Taman Rama-rama & Reptilia Melaka Sehari Tak Cukup Untuk Explore | Kisah Seronok min dan kawan-kawan 'ProjekTravel' di Taman Rama-rama dan Reptilia Melaka: Terkagum-Kagum dengan Alam Semula Jadi yang Rare & Unik!
Ceritanya begini, baru-baru ni kami decided nak cari aktiviti yang lain daripada yang lain. Dengan hati yang excited, kami pun pergilah ke Taman Rama-rama dan Reptilia Melaka. Betul ke tempat ni dah beroperasi 32 tahun? Wow, tak sangka dah berpuluh tahun rupanya taman ni bagi boost semangat haiwan-haiwan dan pengunjung! Tapi sebenarnya masih ramai yang belum sedar akan kewujudannya. Malah ada yang tertukar dengan Zoo Melaka.
Taman Rama-rama dan Reptilia Melaka ni, sebenarnya tak jauh pun dari tol Ayer Keroh. Keluar je tol, terus ready untuk masuk simpang sebelah kiri. Lokasi pun takde hal, satu jalan je dengan Philea Resort Melaka, so memang senanglah nak cari. Dah sampai je, mata terus ternampak banner Taman Rama-rama dan Reptilia Melaka, pastu terus kitorang feeling macam explorers yang tak sabar nak start petualangan.
Dalam fikiran ni, kami hanya ready nak tengok rama-rama je, tapi rupanya.. taman ni tak main-main ya. Bukan setakat rama-rama & serangga je wei! Ada pelbagai jenis haiwan reptilia lain macam buaya, burung, serangga, cicak, labah-labah dan lain-lain lagi. Yang lagi best, benda-benda ni bukan spesis biasa je, mostly dari jenis yang unik dan jarang jumpa. Kat sinilah kalau korang nak tengok Racoon albino. Ya Racoon yang biasa kita tengok warna hitam tu dalam versi putih bersih. hehe
Berpeluang untuk bagi makan kat Racoon albino
Untuk pengetahuan korang, Taman Rama-rama dan Reptilia Melaka ni ada mempamerkan lebih dari 25 spesies ular tau. Ada yang berukuran comel-comel, hinggalah yang besar giler! Memang feeling macam dah masuk dalam Jurassic Park pun ada. Yang lagi best, pengunjung pun boleh cuba pegang sendiri ular tertentu, memang adrenaline rush!
Dikbee bersama Albino Burmese Pyton
Tak cukup pegang ular, kami pergi tempat buaya. Diorang tak main-main ya, mempamerkan antara spesies buaya yang paling banyak di Malaysia. Dan yang paling thrilling, pengunjung pun berpeluang untuk bagi makan buaya! Memang pengalaman tak terlupakan.
Kak Min bagi makan Buaya Perang (Spectacled caiman)
Tak habis situ je, di sini korang pun boleh merasai pengalaman bagi haiwan lain makan. Feeding Pack dia memang best, korang boleh try bagi makan Conure, Sulcata, Emu, dan Koi. Dalam masa yang sama, korang boleh sambil-sambil belajar pasal haiwan-haiwan ni.
Dah nama pun taman rama-rama, tak sah lah kalau tak terokai keunikan rama-rama yang ada kat sini kan? Dalam sangkar yang luas, korang boleh lihat sendiri keseronokan rama-rama terbang bebas. Bermacam-macam spesis ada. Paling best bila rama-rama datang hinggap di badan kita dan seolah menyambut kehadiran kita ke sana.
Oh ya, korang yang ada jiwa penyelamat haiwan pun boleh ambil bahagian dengan mengadopsi rama-rama atau serangga-serangga lain. Seronok kan? Takde la korang balik dari taman ni dengan kosong je.
Lagi satu, Taman Rama-rama dan Reptilia Melaka ni memang sesuai untuk keluarga sebab banyak aktiviti menarik untuk anak-anak. Dari berinteraksi dengan cicak, jumpa Puteri Rama-rama, semuanya ada. Aktiviti-aktiviti ni memang bagi seronok dan ilmu yang berguna. Apa yang boleh min katakan, sehari kami kat sini memang tak terasa.
Dikbee bersama Cicak Tegu
Nak balik, boleh singgah beli coklat di Kampung Coklat. Kat sini ada jual pelbagai jenik produk berasaskan coklat dari brand tempatan.
Kampung Coklat
Jadi, kalau korang nak masuk, ticket harganya berpatutan je. Hanya RM27 untuk dewasa dan RM22 untuk kanak-kanak (3 hingga 12 tahun). Kalau nak tambah lagi pengalaman, boleh cuba Feeding Pack yang hanya RM8 je.
Taman ni buka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 5:30 petang, tapi pastikan masuk sebelum jam 4:30 petang. Apapon min cadangkan korang datanglah jam 9 pagi, memang takkan habis explore dalam ni. Nak tahu lebih lanjut dan nak buat tempahan, boleh la contact di talian (06) 232 0033.
Dengan pelbagai pengalaman menarik yang ditawarkan, min dan team ProjekTravel memang teruja dengan Taman Rama-rama dan Reptilia Melaka, sebab dunia alam semula jadi ni memang penuh dengan kejutan yang tak pernah habis.
@projektravel Seronok sangat explore pelbagai spesis rama-rama dan haiwan reptilia yang unik dan jarang jumpa. Ular besar kecil, semua ada! Yang paling best, boleh pegang sendiri! Buaya? Jangan cakap la, kami boleh bagi makan buaya! Pengalaman tak terlupakan ni. Oh ya, ada juga feeding session untuk haiwan lain. Memang seronok sambil belajar. Lebih menarik, kami boleh adopsi Rama-rama dan serangga! Bukan tu je, aktiviti menarik untuk keluarga pun ada. Taman ni memang sesuai untuk semua. Nak tahu lebih lanjut? Kena lah datang sendiri. Ticket berpatutan je, hanya 27 untuk dewasa dan 22 untuk kanak-kanak. Taman ni buka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 5:30 petang. Jomlah kunjungi, Taman Rama-rama dan Reptilia Melaka! #ProjekTravel #TamanRamaRamaDanReptiliaMelaka #ExploreNature #Butterflyfarm #Melaka #VisitMelaka ♬ Live Your Beautiful Life - Gray Griggs
Instagram : https://www.instagram.com/butterflyreptile/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@tamanrama2reptiliamelaka
Facebook : https://www.facebook.com/TamanRamaramadanReptiliaMelaka
0 Ulasan