Artikel kali ni saya akan kongsikan lokasi menarik seterusnya di Sungai Lembing yang sempat kami singgah tempohari selepas Lombong Bijih Timah bawah tanah Tai Pei Tong. Lokasi yang saya maksudkan ni cukup popular di kalangan kaki hiking dan pencinta alam semulajadi. Lokasi yang cukup unik, menarik dan harus di lawati jika berpeluang. Lokasi yang saya maksudkan adalah Air Terjun Pelangi (Rainbow Waterfall).
Air Terjun Pelangi Sungai Lembing
Seawal 6.30 pagi lagi kami telah berkumpul di kafe lokasi penginapan kami untuk trip kami ke Lokasi Air Terjun yang katanya sejauh 18 km dari Pekan Sungai Lembing. 18 km yang dimaksudkan adalah perjalanan kami menaiki pacuan 4 roda ke basecamp yang berada di Lubuk Beruk. Untuk ke lokasi sebenar Air Terjun Pelangi, kami perlu trecking sejauh 1.7 km ke dalam hutan.
Keadaan atas bukit yang berkabus
Tapi sebelum itu, sempat juga kami singgah untuk menikmati keindahan suasana matahari terbit di atas Sunset Hill yang berada tak jauh dari Pekan Sungai Lembing. Tidak perlu membazir tenaga untuk hiking, lokasi ini boleh diakses terus dengan menaiki pacuan 4 roda.
Keindahan suasana di sekitar atas Sunset Hill
Keadaan disini sangat nyaman dan menarik kerana kita akan berada seolah-olah di pekampungan atas awan yang cukup tenang. Lokasi ni baru saja dibuka beberapa minggu sebelum lawatan kami ke sini tempohari.
Kami pun sempat juga bergambar bersama untuk kenangan
Apabila sampai di basecamp di Lubuk Beruk, line telefon hanya available untuk emergency call sahaja. Tiada line telefon, apatah lagi internet. Kat sini ada kemudahan tandas untuk lelaki dan perempuan. Jadi sebelum memulakan perjalanan sebaiknya selesaikanlah hajat siap-siap kerana kat atas nanti tiada tandas ya. Bagi yang tidak mempunyai kasut untuk hiking, korang boleh menyewa kasut getah hiking di sini dengan harga sewaan RM3 sepasang. Seeloknya pakailah kasut yang sesuai demi keselamatan diri. Elakkan dari pakai kasut yang tidak sesuai apatah lagi selipar jepun.
Taklimat keselamatan sebelum memulakan tracking
Sebelum meneruskan perjalanan kami yang berbaki 1.7km lagi, kami diberi taklimat keselamatan oleh pengiring kami iaitu Encik Ridzal. Taklimat keselamatan ni sangat penting ya untuk mengelakkan dan persediaan jika berlaku apa-apa perkara yang tak diingini. Selain dari trip kami ada banyak lagi kumpulan trip dari pengiring (tour guide) yang berbeza. Tapi apa yang saya dapat lihat kebanyakan diorang tidak menitik beratkan tentang hal keselamatan.
Ada beberapa kumpulan yang turut serta untuk hiking tempohari, guidenya membenarkan pengunjung (pengikut) mereka hiking dengan hanya memakai selipar jepun. Inilah pentingnya jika korang menggunakan khidmat guide yang bertauliah dan berlesen. Selain hal itu, urusan korang akan lebih mudah dengan menggunakan khidmat guide yang bertauliah dan berlesen ni jika berlaku apa-apa hal yang tak diingini. Sebagai contoh urusan tuntutan insurans dan sebagainya. Jika tidak ianya akan menjadi sia-sia.
Penanda arah menjadi bantuan rujukan kepada pendaki
Selepas satu (1) km perjalanan, korang boleh melihat air terjun kecil dimana ada batu yang berbentuk seakan wajah manusia disitu. Ianya berada sebelah kiri korang. Lokasi ini sudah tidak berapa jauh dari lokasi Air Terjun Pelangi yang kami akan jejaki.
Batu yang berbentuk muka manusia jelas tergambar
Walaupun jalan tidak terlalu extreme untuk dijejaki, tapi hati-hati dengan langkah korang kerana, dalam perjalanan ada beberapa halangan yang korang perlu lalui termasuk kena cross sungai, batu-batu yang licin dan sebagainya. Gunakan tali yang ada untuk bertaut dan ikut arahan guide korang.
