Flight Delay? Apa Yang Boleh Kita Tuntut | Tahukah kalian bahawa, jika sesuatu syarikat penerbangan yang beroperasi semunasabahnya menjangkakan kelewatan suatu penerbangan sekurang-kurangnya dua jam di luar waktu perlepasan yang dijadualkan atau dalam hal jika suatu penerbangan dibatalkan, syarikat penerbangan yang beroperasi hendaklah menawarkan pampasan dan penjagaan kepada penumpang yang berkenaan.
@lawyergandhi Dapat pampasan jika flight delay? #tiktokguru #tahukahanda #lawyergandhi #flightdelayed #travel #pampasan #gantirugi ♬ original sound - lucia <3
Dibawah Akta Suruhan Jaya Penerbangan "Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016". Kalian boleh meminta dan mendapatkan hak kalian jika hal-hal ini terjadi.
Flight Delay dua (2) jam atau lebih : Penumpang hendaklah ditawarkan secara percuma, makanan, minuman, panggilan telefon yang terhad dan akses kepada internet mengikut keadaan yang munasabah dengan waktu menunggu.
Flight Delay Lima (5) jam atau lebih : Penumpang hendaklah ditawarkan secara
percuma
(a) penginapan hotel dalam hal
(i) di mana penginapan selama satu
malam atau lebih adalah perlu;
atau
(ii) di mana penginapan tambahan
kepada yang dirancang oleh
penumpang adalah perlu; dan
(b) pengangkutan antara lapangan terbang
dengan tempat penginapan (hotel atau
yang lain).
Pembatalan penerbangan :
(1) Penumpang hendaklah ditawarkan
pilihan antara
(a) pembayaran ganti dalam masa tiga puluh
hari, daripada kos tiket sepenuhnya
pada harga yang dibeli, termasuk
cukai dan fi, bagi bahagian atau
bahagian-bahagian perjalanan yang
tidak dilakukan, dan bagi bahagian
atau bahagian-bahagian yang telah
dilakukan jika penerbangan itu tidak
lagi menyediakan perkhidmatan bagi
apa-apa maksud berhubung dengan
rancangan perjalanan asal penumpang,
tanpa hak untuk menaiki pesawat;
atau
(b) perubahan laluan, dalam keadaan
pengangkutan yang setanding,
ke destinasi akhir mereka pada
peluang yang terawal atau pada
tarikh yang kemudian mengikut
kemudahan pengguna, tertakluk
kepada ketersediaan tempat duduk,
tanpa dikenakan bayaran tambahan.
(2) Jika sesuatu syarikat penerbangan yang
beroperasi menawarkan kepada seseorang
penumpang penerbangan ke suatu lapangan
terbang yang merupakan alternatif kepada
lapangan terbang yang baginya tempahan
dibuat, syarikat penerbangan yang beroperasi
itu hendaklah menanggung kos pemindahan
penumpang itu dari lapangan terbang
alternatif itu ke lapangan terbang yang
baginya tempahan dibuat, atau ke destinasi
lain yang berhampiran yang dipersetujui
oleh penumpang itu.
Jadi, tuntutlah hak anda sebagai pengguna dengan cara yang betul. Semoga info mengenai hal yang boleh di tuntut juka flight delay ini dapat membantu pada masa akan datang. Sila kongsi di sosial media kalian untuk manfaat bersama. Selamat bercuti min ucapkan. Wassalam.
Ikuti kami di media sosial:
Facebook : @projektravel https://www.facebook.com/projektravel
Twitter: @projektravel https://twitter.com/ProjekTravel
Instagram : @projektravel https://www.instagram.com/projektravel/
TikTok: @projektravel https://www.tiktok.com/@projektravel
0 Ulasan