Ticker

6/recent/ticker-posts

Benda Unik & Rare Yang Boleh Kita Jumpa Di Pasar Tamu Lachau Sarawak

pasar tamu lachau sarawak

Benda Unik & Rare Yang Boleh Kita Jumpa Di Pasar Tamu Lachau Sarawak | Kalau korang ada menggunakan Lebuh Raya Pan Borneo, min cadangkan korang untuk singgah sekejap dekat Pasar Tamu Lachau. Kalau di semenanjung, tempat ni boleh dikira macam rest stop (R&R) lah. Tapi apa yang bestnya tentang pasar ni, ia bukan sekadar tempat rehat biasa, kat sini ada jualan barang-barang yang rare dan unik yang mungkin korang sendiri belum pernah jumpa di semenanjung.

Dalam pasar ni, korang boleh jumpa macam-macam produk menarik. Ada sayur-sayuran kampung yang segar dengan kualiti terbaik. Sayur-sayur ni ditanam dengan cara tradisional turun-temurun. Bila beli sayur kat sini, korang tak hanya dapat rasa yang lebih autentik, tapi juga support pertanian tradisional penduduk tempatan.

pasar tamu lachau sarawak
Bunga Durian
pasar tamu lachau sarawak
Durian Mentah
pasar tamu lachau sarawak
Terung Dayak/Asam
pasar tamu lachau sarawak
Buah Engkalak
Tak hanya tu je, kat Pasar Tamu Lachau ni korang akan rambang mata melihat pelbagai jenis ikan air tawar salai. Ikan salai ni ada rasa yang unik dan sedap sebab proses salai dia guna teknik tradisional kampung setempat.

pasar tamu lachau sarawak
Ikan Salai
Paling unik, kami jumpa Lava Lebah. Katanya lava lebah ni sedap dimakan kerana rasa lemaknya seakan rasa ulat sagu.

@projektravel Salah satu makanan unik yang min temui di Pasar Tamu Baru Lachau di Sri Aman Sarawak iaitu Lava Lebah. Kata warga setempat Lava Lebah ni rasa lemak seakan rasa ulat sagu. #MakanLokal #malaysiatrulyasia #inilahmasanya #cuticutimalaysia #gawai2023 #FYP #PasarTamuLachau #Sarawak #Foodie #LavaLebah ♬ Borneo Save Me (Sape Dayak Borneo)

Selain makanan, kat Pasar Tamu Lachau, korang boleh jumpa pelbagai barang kraf tangan yang menarik. Ada diantaranya dibuat secara lansung di situ oleh peniaga. Setiap barang kraf tangan ni sudah semestinya cantik dan menunjukkan kehebatan seni penduduk tempatan.

pasar tamu lachau sarawak

Pasar Tamu Lachau memang tempat terbaik kalau nak beli barang berkualiti tinggi dan nak support budaya tempatan. Lagi best, korang boleh contribute ke ekonomi penduduk tempatan. Jadi, kalau korang lalu Lebuh Raya Pan Borneo, jangan lepaskan peluang untuk singgah pasar ni. Confirm korang takkan menyesal!

Catatan blog ini dapat diwujudkan menerusi program FAM Trip Gawai Dayak Open House & Parade, iaitu lawatan media yang diadakan pada 8 hingga 10 Jun 2023 lalu. Acara itu telah dianjurkan oleh Tourism Malaysia sempena mempromosikan Negeri Sarawak.

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Tak pernah lagi ke Borneo. InshaAllah akan datang jika ada rezeki.

    BalasPadam