Menyelusuri sungai yang berbatu
Dari jauh sudah kelihatan bertapa tingginya puncak Air Terjun Pelangi ni. Ketinggiannya adalah dalam 500 kaki. Air Terjun Pelangi ni memiliki keindahan panorama yang sangat menakjubkan. Ketinggiannya mencecah sehingga 500 kaki dengan sudut kecondongan yang sangat condong sehinggakan air dari puncak terus terjun ke dasar.
Ketinggian Air Terjun Pelangi yang dikatakan setinggi 500 kaki
Kewujudan prisma pelangi di sekitar kawasan kaki air terjun sangat mengujakan kami. Sekejap dia muncul dan sekejap dia menghilang seakan menguji kami. Tapi rezeki kami hari tu agak baik kerana akhirnya dia muncul agak lama dengan saiz yang sederhana. Kewujudan pelangi ni biasanya dalam tempoh masa 8 am sehingga 10.30 am dengan adanya cahaya matahari yang terik. Jika tidak, kebarangkalian pengunjung nak tengok pelangi tu memang tipis. Jadi plan lah trip anda betol-betol.
Keindahan pelangi yang muncul betul-betul didepan mata kami
Kata guide kami, bulan yang sesuai untuk ke Air Terjun Pelangi ni adalah sekitar bulan Januari hinggan Mac setiap tahun. Walaubagaimanapun, tengok keadaan cuaca kerana jika dilihat sekarang ni aturan cuaca tidak seperti dahulu.
Encik Ridzal sedang menyediakan makan tengahari untuk kami
Selepas mandi layan maggi cup dan air milo panas pun sangat nikmat
Makan tengahari ni termasuk dalam pakej yang kami ambil dengan Encik Ridzal. Jadi korang tak perlulah susah payah bawa makanan dari bawah untuk makan tengahari kat sini. Hanya tunggu dan makan je. Bawa pakaian lebih je untuk mandi. Tapi kalau tak tukar pakaian pun, baju yang kita pakai mesti akan cepat kering di badan.
Kalau ada rezekikorang boleh jumpa seekor monyet lelaki yang digelar "Mamat". Monyet ni sangat jinak dan tak agresif pada manusia. Dia merupakan seekor monyet yang tidak hidup dalam kawanan beruk-beruk lain. Dari kecil katanya dipelihara oleh manusia dan tinggal di basecamp . Kebiasaannya Mamat akan ikut rombongan pertama pelawat pada setiap hari untuk naik ke kawasan Air Terjun Pelangi dan akan ikut balik ke basecamp bersama dengan group terakhir yang turun dari situ.
Kalau ada rezekikorang boleh jumpa seekor monyet lelaki yang digelar "Mamat". Monyet ni sangat jinak dan tak agresif pada manusia. Dia merupakan seekor monyet yang tidak hidup dalam kawanan beruk-beruk lain. Dari kecil katanya dipelihara oleh manusia dan tinggal di basecamp . Kebiasaannya Mamat akan ikut rombongan pertama pelawat pada setiap hari untuk naik ke kawasan Air Terjun Pelangi dan akan ikut balik ke basecamp bersama dengan group terakhir yang turun dari situ.
PERKHIDMATAN TOUR BERLESEN
Kalau korang berminat, saya sangat mensyorkan korang menggunakan perkhidmatan tour yang dikendalikan oleh Encik Muhammad Ridzaldin Sukimi @ Tomas Smith atau leh mesra dengan panggilan Encik Ridzal ni. Beliau merupakan satu-satunya agensi tour ke Air Terjun Pelangi yang berlesen. Harga pakej yang beliau kenakan hanya RM60 untuk satu kepala. Minimum adalah 5 orang dan maksimum adalah 14 orang untuk satu trip. Pakej RM60 tersebut termasuk :
- Permit
- Makan tengahari (maggi cup & milo panas)
- Transport
- Guide.
Untuk transport, beliau akan pick up tetamu mereka di mana-mana lokasi sekitar pekan Sungai Lembing atau di mana-mana penginapan hotel di sekitar kawasan Sungai Lembing. Selain dari service tour ke Air Terjun Pelangi, beliau juga ada menawarkan service tour lain seperti ke Gunung Tapis, Serundung, Water Tracking di Sri Jaya yang melalui 32 km walking dan banyak lagi. Encik Ridzal boleh dihubungi di talian +6012 9479 516.
Entri ini terlaksana melalui program "VM2020 Glamping Media Trip" pada 7 - 10 November 2019 dengan kerjasama daripada Tourism Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.
1 Ulasan
Yeah! Ayuh meriahkan tahun melawat Malaysia 2020! Air Terjun Pelangi ni memang should be included dalam bucket list tau. Cantik sangat pemandangan dia dan sangat rugi kalau kita sebagai orang tempatan sendiri tak ke sini. :D
BalasPadam