Melancong ke destinasi menarik seperti Medan, Indonesia, adalah impian ramai pengembara. Dengan keindahan alam semula jadi yang menakjubkan, budaya yang kaya dan hidangan kulinari yang lazat, Medan menjanjikan pengalaman percutian yang tidak dapat dilupakan.
Walau bagaimanapun, untuk memastikan perjalanan anda berjalan lancar dan tanpa masalah, adalah penting untuk membuat persiapan rapi sebelum berlepas. Berikut adalah beberapa langkah yang perlu anda lakukan sebelum bercuti ke Medan:
1. Cari Agensi Pelancongan Yang Boleh di Percayai
Mencari agensi pelancongan yang boleh anda percayai adalah langkah pertama yang penting. Agensi ini akan membantu menguruskan pengangkutan, penginapan dan tempat makan di Medan. Pastikan anda membuat penyiasatan dan membaca ulasan sebelum membuat keputusan muktamad.
Kalau ke Medan, kami cadangkan anda untuk menggunakan perkhidmatan Figo Tour & Travel. Sebuah agensi pelancongan yang boleh dipercayai yang ada menawarkan pakej serendah RM500 termasuk penginapan, pengangkutan dan pelbagai aktiviti menarik.
Instagram : https://www.instagram.com/figotourandtravel/
Whatsapp : +6287777465814 , +6282168256952
2. Beli Tiket Kapal Terbang
Pastikan anda telah membeli tiket kapal terbang anda lebih awal untuk memastikan harga yang berpatutan dan ketersediaan ruang. Selain itu, semak juga jadual penerbangan untuk memilih masa yang bersesuaian dengan perjalanan anda.
3. Beli Insurans Perjalanan (Travel Insurance)
Perlindungan semasa dalam perjalanan adalah penting. Beli insurans perjalanan daripada syarikat yang dipercayai seperti Etiqa untuk memastikan anda dilindungi daripada insiden yang tidak diduga semasa dalam perjalanan.
4. Beli E-SIMCard
Sebelum bertolak, beli E-SIMCard dari hello1010.my untuk kegunaan internet semasa di Medan (Boleh aktifkan sejam sebelum naik kapal terbang). Ini adalah pilihan yang lebih menjimatkan daripada membeli simcard dan perlu menukar simcard pada telefon mudah alih anda. Jika anda pernah menggunakan Wi-Fi mudah alih, anda perlukan peranti khas dan perlu di charge. Jika menggunakan E-SIMCard, anda tidak perlu fikirkan hal tersebut lagi.
5. Isi ecd.beacukai.go.id untuk Pengisytiharan Kastam Indonesia
Sebagai warganegara Malaysia yang ingin memasuki Indonesia, anda perlu mengisi pengisytiharan kastam secara dalam talian melalui laman web ecd.beacukai.go.id. Ini merupakan langkah penting yang perlu dilakukan awal bagi memastikan urusan melalui kastam di sana berjalan lancar.
Dengan mengambil langkah-langkah yang mencukupi untuk membuat persediaan sebelum melancong ke Medan, anda boleh menikmati perjalanan anda dengan lebih lancar dan tanpa bimbang. Jangan lupa untuk merancang dengan teliti dan bersedia dengan baik untuk pengalaman percutian yang menarik di Medan, Indonesia. Selamat melancong!
Baca Juga : Travel ke Medan ; 7 Sebab Kenapa Ramai Rakyat Malaysia Suka Bercuti di Medan
0 Ulasan