Ticker

6/recent/ticker-posts

Bercuti di Pattaya, Thailand : Lokasi Menarik & Panduan untuk Pengembara Malaysia

Bercuti di Pattaya, Thailand

Pattaya, sebuah destinasi percutian yang cukup terkenal di Thailand, menawarkan kombinasi yang sempurna antara keindahan semula jadi, kekayaan budaya, dan kepelbagaian hiburan. Terletak hanya dua jam penerbangan dari Kuala Lumpur, Pattaya adalah tempat yang ideal untuk melarikan diri dari rutin harian dan menikmati pengalaman yang berbeza. 

Mari kita terokai keajaiban Pattaya dalam panduan lengkap ini, yang pasti akan membantu anda merancang percutian yang sempurna.

Cara ke Pattaya

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pattaya sangat mudah dan cepat dengan menggunakan perkhidmatan penerbangan AirAsia. Penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang U-Tapao, Pattaya hanya mengambil masa kira-kira dua jam sahaja, menjadikannya destinasi yang sesuai untuk percutian singkat atau hujung minggu.

Lokasi Menarik di Pattaya

Disini kami kongsikan beberapa lokasi menarik yang boleh korang kunjungi jika bercuti di Pattaya, Thailand.

1. Koh Larn (Pulau Coral)


Pulau Koh Larn, yang terletak kira-kira 7.5 km dari pesisir pantai Pattaya, terkenal dengan pantai-pantai berpasir putih dan air laut yang jernih. Aktiviti yang popular di sini termasuk snorkeling, jet ski, dan berjemur di bawah sinaran matahari tropika. Pengunjung juga boleh menyewa motor untuk meneroka pulau untuk melihat keindahan pantainya dari tempat tinggi.

2. Sanctuary of Truth


Sanctuary of Truth adalah sebuah bangunan berstruktur kayu yang sangat mengagumkan dan penuh dengan ukiran-ukiran halus yang menggambarkan budaya dan kepercayaan setempat. Seni binanya penuh dengan nilai falsafah. Dikatakan pembinaan bangunan ini tidak pernah siap dan akan sentiasa dibina dari hari- ke hari. Terletak di pesisir pantai, bangunan ini bukan sahaja indah dari segi seni binanya, tetapi juga menawarkan pemandangan laut yang menakjubkan.

3. Nong Nooch Tropical Botanical Garden


Taman Botani Tropika Nong Nooch adalah taman botani yang luas dan menampilkan pelbagai jenis tumbuhan eksotik dari seluruh dunia. Selain menikmati keindahan flora, pengunjung juga boleh menyaksikan pertunjukan kebudayaan Thai dan pertunjukan gajah. Salah satu tarikan istimewa di sini adalah Dinosaur Valley, di mana patung-patung dinosaur bersaiz sebenar diletakkan di tengah-tengah kehijauan taman yang subur. Tempat ini sangat sesuai untuk kanak-kanak yang sukakan dinosaur.

4. Pattaya Floating Market


Pattaya Floating Market menawarkan pengalaman membeli-belah yang unik. Seperti namanya, pasar ini merupakan pasar yang dibina terapung diatas air. Kat sini, pengunjung akan dapat merasai sendiri pengalaman menaiki sampan tradisional. Dengan lebih 100 gerai yang menjual pelbagai barangan dari cenderamata hingga makanan tradisional Thai, ini adalah tempat yang sempurna untuk merasai budaya tempatan dan membeli ole-ole.

5. Columbia Pictures Aquaverse


Columbia Pictures Aquaverse adalah taman tema air yang unik dan menarik, bertemakan filem-filem popular dari Columbia Pictures. Taman tema ini menawarkan pelbagai tarikan dan permainan air yang sesuai untuk semua peringkat umur. Antaranya adalah Hotel Transylvania ZoneGhostbusters Zone, Jumanji Zone, Surf’s Up Zone, Cloudy with a Chance of Meatballs Zone dan lain-lain.

6. Ripley’s Believe It Or Not! Museum


Muzium Ripley’s Believe It Or Not! menampilkan pelbagai pameran aneh dan menakjubkan dari seluruh dunia. Dari objek-objek pelik hingga fakta-fakta yang sukar dipercayai, muzium ini pasti akan membuatkan pengunjung terpesona. Disini juga pengunjung dapat melalukan pelbagai aktiviti lain seperti menonton wayang 9D, masuk ke rumah hantu dan banyak lagi.

7. Hard Rock Hotel Pattaya


Untuk penginapan yang selesa dan bergaya, Hard Rock Hotel Pattaya adalah pilihan yang tepat. Hotel ini menawarkan pelbagai kemudahan termasuk kolam renang besar, restoran, dan spa. Dengan tema rock 'n' roll. Lebih menarik, hotel ini sangat dekat dengan pantai. Yang pasti menginap di hotel ini pasti akan memberikan pengalaman yang unik dan menyeronokkan.

Tips Berguna di Pattaya

- Waktu Terbaik untuk Melawat: Musim sejuk (November hingga Februari) adalah waktu terbaik untuk melawat Pattaya kerana cuaca yang lebih sejuk dan kering.
- Pengangkutan: Tuk-tuk dan teksi mudah didapati di Pattaya. Untuk pengalaman yang lebih unik, cuba naik songthaew (teksi trak).
- Keselamatan: Pattaya adalah destinasi yang selamat untuk pelancong, tetapi seperti mana-mana tempat lain, pastikan anda menjaga barang-barang peribadi dan sentiasa berhati-hati.

@projektravel Fly with AirAsia from Kuala Lumpur to Pattaya Thailand and explore 7 amazing attractions! - Koh Larn - Sanctuary of Truth - Nong Nooch Tropical Botanical Garden - Pattaya Floating Market - Columbia Pictures Aquaverse - Ripley’s Believe It Or Not! Museum - Hard Rock Hotel Pattaya Like, Comment, Share & Follow for more Video. #amazingthailand #tatkl #KohLarn #TikTokTravel #flyairasia #tourismthailandmalaysia #hardrockpattaya ♬ original sound - ProjekTravel

Dengan begitu banyak tarikan dan aktiviti menarik, Pattaya pasti akan memikat hati setiap pengunjung yang hadir. Jadi, rancanglah percutian anda sekarang dan alami sendiri keajaiban dan keseronokan yang ditawarkan oleh Pattaya. 


Untuk memudahkan perjalanan korang, AirAsia ada menyediakan penerbangan direct dari Kuala Lumpur ke Pattaya sekerap 3 kali seminggu. Apa tunggu lagi, tempah tiket korang sekarang. Selamat bercuti.

Ikuti kami di media sosial:
Facebook : @projektravel https://www.facebook.com/projektravel
Twitter: @projektravel https://twitter.com/ProjekTravel
Instagram : @projektravel https://www.instagram.com/projektravel/
TikTok: @projektravel https://www.tiktok.com/@projektravel


Catat Ulasan

0 Ulasan