokyo menjatuhkan New York dari tempat ke-2 ke tempat ke-3. Kota-kota kosmopolitan London, Paris dan Rome dengan tarikan sejarah dan kontemporari juga mendapat tempat dalam senarai 10 teratas. Los Angeles, Orlando, Chicago dan Seattle adalah destinasi domestik utama dalam senarai 10 teratas musim panas tahun ini. 

Sementara itu, pelancong Eropah bercuti lebih jauh dengan menggunakan lebih banyak perjalanan jarak sederhana dan jauh musim panas ini. Destinasi Asia telah menggantikan beberapa kota tradisional Eropah dalam senarai 10 teratas. Antara destinasi popular Asia yang tersenarai adalah Bali, Bangkok, Tokyo dan Pattaya. New York dan Las Vegas juga telah memasuki senarai kegemaran pelancong Eropah, menandakan satu perubahan dalam tabiat percutian mereka. 

Destinasi Percutian Musim Panas Mengikut Rantau



Inspirasi Percutian

Dari alam semulajadi sehinggalah tempat-tempat bersejarah, Agoda ingin kongsikan inspirasi percutian musim panas bagi memenuhi kemahuan pelbagai jenis pelancong:

  • Percutian bersama kanak-kanak kecil – Osaka, Japan 
Osaka adalah sebuah destinasi yang ideal untuk mereka yang ingin bercuti dengan si kecil mereka. Luangkan masa sepetang di Taman Pantai Nishikinohama yang terkenal dengan pantai putih dan bersih serta pokok pain yang teduh. Mendapat tempat 100 teratas sebagai salah satu tempat paling indah di Osaka, taman ini berada sejauh 10-minit berjalan kaki dari stesen Nishikinohama, menjadikan tarikan ini mudah diakses oleh orang ramai. Sambil kanak-kanak bersuka-ria mencari kepah di pantai, orang dewasa boleh menikmati barbeku atau berenang di pantai. 

Akuarium Osaka juga adalah sebuah tarikan yang menyeronokkan untuk dilawati oleh ibu bapa dan anak-anak. Ikan-ikan beraneka warna pastinya menarik perhatian kanak-kanak manakala pameran interaktif yang unik membolehkan orang dewasa mempelajari sesuatu yang baru!

Untuk merancang percutian ke Osaka, sila gunakan Panduan Percutian Osaka Agoda

  • Percutian bersama anak-anak remaja – Los Angeles, USA 
Los Angeles atau The City of Angels menawarkan pelbagai aktiviti yang menarik kepada para pelancong – dari muzium dan konsert sehingga aktiviti kembara berjalan kaki dan menunggang kuda – sesuai untuk memenuhi masa anak-anak remaja. Jika anak-anak remaja anda menggemari program televisyen, bawalah mereka ke sesi rakaman secara langsung program jenaka atau bual bicara. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan malah mereka boleh mempelajari selok-belok di belakang tabir. 

Jika anak-anak remaja anda gemarkan alam semulajadi, bawalah mereka untuk menyaksikan ikan paus melalui Thingstodo.agoda.com di sana mereka boleh mengenali haiwan yang menakjubkan tersebut dengan lebih dekat. Anda juga boleh daftarkan anak-anak remaja anda untuk sesi belajar meluncur air sementara anda berehat sambil berjemur di tepi pantai!

  • Destinasi yang terbaik untuk seisi keluarga – Bali, Indonesia
Kepada keluarga yang gemarkan pengembaraan, Bali mempunyai segalanya – dari gunung-ganang, pantai, pusat membeli-belah dan rawatan spa sehingga hidangan makanan kelas pertama. Sebenarnya, tiada cara yang lebih baik untuk menerokai Bali selain daripada menyelami budaya hidangan jalanan atau street food yang kaya. Dipengaruhi oleh tradisi kulinari Indonesia, Cina dan India, masakan Bali menampilkan aneka rempah-ratus, hasil tangkapan laut dan makanan segar. Bersiar-siarlah di Jalan Batu Bolong, Canggu, sebatang jalan sepanjang 2 kilometer yang dipenuhi restoran, kafe and kedai-kedai yang menjual makanan idaman anda. Anda juga boleh mengunjungi Pasar Malam Sindhu, satu destinasi pilihan yang terbaik untuk sekeluarga yang ingin mencuba pelbagai makanan Bali dengan harga tempatan. 

Bagi keluarga yang merancang percutian musim panas yang istimewa, semaklah pilihan Agoda Homes di Agoda Tempat-tempat penginapan tersebut membolehkan keluarga untuk menginap di vila atau pangsapuri yang dilengkapi dengan kemudahan yang jarang didapati di hotel.

  • Percutian kembara kosmopolitan – London, United Kingdom
Tanpa mengira anda bercuti secara solo atau berkumpulan, London adalah sebuah destinasi percutian musim panas yang tiada tolok bandingannya. Sarat dengan aktiviti untuk memenuhi kehendak setiap jenis pelancong, London menawarkan kepelbagaian dalam tarikan budaya, membeli-belah, serta sejarah. Nikmati hiburan malam London, tontoni persembahan di West End atau jelajahi pasar, taman dan mercu tanda bersejarah di kota ini. Cuaca panas di bulan Jun juga menandakan bermulanya musim festival muzik di kota ini – satu destinasi yang hebat untuk bertemu rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama. London juga adalah tempat yang sesuai dijadikan pangkalan untuk lawatan harian ke luar bandar Inggeris. Dapatkan ilham percutian dan cadangan untuk aktiviti serta lawatan di sekitar London di Things to Do di dalam aplikasi mobil Agoda.

P/S : Data Agoda dikumpul semak daripada tempahan yang dibuat secara global dalam bulan Jun sehingga Ogos 2019. Pecahan tambahan mengikut negara boleh didapati di www.agoda.com/press/summertravel2019

Catat Ulasan

0 Ulasan