Air Terjun Sipiso Piso merupakan salah satu air terjun tertinggi dan menakjubkan di Indonesia, terletak di kampung Tongging, 45 kilometer dari Berastagi, di hujung utara Tasik Toba. Nama "Sipiso Piso" yang bermaksud 'pisau' dalam bahasa tempatan menggambarkan deras air yang jatuh dengan tajam seperti pisau dari ketinggian 120 meter. Keindahan alam sekitar menjadikan air terjun ini antara tarikan utama pelancong yang berkunjung ke Sumatera Utara.
@projektravel Salah satu lokasi menarik dan wajib pergi di Sumatera Utara, Indonesia iaitu Sipiso Piso Waterfall. Apa maksud Sipiso Piso? #Waterfall #Hiking #Outdoor #SumateraUtara #Medan #Indonesia #SipisoPisoWaterfall #FigoMedanTour ♬ original sound - ProjekTravel
Keunikan dan keindahan Air Terjun Sipiso Piso
Air Terjun Sipiso Piso bukan sahaja terkenal dengan ketinggiannya, tetapi juga dengan pemandangan yang menakjubkan. Terletak di tengah-tengah bukit menghijau yang menghadap terus ke Tasik Toba, air terjun ini menawarkan pemandangan yang tidak dapat dilupakan dan cukup mengagumkan sesiapa saja yang melihatnya. Dari sudut pandang di atas, pelancong dapat melihat air yang turun dengan megah di antara tebing yang menjulang tinggi. Bunyi deruan air terjun menambah kesan dramatik, mewujudkan suasana yang penuh kagum dan ketenangan.
Pengembaraan ke dasar air terjun
Untuk sampai ke dasar Air Terjun Sipiso Piso, pengunjung mesti menuruni sekitar 1200 anak tangga yang disediakan. Perjalanan ini tidak lah terlalu mencabar tetapi teap memerlukan persediaan fizikal dan mental especially untuk naik semula. Walaubagaimanapun, hasilnya pasti sangat berbaloi dengan usaha.
Sepanjang perjalanan, pelancong dapat menikmati keindahan alam sekitar dan merasai udara pergunungan yang segar. Setibanya di pangkalan, pemandangan air terjun yang menjulang tinggi dan air yang turun deras memberikan pengalaman yang luar biasa. Ini adalah tempat yang sesuai untuk mengambil gambar atau hanya menikmati keindahan alam semula jadi. Hati-hati jika mahu bergambar dekat dengan punca air terjun kerana tempias air dan tekanan angin sangat tinggi.
Nikmati pemandangan dari jauh
Bagi yang tidak mahu menuruni anak tangga, keindahan Air Terjun Sipiso Piso masih boleh dinikmati dari jauh. Di sekitar kawasan parkir, terdapat beberapa tempat melihat yang menawarkan panorama air terjun dan Tasik Toba yang menakjubkan.
Tips melawat Air Terjun Sipiso Piso
- Masa Terbaik Melawat: Musim kemarau adalah masa terbaik untuk melawat Air Terjun Sipiso Piso kerana akses jalan lebih mudah dan pemandangan lebih jelas.
- Pakaian dan Peralatan: Pakai pakaian dan kasut yang selesa untuk mendaki. Bawa juga air minuman dan makanan ringan untuk perjalanan turun ke dasar air terjun.
- Keselamatan: Berhati-hati semasa menuruni tangga, terutamanya jika ia basah atau licin. Jangan lupa sentiasa menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah sembarangan.
Air Terjun Sipiso Piso merupakan destinasi pelancongan yang wajib dikunjungi di Sumatera Utara. Dengan ketinggian yang menakjubkan, pemandangan semula jadi yang indah dan pengalaman pengembaraan yang tidak dapat dilupakan, air terjun ini menawarkan sesuatu yang istimewa untuk setiap pengunjung.
Jadi, jika anda merancang perjalanan ke Sumatera Utara, pastikan anda memasukkan Air Terjun Sipiso Piso dalam senarai lawatan anda. Nikmati keindahan alam dan rasai pesona salah satu air terjun tertinggi di Indonesia.
Bagi rakyat Malaysia, untuk ke sini korang perlu ambil flight ke lapangan terbang Kualanamu, Medan. Terdapat pelbagai pakej percutian murah dan berharga ditawarkan kepada pelancong Malaysia yang ingin melancong ke Medan mencari tempat menarik di Medan. Sebuah agensi pelancongan popular, Figo Tour & Travel, menawarkan pakej serendah RM500 termasuk penginapan, pengangkutan dan pelbagai aktiviti menarik.
Instagram : https://www.instagram.com/figotourandtravel/Whatsapp : +6287777465814 , +6282168256952
Air Terjun Sipiso Piso menanti untuk dijelajahi oleh setiap pengembara yang bersemangat. Ayuh, mari kita teruskan perjalanan!
0 Ulasan