Ticker

6/recent/ticker-posts

DABONG DESTINASI ECO PELANCONGAN POPULAR DI KELANTAN



Pada 16-20 Julai 2020 yang lepas, min bersama-sama 15 orang pengamal media dan blogger dibawa oleh Tourism Malaysia menerokai negeri Kelantan yang cukup popular dengan jolokan negeri Cik Siti Wan Kembang menerusi program 'Ekspresi Media Kelantan 2020'.

Salah satu lokasi yang menjadi fokus kami adalah di Dabong dalam daerah Kuala Krai. Sepertimana yang sudah diketahui ramai, destinasi Dabong cukup terkenal dengan percutian berkonsepkan nature dan outdoor. Mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah dari bandar Kota Bharu,  Dabong menjadi pilihan kepada mereka yang ingin lari dari kesibukan bandar. Walaupun Dabong dikatakan berada di dalam kawasan pedalaman, ianya mudah diakses oleh semua jenis kenderaan — kereta, motosikal dan bas.

JELAWANG PIPE RESORT & EXTREME PARK

Semasa kami di Dabong, kami telah menginap di Jelawang Pipe Resort & Extreme Park. Di mana ianya merupan sebuah resort unik di dalam ladang kelapa sawit yang menggunakan "kalbok" (tube) sebagai struktur utamanya.  Apa yang lagi best, korang boleh tidur sambil menikmati bunyi air sungai yang berada tidak jauh dari unit penginapan korang. Nak datang sini boleh waze je "Jelawang Dream Pipe Resort".



Selain menyediakan tempat penginapan di tepi sungai dengan pelbagai jenis bilik berbentuk tube, mereka juga ada menawarkan 'Rumah berbentuk Segi 3' yang berwarna-warni.


Bukan sekadar menyediakan penginapan yang selesa, Jelawang Pipe Resort & Extreme Park turut menyediakan kelengkapan yang cukup seperti surau, cafe dan tandas. Selain itu, pengunjung juga boleh melakukan pelbagai aktiviti ekstrem di sekitarnya. Antara aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti berikut :
  • Flying Fox/ Zipline
  • Water Tubing
  • Via Ferrata
  • Waterfall Hiking
  • Caving
  • Abseiling
  • Rock Climbing
  • Berkelah
  • Mandi Sungai
  • Berkhemah
Wan Zonnum (Abe Mat), 24 ; Pemilik Jelawang Pipe Resort & Extreme Park 

Antara aktiviti yang sempat kami cuba semasa berada di Jelawang Pipe Resort & Extreme Park adalah Zip Line sepanjang 150 meter dengan berlatarbelakangkan pemandangan Gunung Che Tahir dan Air Terjun Sungai Batu. Aktiviti ini dilakukan di dalam kawasan sekitar resort sahaja.

Kredit Foto : BackPackerz (Muizzuddin Maksah)

Aktiviti kedua kami disini sudah semestinya di Kompleks Gua Ikan, dimana ianya merupakan gua batu kapur yang sudah berusia 150 juta tahun yang mana dahulunya dikatakan tempat ini adalah sebuah lautan berdasarkan bukti-bukti dari fosil yang ditemui di dalam gua. Semasa di sini, kami telah menerokai tiga (3) buah gua iaitu Gua Pagar, Gua Keris dan Gua Ikan. Paling menarik, kami telah berpeluang menjejaki panorama unik dan rare di Gua Keris iaitu 'God's Light' ; panorama disuluh spot light. Panorama ini tidak sentiasa terjadi kerana ianya bergantung kepada keadaan masa dan cuaca. Gua Ikan berlokasi 10 km (10 min) dari Jelawang Pipe Resort. Lokasi yang cukup mudah diakses & korang hanya perlu membuat carian keyword "Gua Ikan" di aplikasi waze.


Aktiviti terakhir kami di Dabong adalah aktiviti yang paling menyeronokkan iaitu ‘tubing’ di Sungai Kenerong, Dabong. Lokasi tubing di Sungai Kenerong adalah 9.2 km (14min) dari Kompleks Gua Ikan.



Macamana, menarik bukan? Jadi apa tunggu lagi. Untuk info lanjut berkenaan aktiviti dan penginapan di Jelawang Pipe Resort & Extreme Park , korang boleh contact no berikut ; +60 14832 4363. Facebook : Jelawang Pipe Resort & Extreme Park


Catatan blog ini dapat diwujudkan menerusi program 
Ekspresi Media Kelantan 2020
Anjuran Tourism Malaysia sempena Tahun Melawat Kelantan 2020 (TMK2020)
pada 16-20 Julai 2020, di Dabong, Tumpat & Kota Bharu, Kelantan

Catat Ulasan

0 Ulasan