Ticker

6/recent/ticker-posts

Warisan Kuliner Kelantan: Kelazatan Belalang Goreng yang Unik


Warisan Kuliner Kelantan: Kelazatan Belalang Goreng yang Unik | Kelantan, sebuah negeri yang kaya dengan budaya dan tradisi yang unik. Selain itu, negeri ini turut mempunyai hidangan yang jarang ditemui di tempat lain iaitu belalang goreng. Walaupun mungkin kedengaran luar biasa bagi sesetengah orang, belalang telah lama menjadi hidangan yang digemari oleh penduduk tempatan di Kelantan khususnya orang lama.

Belalang sebenarnya tidak sukar dicari dan ia bergantung pada musim, tetapi tidak ramai yang sanggup mencarinya kerana perlu perjalanan ke sawah pada waktu malam untuk mengutipnya. Kebiasaannya, belalang lebih mudah dikutip ketika ia berehat pada batang dan daun padi pada waktu malam selepas musim menuai. Belalang yang biasa digunakan ialah belalang susu atau belalang padi. 

Penangkapan belalang boleh dilakukan antara jam 8 malam hingga tengah malam dengan dua kaedah terbaik iaitu menangkap satu persatu menggunakan tangan atau menggunakan pukat yang diperbuat daripada guni.


Setelah belalang padi ditangkap, belalang tersebut akan direndam seketika di dalam air sebelum dimasak. Sebelum memasak, adalah penting untuk membersihkan belalang sekali lagi. Kebiasaannya, cara membersihkan belalang ini hanya dengan membuang sayap dan kaki belakang belalang yang besar. Selepas itu, belalang boleh dimasak mengikut citarasa sama ada dimasak rendang, kerutuk, atau hanya digoreng dengan garam kunyit.


Resepi turun temurun ini sangat sedap bila dimakan bersama nasi atau pulut kuning. Menariknya, rasa belalang ini seakan-akan ada rasa seperti udang.


Dahulu belalang ini menjadi makanan popular kerana sumber makanan tidak sebanyak sekarang. Walaupun mungkin terdengar eksotik bagi sesetengah orang, makanan tradisional ini adalah sebahagian daripada warisan kulinari Kelantan yang unik dan rasa yang digemari oleh penduduk tempatan. Jadi, jika korang berkunjung ke Kelantan, jangan lepaskan peluang untuk merasai keenakan belalang goreng yang akan mengusik rasa lidah korang dan memperkayakan pengalaman makanan korang.

Desclaimer : Setiap gambar di dalam artikel ini dihasilkan melalui platform AI Midjourney. 
Ianya hanya sekadar imaginasi penulis terhadap situasi yang diceritakan.

Ikuti kami di media sosial:
Facebook : @projektravel https://www.facebook.com/projektravel
Twitter: @projektravel https://twitter.com/ProjekTravel
Instagram : @projektravel https://www.instagram.com/projektravel/
TikTok: @projektravel https://www.tiktok.com/@projektravel

Catat Ulasan

0 Ulasan