Ticker

6/recent/ticker-posts

TAHUN BARU CINA 2023 DI LEGOLAND® Malaysia Resort


KESERONOKKAN BERCUTI KE LEGOLAND DI TAHUN BARU 2023 PADA TAHUN ARNAB

Tahun ini merupakan tahun arnab mengikut kelendar lunar dalam kepercayaan masyarakat Cina. Pengalaman mendekati tradisi, beraktiviti dan menonton pertunjukkan kebudayaan mereka di LEGOLAND bersama keluarga memberikan pendedahan yang sangat bermakna untuk membina nilai hormat antara satu sama lain di dalam masyarakat majmuk yang berbilang kaum di Malaysia.


LEGOLAND® Malaysia Resort dengan penuh persediaan telah mencipta ruang dan aktiviti menarik yang bertemakan Tradisi Masyarakat Cina sempena sambutan Tahun Baru Cina, Tahun Arnab sehingga 5 Februari 2023. 

Menurut CS Lim, Pengarah Bahagian LEGOLAND Malaysia Resort, ruang ini terbuka khas kepada para pengunjung khasnya kanak-kanak bertujuan memberi pendedahan dan pendidikan awal kepada generasi penerus berkaitan budaya & tradisi disamping memperkenalkan aktiviti dan pertunjukkan terbaru yang ada di sana tanpa keluar dari LEGO DNA yang menjadi asas kepada taman tema antarabangsa terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara ini.

Pada tahun ini, pengunjung dapat menikmati karya tema ini di LEGOLAND Theme Park, Water Park, LEGOLAND Hotel & SEA LIFE Malaysia. Antara aktiviti menarik tersedia khas buat pengujung seperti,

1. Memasuki Gerbang Tahun Baru melalui Royal Enterance taman tema yang penuh kemakmuran.

  • Menonton persembahan yang dicipta khas bagi menyambut Tahun Baru Lunar seperti Chinese New Year Dance-off, the Zodiac Dance Along, The Story of Monkey King, serta banyak lagi!
  • Jangan ketinggalan untuk menikmati persembahan unik adat tradisi masyarakat cina iaitu Tarian Singa (Wu Shi) & Tarian Singa aksi akrobatik melompat di atas Tiang Tinggi yang hanya dipersembahkan pada 22 Januari 2023! (Tarian ini pernah menjadi persembahan diraja masyarakat cina sejak 1000 tahun yang lampau tau!)
  • Ingin mencabar tuah? Putarkan Wheel of Fortune dan mungkin kalian orang yang bertuah untuk membawa pulang hadiah epik dari LEGOLAND!
  • Memotret kenangan di Tahun Baru Lunar bersama maskot nakal dan lucu Monkey King, Cheng Du Opera dan Ollie the Dragon.
  • Mencipta susunan versi lego yang unik, Build-A-Rabbit bersama orang tersayang sebagai salah satu aktiviti kreatif di Tahun Baru!
  • Tulis dan gantungkan keinginan dan harapan kalian di The Wisdom Tree, sepohon bunga sakura cantik tanda ingatan dan semoga ia menjadi kenyataan!
  • Si kecil dapat mempelajari tentang permainan dan aktiviti tradisi berusia ribuan tahun seperti Chinese Yo-Yos, timang bulu ayam Jian Zi, Lunar Ribbon Dance serta banyak lagi!


Build-A-Rabbit menggunakan bongkah LEGO yang disediakan













Aktiviti permainan tradisional & persembahan pentas

Foto kenangan bersama salah satu maskot utama

2. Keseronokkan LEGO Fun-filled Party di LEGOLAND Hotel

  • Akhiri hari kalian bersama si kecil dengan Dance Session atau menonton Themed Shows bersama LEGO Characters!
  • Jangan risau! Tiada saat membosankan tanpa aktiviti walaupun berada di LEGOLAND Hotel. Jangan lepaskan peluang untuk berdamping bersama si kecil menyertai Aktiviti Mewarna, Membina Lego mahupun Speed-Challenge Building.
  • Di LEGOLAND Hotel, si kecil juga dapat mencabar keupayaan mencipta Balloon Sculpture sendiri di lobi hotel!
  • Dua binaan gergasi, istana dan kapal di lobi hotel yang dipenuhi beribu bongkah lego untuk kalian bebas beraktiviti bersama si kecil juga pasti menjadi aktiviti yang mencipta kenangan manis sewaktu bersama!


Bebas mencipta & membina LEGO di lobi utama LEGOLAND Hotel

3. Gong SEA Fa Cai di SEA LIFE Malaysia

  • Memotret foto kenangan yang menarik di ruang SEA LIFE, dipenuhi dengan dekorasi menarik bersama Bunga Sakura!
  • Si kecil dapat menebus hadiah istimewa jika dapat mengira dengan tepat Red Lanterns di sepanjang ruang laluan SEA LIFE.
LEGOLAND® Malaysia Resort Brings the Best of Lunar New Year Traditions to One Ultimate Family Destination

LEGOLAND® Malaysia Resort Brings the Best of Lunar New Year Traditions to One Ultimate Family Destination
       
Informasi penuh berkaitan LUNAR NEW YEAR di LEGOLAND MALAYSIA, lawati laman web rasmi https://www.legoland.com.my/explore/shows-entertainment/lunar-new-year/ atau laman sosial media rasmi LEGOLAND di Facebook & Instagram.

Semoga artikel di atas memberi anda inspirasi & kemudahan untuk merancang percutian di Johor pada Tahun Baru Cina nanti. Sila kongsi di sosial media kalian untuk manfaat bersama. Selamat cuti-cuti Malaysia di Johor. Wassalam.

Ikuti kami di media sosial:
Facebook : @projektravel https://www.facebook.com/projektravel
Twitter: @projektravel https://twitter.com/ProjekTravel
Instagram : @projektravel https://www.instagram.com/projektravel/
TikTok: @projektravel https://www.tiktok.com/@projektravel

Catat Ulasan

2 Ulasan