Ticker

6/recent/ticker-posts

Malaysia Heritage Studio : Menghidupkan Warisan dengan Sentuhan Magikal & Inovatif

Malaysia Heritage Studios

Taman Mini Malaysia telah mengalami transformasi hebat sebagai Malaysia Heritage Studios (MHS) dengan tema "Selamat Ha-Hari Raya di Kampung Kita". Perubahan ini bukan sahaja mengubah landskap pelancongan di Bandaraya Bersejarah Melaka, tetapi juga merayakan kekayaan seni warisan dan budaya negara secara imersif dan Magikal .

Sebelum ini, Taman Mini Malaysia terkenal sebagai destinasi pelancongan konvensional yang menampilkan rumah-rumah tradisional dari semua negeri di Malaysia. Namun, konsep lama itu telah disempurnakan sepenuhnya untuk mencipta pengalaman pelancongan yang lebih interaktif dan memuaskan.


"Di MHS, rumah tradisional hidup semula melalui sentuhan imersif dan interaktif dengan teknologi moden. Sebagai contoh, Rumah Perlis memaparkan pakaian tradisional dengan cara unik - dapat melihat pakaian diperagakan oleh patung dengan memutar butang, selaras dengan muzik iringan," kata Datuk Yong Lam Woei, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MHS.

Keunikan MHS turut diperkaya dengan tarikan baharu bertemakan pendidikan, Immortal Maze. Dibina dalam bentuk labirin, pengunjung diuji dengan teka-teki untuk berjumpa dengan legenda hidupan seperti Naga Seri Gumum, Jentayu & Garuda, Kuda Semberani, Sang Kelembai, Gajah Mina, dan Mawas. Setiap watak ini diselitkan dengan nilai-nilai teladan melalui penceritaan hikayatnya.

Malaysia Heritage Studio

Uniknya, legenda hidup ini dipamerkan melalui seni bina animatronik yang dilengkapi dengan penderia untuk mengaktifkan pergerakan simulasi. Kombinasi teknologi ini membawa pembudayaan warisan ke tahap baru dalam bidang pendidikan.

Dengan wujudnya Malaysia Heritage Studios (MHS), harapan untuk memelihara, meraikan, dan menyebarkan warisan seni dan budaya negara telah menjadi lebih hidup daripada sebelumnya. Dalam suasana yang imersif dan ajaib, MHS tidak hanya boleh menghidupkan semula warisan, tetapi juga membuka pengalaman yang mendalam dan memberikan pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat.

Marilah kita bersama-sama merayakan kekayaan budaya kita di MHS, destinasi pelancongan yang menjanjikan pengalaman yang tidak terlupakan dan inspirasi yang berkesan.

Mengenai Malaysia Heritage Studios

Malaysia Heritage Studios merupakan taman tema magikal pertama di Malaysia yang mempamerkan 13 buah rumah negeri yang terdapat dalam negara. Sejumlah 13 tema telah dipilih untuk meraikan warna-warni warisan Malaysia yang mencakupi kesenian, alam semula jadi, budaya, sejarah dan kisah legenda yang tersembunyi; dipaparkan dalam bentuk yang mempesonakan agar pengalaman imersif dapat diraih.

MHS menempatkan pelbagai keunikan budaya dan tradisi, menonjolkan kekayaan dan nilai eksklusif yang Malaysia ada, termasuklah rumah negeri warna-warni, karakter legenda, hikayat dan sejarah dan pelbagai aktiviti lain yang boleh dinikmati para pengunjung untuk merasai pengalaman magikal.

Catat Ulasan

0 Ulasan