Tahun sebelum masihi memperlihatkan kawasan sekitar Lembah Bujang sebagai satu kawasan perdagangan utama apabila kawasan penempatan penduduk terletak di pinggir sungai. Sungai Muda atau lebih dikenali sebagai Kota Kuala Muda sekarang ini menjadi laluan pedagang berdagang barangan jualan malah mengutip hasil tanaman sebelum meneruskan pelayaran mereka.
Penduduk di Sungai Batu digemparkan dengan penemuan sebuah tempat ritual keagamaan masyarakat sebelum kedatangan agama di Tanah Melayu terutamanya di Semeling. Bermula dari penemuan tersebut, para pengkaji percaya wujudnya penempatan di kawasan Semeling ini.
Tapak arkeologi ini bermula apabila monumen ritual peninggalan sejarah dijumpai. Tapak dasar monumen yang berbentuk bulat melambangkan kepercayaan masyarakat pada kurun tersebut yang mengamalkan animisme iaitu penyembahan objek seperti bulan dan matahari. Di atas tapak bulat tersebut ada lagi satu tapak berbentuk segi empat. Tapak ini dipercayai dibina selepas kedatangan agama Budha ke kawasan ini.
Terdapat beberapa monumen lain seperti pelabuhan dimana ia dibina agak moden dan mengunjur ke arah sungai. Terdapat binaan seperti tiang dan serpihan atap genting dan ini menandakan masyarakat pada zaman itu semakin menerima pengaruh binaan luar.
Antara monumen lain yang dijumpai ialah Syahbandar. Syahbandar ini terletak berdekatan pelabuhan dan binaannya seperti sebuah pejabat zaman sekarang dan mempunyai bilik-bilik kecil yang dipercayai digunakan untuk istirehat para pedagang sebelum meninggalkan pelabuhan.
Dibawah seliaan Jabatan Warisan Negara, pihak Universiti Sains Malaysia menjadikan tapak ini sebagai salah satu silibus wajib bagi para pelajar yang mengambil jurusan arkeologi dan pelajar perlu lulus silibus ini.
Pelajar akan diajar cara dari mula proses mencari kawasan yang dijangka ada monumen yang masih diliputi tanah menggunakan mesin pengesan. Setelah dikenalpasti, proses penandaan kawasan yang bakal dikorek akan dilakukan. Seterusnya proses eskavasi iaitu proses cari gali dalam tanah dimulakan. Proses tersebut akan diteruskan sehinggalah mereka menjumpai binaan monumen tersebut.
Tapak arkeologi Sungai Batu ini dibuka kepada pelawat luar dan dalam negara. Pelawat akan diberi penerangan mengenai tapak dan melakukan beberapa aktiviti yang telah disediakan seperti membuat bata dan melihat proses peleburan besi.
Terdapat dua pakej iaitu Pakej Penuh bermula dan Pakej Lawatan Berapandu. Maklumat lanjut mengenai pakej boleh hubungi : 04-653 5970 & www.arkeologi.usm.my
Muzium ini dibina bertemakan arkeologi di mana barangan artifak yang dijumpai semasa proses eskavasi dipamerkan di sini. Muzium ini juga menyimpan artifak Proto-Sejarah atau Pra-Islam yang mengaitkan Lembah Bujang sebagai sebuah entrepot pada kurun kedua Masihi sehingga ke-14 Masihi.
Antara barangan yang dipamerkan ialah replika candi, pasu seramik, patung keagamaan dan lain-lain. Pengunjung boleh melawat muzium ni bagi melihat artifak yang dijumpai dan penerangan lanjut mengenai artifak tersebut turut disediakan oleh pihak muzium. Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Merbok, Kedah dibuka dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari.
3. CANDI BUKIT BATU PAHAT
Candi yang juga mempunyai maksud tempat penyembahan keagamaan Hindu-Buddha ini dijumpai masih kukuh diatas Bukit Batu Pahat.
Terletak berdekatan Muzium Arkeologi Lembah Bujang, iaitu hanya di atas bukit Batu Pahat, candi ini berfungsi sebagai pusat pemujaan para pedagang beragama Hindu-Buddha seperti patung-patung, peripih, Lingga, Yoni dan Somasutra.
4. GALERI TSUNAMI, KOTA KUALA MUDA
Galeri ini dibina bagi memperingati sejarah Kota Kuala Muda yang dilanda tsunami pada tahun 2004. Terdapat pameran barangan yang terselamat semasa kejadian tsunami berlaku seperti naskah Al-Quran.
Galeri ini turut mempamerkan gambar-gambar sekitar proses menyelamat dan pemberian bantuan serta lukisan semasa peristiwa itu berlaku.
Article oleh : Balqis Athirah
Foto Oleh : Sally Samsaiman
Catatan blog ini dapat diwujudkan menerusi program
EKSPRESI MEDIA - LEMBAH BUJANG 2019
Anjuran Tourism Malaysia
08-11 Julai 2019, Lembah Bujang, Kedah.
0 Ulasan