Ticker

6/recent/ticker-posts

Muse Ecopak: Destinasi Terbaik untuk Berhenti dan Berehat di Gua Musang, Kelantan

rnr gua musang

Muse Ecopak, sebuah lokasi baharu yang menakjubkan dan menarik di Gua Musang, Kelantan. Selain memikat dengan keindahan alam semula jadi, Muse Ecopak juga menawarkan pelbagai kemudahan yang menjadikannya sebuah destinasi berhenti  (RnR) paling istimewa untuk para musafir khususnya.

Dari aktiviti rekreasi semulajadi yang seronok hingga penginapan yang selesa, Muse Ecopak mempunyai segala-galanya untuk memastikan perhentian anda berbaloi. Sebagai one-stop center untuk pelbagai aktiviti rekreasi semulajadi, Muse Ecopak menjadi tarikan utama bagi pengunjung yang mencari ketenangan, keseronokan, dan kemudahan dalam satu tempat.

Artikel ini akan menerokai pelbagai kemudahan yang ditawarkan oleh Muse Ecopak, termasuk aktiviti rekreasi, kemudahan tempat makan, dan penginapan di Inap Muse.

Kemudahan di Muse Ecopak, Gua Musang

1. Aktiviti Rekreasi Semulajadi

Muse Ecopark Gua Musang

Muse Ecopak menawarkan pelbagai aktiviti rekreasi semulajadi yang menarik. Antara tarikan utama termasuk:
  • Kolam Renang: Muse Ecopak mempunyai kolam renang besar dengan kedalaman maksimum 4 kaki, sesuai untuk semua peringkat umur. Selain itu, terdapat juga kolam kanak-kanak yang lebih cetek, memastikan keseronokan untuk si kecil dan seluruh keluarga.
  • Hiking Via Ferrata: Aktiviti mendaki yang selamat dan mencabar ini menawarkan pengalaman mendaki tebing batu dengan bantuan kabel dan tangga besi, memberikan peluang kepada pengunjung untuk menikmati pemandangan indah dari ketinggian.
  • Zipline (Flying Fox): Pengunjung boleh merasai keseronokan meluncur dari ketinggian dengan zipline yang tersedia, memberikan pemandangan indah kawasan sekitar sambil menikmati adrenalin yang mendebarkan.

2. Tempat Makan

Muse Ecopak juga menawarkan pengalaman tempat makan yang enak dengan view yang sangat cantik.
  • Warong Muse: Warung ini berkonsepkan kedai Pati, menyediakan pelbagai hidangan lazat yang pasti memuaskan selera pengunjung. Dengan suasana yang nyaman dan menu yang pelbagai, Warung Muse menjadi tempat yang sempurna untuk menikmati makanan selepas seharian beraktiviti. Dari sini juga anda boleh menikmati keindahan view Masjid Razaleigh (Model Masjidil Haram Mekah).
  • KB Brewster: Bagi peminat kopi, KB Brewster menawarkan pelbagai pilihan kopi berkualiti tinggi dalam suasana yang santai dan selesa. Ia adalah tempat yang ideal untuk berehat sambil menikmati secawan kopi yang enak.

3. Kemudahan Beribadah

Bagi kemudahan pengunjung Muslim, Muse Ecopak menyediakan sebuah masjid yang unik, iaitu Masjid Buluh. Dibina dengan bahan buluh, masjid ini bukan sahaja mesra alam tetapi juga menawarkan suasana yang tenang dan nyaman untuk beribadah.

4. Penginapan di Inap Muse

Inap Muse, kemudahan penginapan di Muse Ecopak, menawarkan bilik-bilik berdekorasi moden dan selesa dalam dua kategori utama:
  • Deluxe Room - Bilik Deluxe di Inap Muse menawarkan keselesaan dengan reka bentuk yang elegan dan kemudahan moden. Setiap bilik dilengkapi dengan katil yang selesa, bilik mandi peribadi, dan akses Wi-Fi percuma, memastikan penginapan yang menyenangkan untuk setiap tetamu.
  • Family Room - Bagi mereka yang bercuti bersama keluarga, Family Room menyediakan ruang yang lebih luas (dua tingkat) dengan kemudahan tambahan untuk keselesaan seisi keluarga. Bilik ini sesuai untuk keluarga kecil yang ingin menikmati percutian bersama dengan lebih selesa.

@projektravel Replying to @AbangMonster Review suasana bilik dan sekitar inap Muse di Muse Ecopark, Gua Musang. Rekomendasi staycation di Gua Musang. #KongsiBersama #VisitKelantan2024 #InapMuse #MuseEcopark #GuaMusang #Kelantan #FYP ♬ Aesthetic - Audiolist Productions

Dengan pelbagai kemudahan yang ada, Muse Ecopak di Gua Musang, Kelantan, bukan sekadar destinasi pelancongan biasa. Ia adalah tempat persinggahan yang sempurna untuk pengembara merasai keindahan alam semula jadi sambil menikmati kemudahan yang pelbagai. Muse Ecopak, destinasi terbaik untuk berhenti dan menyegarkan diri di Gua Musang. #VisitKelantan2024

Catat Ulasan

0 Ulasan