Ticker

6/recent/ticker-posts

Buffet Ramadan di Ibis Style Hotel Kelantan 2023 : Lebih 100 Jenis Hidangan Selera Kampung


ibis Style Hotel Tawar Bufet Ramadan Harga Bawah RM100 | Ramadan adalah bulan yang penuh berkat dan rahmat, di mana umat Islam di seluruh dunia melaksanakan ibadah puasa selama sebulan penuh. Bagi para pelancong yang berkunjung ke Malaysia, Ramadan menjadi momen yang istimewa untuk mencuba hidangan khas buka puasa atau yang dikenal dengan "Buffet Ramadan".

Buffet Ramadan Di Kota Bharu Tahun 2023

Salah satu tempat yang menawarkan hidangan buka puasa yang lazat di Kota Bharu adalah Ibis Style Hotel, yang terletak di ibu begeri Kelantan.

Ibis Style Hotel Kota Bharu
Dalam artikel ini, kami akan memberikan ulasan lengkap mengenai Buffet Ramadan di Ibis Style Hotel Kota Bharu, termasuk hidangan yang ditawarkan, suasana di dalam restoran, dan juga tips untuk memaksimalkan pengalaman kalian dalam menikmati hidangan khas Ramadan di Kota Bharu.

Buffet ramadhan di  ibis Styles Kota Bharu akan diadakan di Streats Cafe di aras P hotel. Istimewanya tahun ini, mereka menawarkan gabungan lebih dari 100 hidangan sajian ala-kampung dari seluruh negeri di Malaysia dengan tema 'Selera Kampung' yang terdiri daripada makanan pembuka, sup, hidangan utama, minuman dan pencuci mulut.


Menu-menu ini telah disediakan oleh pasukan chef berpengalaman mereka yang diketuai oleh Chef Hisyam. Menu-menu akan bertukar setiap hari (putaran 7 hari) dari 24 Mac - 21 April 2023.

Gulai Kawah Kelantan
Antara menu istimewa yang akan disajikan pada bulan Ramadan ini adalah Kambing Golek, Gulai Kawah Kelantan (wajib try), Ayam Percik Kelantan, Itik Kerutuk, Daging Kurma, Siakap Masam Manis, Gulai Tempoyak Ikan Patin, Sup Gearbox Kambing dan Sambal Tempe Ikan Bilis. 

Kambing Golek
Kari Kepala Ikan
Udang Masak Labu
Sup Gearbox Kambing
Telur Ikan
Lala

Tidak ketinggalan, beberapa pilihan nasi seperti Nasi Minyak, Nasi Mendi, Nasi Tomato, Nasi Beriyani & Nasi Arab juga disediakan untuk para tetamu.

Nasi Arab
Selain itu, pelbagai menu pembukaan seperti salad hijau segar hingga ke Kerabu tradisional, seperti Kerabu Mangga, Kerabu Pucuk Paku, Kerabu Nangka, Kerabu Perut, Kerabu Kaki Ayam dan pelbagai ulam-ulaman adalah hidangan pembukaan yang mesti dicuba.

Kerabu Mangga
Kalian juga boleh merasai pelbagai hidangan pencuci mulut tempatan asli Kelantan - Akok, Jala Mas, Tahi Itik, Buah Tanjung, Bubur Pulut Hitam, Bubur Jagung, Bubur Kacang Hijau, Pengat & Sira Pisang, Buah-buahan dan Ais Krim, serta pelbagai lagi hidangan pencuci mulut lain.

 Tahi Itik, Buah Tanjung, Jala Mas
Untuk memberi keselesaan pada tetamu yang hadir untuk berbuka di sini, hotel juga ada menyediakan kemudahan ruang solat yang selesa untuk tetamu Muslim untuk menunaikan solat magrib dan isyak. Selain dari itu, mereka juga mempunyai tempat letak kenderaan percuma yang mencukupi.



Hidangan buka puasa 'Selera Kampung' ini hanya RM79 nett untuk orang dewasa dan RM39 nett untuk kanak-kanak 7-12 tahun & warga emas berumur 60 tahun ke atas. Dengan hidangan yang mereka tawarkan, bagi kami ianya cukup-cukup berbaloi dan murah. Selain itu, pihak hotel juga akan menyumbangkan RM1 dari setiap pembelian kepada rumah kebajikan terpilih. Untuk tempahan, hubungi kami melalui maklumat yang tertera di bawah.
@projektravel Pilihan terbaik Buffet Ramadan Kelantan 2023 iaitu di ibis Style Hotel, Kota Bharu yang mempunyai lebih dari 100 jenis hidangan istimewa dengan h4rg0 yang istimewa. Min sendiri memang approved buka puasa kat sini sebab suasana cafe dia yang cantik dan modern serta makanan dia yang sedap-sedap. #BuffetRamadan2023 #MakanLokal #FoodReview #Ramadan2023 #BuffetRamadanIbisKotaBhru #PuasaDiKelantan #KotaBharu #Kelantan ♬ original sound - ProjekTravel

Streats Café, ibis Styles Kota Bharu
Lot 184 Jalan Sultanah Zainab, 15050 Kota Bharu, Kelantan
Telefon: +609 740 8083 | WhatsApp: +6011 2822 1511

Demikianlah ulasan mengenai Buffet Ramadan di Ibis Hotel Kota Bharu pada tahun ini. Jika kalian sedang mencari tempat untuk berbuka puasa di Kota Bharu, jangan ragu untuk mencuba hidangan lazat yang ditawarkan di restoran hotel ini. Dengan suasana yang nyaman dan pilihan hidangan yang pelbagai, Ibis Hotel Kota Bharu merupakan pilihan yang tepat untuk menikmati momen berbuka puasa bersama keluarga dan teman-teman. Selamat menikmati hidangan khas Ramadan di Kota Bharu!

Ikuti kami di media sosial:
Facebook : @projektravel https://www.facebook.com/projektravel
Twitter: @projektravel https://twitter.com/ProjekTravel
Instagram : @projektravel https://www.instagram.com/projektravel/
TikTok: @projektravel https://www.tiktok.com/@projektravel

Catat Ulasan

0 Ulasan