Pameran After Monsoon | Buat pertama kalinya pihak Kolektif AFTER MONSOON telah mengadakan pameran kali ke-01, yang berlangsung di Tumpat, Kelantan. Pameran sulung ini telah menampilkan karya-karya dari seniman Kolektif After Monsoon iaitu saudara Azzaha Ibrahim, Dain Said Iskandar, Haris Abadi, Hawari Berahim, Azzad Diah dan Arja Lee.
Mengenai “After Monsoon Project”
Tengkujuh ialah fenomena semula jadi yang dianggap sebagai kuasa pemusnah yang membawa musibah – merencatkan segala aktiviti ekonomi manusia dan merubah lanskap setempat. Namun dari sisi lain, tengkujuh juga ialah sebuah cerminan kitaran kehidupan dan kematian yang silih berganti, sama ada dari segi fungsi dan makna terhadap tanah dan penduduk setempat. Bagi kawasan persisiran pantai, tengkujuh membawa bersama sisa-sisa putaran alam dan buangan manusia yang sebelum ini memiliki kehidupan yang tersendiri. Sisa-sisa dimuntahkan dari laut lalu menceroboh dan menduduki kawasan pantai sebagai ruang batas (liminal space) sebelum ditarik kembali ke lautan. Projek After Monsoon cuba merungkai bagaimana makna ruang (space) dan tempat (place) bersilangan membentuk persepsi antara sementara dan kekal.
Karya Di Pameran “After Monsoon Project”
Di bawah ni, merupakan salah satu karya yang boleh kalian lihat di pameran tersebut. Setiap karya dan intipati yang dibawa oleh pengkarya, akan disertakan dengan info perincian bertulis untuk memudahkan pengunjung yang hadir faham tentang apa yang pengkarya ingin sampaikan.
Dain Said Iskandar
Tempat Tumpat, eksplorasi karya seniman terhadap Tumpat, menyelami kontur idea di sekitar sempadan antara orang, budaya dan negara. Bidang minat ini merobohkan sempadan dan halangan antara idea dan orang. Dalam karya seni ini, imej seorang lelaki tua dari Kelantan disatukan dengan cerita-cerita sekitar kawasan dan bandar Tumpat, termasuk Pok Hak, rumput laut dan laut, sebagai kontur yang membentuk hidup dan tubuh masyarakat di Tumpat.
@projektravel Salah satu karya saudara Hawari Ibrahim yang dipamerkan di #AfterMonsoonProject . Karya unik ini merupakan hasil dari cerita rakyat berdasarkan #KisahMistik yang berkaitan dengan pengamal ilmu batin seperti diceritakan oleh orang kampung. Bagaimana seorang tua dapat mendayung perahunya lebih laju dari orang muda yang bertenaga. Artis membayangkan perahunya seperti tumbuh kaki lalu menderap di atas permukaan sungai. #Tumpat #UntoldStory #DemiPertiwi #AfterMonsoonProject #Kelantan ♬ original sound - ProjekTravel
Pameran 'After Monsoon Project' ini telah berlansung 14 hingga 29 Januari 2023 bertempat di Pusat Komuniti Daerah Tumpat ( Bekas Pasar Lama Tumpat). FACEBOOK
Semoga artikel mengenai Pameran After Monsoon Project ini dapat memberi idea kepada kalian sebelum ke pameran tersebut. Sila kongsi di sosial media kalian untuk manfaat bersama. Selamat cuti-cuti Malaysia di Kelantan. Wassalam.
Ikuti kami di media sosial:
Facebook : @projektravel https://www.facebook.com/projektravel
Twitter: @projektravel https://twitter.com/ProjekTravel
Instagram : @projektravel https://www.instagram.com/projektravel/
TikTok: @projektravel https://www.tiktok.com/@projektravel
0 Ulasan