Ticker

6/recent/ticker-posts

‘JOURNEY TO MYTHICA’ PILIHAN FILEM ANIMASI 4D PERTAMA SEISI KELUARGA PASCA ENDEMIK


MENCETUS DAYA KREATIVITI & IMAGINASI KANAK-KANAK MELALUI FILEM 4 DIMENSI ‘JOURNEY TO MYTHICA’

PENGALAMAN MENONTON FILEM ANIMASI 4 DIMENSI ‘JOURNEY TO MYTHICA’ DI LEGOLAND MALAYSIA menjadi salah satu pengalaman menarik yang pernah dilalui bersama keluarga. Terima kasih kepada LEGOLAND Malaysia atas peluang yang diberikan untuk sesi pra-tonton tempoh hari.


Sebagai ibubapa, menjadi hal yang sangat penting dalam membina kreativiti anak-anak kearah yang lebih baik. Pandemik yang melanda tempoh hari sedikit sebanyak telah memberi kesan dan membantutkan pengalaman penerokaan sebenar bagi kanak-kanak di seluruh dunia. Peluang untuk ke LEGOLAND Malaysia sudah pasti tidak akan kami lepaskan demi membina semula imaginasi dan daya kreativiti anak kesayangan kami, Harraz.

Perjalanan kami dari Timur hingga ke Selatan tanah air dari hujung ke hujung semenanjung merentasi belikat Banjaran Titiwangsa untuk ke LEGOLAND Malaysia dengan mengembara menggunakan kereta adalah keputusan yang tepat dan berbaloi walaupun jarak dan waktu yang diambil cukup lama.

Sesampainya kami di hotel pertama di Asia yang bertemakan kepulauan yang dipenuhi LEGO, jelas riak wajah Harraz bertukar kagum keriangan.

Wow! Macam kartun dalam tab Harraz lah ibu! ucap Harraz sambil ketawa keriangan.

Di pintu masuk hotel sudah bersemangat, apatah lagi akan melangkah ke panggung 4 dimensi nanti dan lebih 80 lokasi taman tema LEGO yang lain. Dari lobi hotel hingga ke bilik, Harraz tak lepas dari melemparkan kekagumannya sambil mata melilau ke segenap ruang. Di dalam lif sempat juga Harraz menari-nari mengikut rentak lagu dan lampu kelip. Cukup riang, begitu juga kami sebagai ibubapa yang melihat anak kecil kami berceloteh.

Reka bentuk seluruh ‘resort’ yang sesuai untuk percutian keluarga dan kanak-kanak bermula dari usia 2-12 tahun ini mempunyai lebih dari 15,000 binaan model LEGO yang melibatkan lebih dari 60 juta unit bongkah LEGO!


JOURNEY TO MYTHICA adalah keresahan Bobs, iaitu sang pemberani Alicorn kecil yang belum menyedari kuasa terpendamnya telah mengembara di dunia imaginasi yang selari dengan dunia nyata hasil ciptaan kuasa imaginasi kanak-kanak dimana ciptaan LEGO menjadi nyata.

Pelbagai rintangan dilaluinya dengan berani merentasi rimba yang mempersonakan, amukan laut bergelora, gua tersembunyi, lautan api dan ais yang penuh dengan kejutan dan cabaran sambil melarikan diri dari Chimera berkepala tiga, melambung-lambung bersama Maximus the Sky Lion yang berbadan & bersayap putih. Percikan kuasa ajaib Duo the Hydra dari gabungan kedua singa tersebut menyerlahkan kuasa sebenar yang dimiliki Bobs. Adakah Bobs sudah terlambat untuk menyelamatkan dunia mitos yang gemilang ini?

LEGO MYTHICA telah mengalami kemerosotan. Ia pernah menjadi sebuah dunia ciptaan yang berkuasa sebelum ini sehingga ia kini menjadi sangat lemah kerana kanak-kanak seolah mulai hilang minat untuk meluangkan waktu untuk mencipta sculpture LEGO yang baru.

Hanya dengan menyuntik inspirasi melalui imaginasi dapat menyelamatkan MYTHICA untuk kanak-kanak kembali mencipta dan berkarya dengan LEGO. Acara eksklusif LEGO MYTHICA di LEGOLAND Malaysia Resort ini telah dihadiri jemputan untuk merasai sendiri pengalaman menikmati filem animasi 4 dimensi dan menarik untuk menjadi sebahagian dari pengembara LEGO MYTHICA.

Hanya dengan menyuntik inspirasi melalui imaginasi dapat menyelamatkan MYTHICA untuk kanak-kanak kembali mencipta dan berkarya dengan LEGO.


Kanak-kanak dapat meneroka dunia imaginasi dan merasai ciptaan LEGO MYTHICA dengan jelas melalui visual multi dimensi secara langsung mengalir ke ruang optik mereka lalu mencetus gelombang positif medan elektromagnet neuro kreatif mereka. Disamping itu, efek khas seperti percikan air, semburan salji dan semestinya adunan bunyi yang terperinci cukup melengkapi pengembaraan ini menjadikan ia sebuah pengembaraan 4D seakan nyata!



Tahniah buat LEGOLAND Malaysia atas kejayaan ini dan kami cukup berterima kasih kerana pihak pengurusan dapat menyediakan PANGGUNG WAYANG 4 DIMENSI di LEGOLAND MALAYSIA RESORT dengan baik sebagai salah satu medan ilmu dan sekolah permainan kanak-kanak yang cukup canggih dan menginspirasikan serta menggalakkan kanak-kanak lebih berimaginasi untuk lebih banyak mencipta!

sebagai salah satu medan ilmu dan sekolah permainan kanak-kanak yang cukup canggih dan menginspirasikan serta menggalakkan kanak-kanak lebih berimaginasi untuk lebih banyak mencipta!


Selain itu, kami sempat singgah ke beberapa lokasi seperti Sea Life, Water Park, Observation Tower, Miniland, Lego Kingdoms, Land Of Adventure & Ninjago. Sungguh percutian 2 hari 1 malam tidak memuaskan kami. Dengan waktu yang begitu singkat tidak membenarkan kami untuk mengembara dan mencuba sepenuhnya aktiviti di sini kerana terlalu banyak lokasi untuk dilawati. Knight Castle di lobi hotel pun Harraz dah habiskan masa hampr 3 jam.


Kami pasti akan kembali ke LEGOLAND!


Tawaran Eksklusif dari LEGOLAND!

FLASH SALE 11.11 | DISKAUN 40%

Untuk lawatan anda seterusnya ke LEGOLAND Malaysia dengan pembelian tiket 1-Day Single Park, 1-Day Double Park atau 1-Day Triple Park. Bawa empat(4) orang tersayang atau keluarga dan nikmati penjimatan sehingga RM450 melalui tawaran ini.

**Tersedia sehingga tawaran masih ada

Nota kecil: Segala promosi hanya boleh didapati secara ekslusif melalui laman web rasmi LEGOLAND Malaysia Resort. Tawaran runcit juga boleh didapati secara langsung di resort atau melalui ‘online store’.

Catat Ulasan

0 Ulasan