Ticker

6/recent/ticker-posts

Kahf Lenggong Outdoor Festival 2023 (ODF23) Kini Kembali

ODF23

Lenggong Outdoor Festival 2023 (ODF23) kembali lagi untuk tahun kedua, menyemarakkan dunia aktiviti luar dengan gaya yang santai dan penuh keseronokan. Festival ini akan berlangsung dari 16 hingga 18 Jun di Resort Tasik Raban, Lenggong, Perak, setelah kejayaan penganjuran pada tahun lalu yang mengumpulkan ribuan peminat aktiviti luar dari seluruh negara. Bersiaplah untuk menyertai peristiwa yang penuh cabaran dan keunikan ini!

Resort Tasik Raban di Lenggong sekali lagi dipilih sebagai lokasi utama penganjuran festival ini. Selain kejayaan tahun lepas, keindahan bentuk muka bumi di Lenggong juga menjadi tarikan yang tidak dapat dinafikan. Ia menyediakan suasana yang sesuai untuk pelbagai aktiviti luar dan pada masa yang sama, mempromosikan keunikan daerah Lenggong sendiri ke dalam industri pelancongan di Malaysia.

Untuk pengetahuan kalian, tahun ni ODF23 hadir dengan tema 'Unplug & Reconnect', yang bermaksud peserta boleh berehat dan pada masa yang sama merasai sendiri pengalaman luar biasa serta berkongsi cerita dengan peserta lain melalui pelbagai aktiviti luar yang menarik. 

Festival ODF23 anjuran bersama LOCCO dengan kerjasama Majlis Daerah Lenggong (MDL) akan menyaksikan peminat aktiviti luar dari dalam dan luar negara berkumpul, meraikan kepelbagaian minat, dan berkongsi idea menerusi pelbagai pengisian seperti sesi forum, bengkel, penerokaan, dan persembahan muzik.


Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik menanti para peserta di ODF23 seperti perkhemahan, Stand Up Paddle, berkayak, Bridge Rappelling, memanah, dan banyak lagi. Bukan itu saja, pada tahun ini ODF23 juga akan memperkenalkan aktiviti baharu seperti ODF Ride, Lake Flying Fox, Flatland Skimboarding, dan Tree Climbing. Cukup menarik bukan?

Selain itu, terdapat juga bengkel yang menarik seperti handmade paracord, ultralite hiking, rope & climbing, pembuatan sabun organik, dan bengkel keselamatan dalam air. Kalian juga boleh menyertai sesi perkongsian dan forum, serta menikmati persembahan muzik santai oleh kumpulan band tempatan dan gig pada waktu malam.

Menariknya lagi, ODF23 turut dijenamakan sebagai "Kahf Lenggong Outdoor Festival 2023" selepas menerima penyertaan Kahf sebagai penaja utama. Kahf merupakan jenama penjagaan diri dan dandanan lelaki yang halal dari Indonesia. Mereka menawarkan rangkaian produk seperti pencuci muka, minyak wangi, dan pelindung matahari yang sesuai dengan gaya hidup aktif lelaki.

Inilah masa yang tepat untuk "unplug" dari rutin harian dan "reconnect" dengan semangat pengembaraan sejati. Kahf Lenggong Outdoor Festival 2023 menawarkan pengalaman luar biasa yang akan membuat anda terus teruja. Jadi, jom sama-sama kita sertainya di Resort Tasik Raban, Lenggong, Perak dari 16 hingga 18 Jun.

Dapatkan tiket kalian sekarang di laman sesawang www.outdoorfest.my dan bersiaplah untuk menjalani pengalaman tak terlupakan di festival terbesar aktiviti luaran Malaysia! Jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi sebahagian daripada ODF23 yang penuh warna-warni, riuh rendah, dan pastinya penuh keseronokan!

Peserta juga boleh mendapatkan maklumat berkaitan ODF23 seperti jadual aktiviti di laman sesawang tersebut selain mengikuti media sosial rasmi ODF23 seperti berikut;
 
Instagram & Twitter : @outdoorfestmy. 
Facebook : facebook.com/outdoorfestmy

Ikuti kami di media sosial:
Facebook : @projektravel https://www.facebook.com/projektravel
Twitter: @projektravel https://twitter.com/ProjekTravel
Instagram : @projektravel https://www.instagram.com/projektravel/
TikTok: @projektravel https://www.tiktok.com/@projektravel

Catat Ulasan

0 Ulasan