Ticker

6/recent/ticker-posts

Tourism Malaysia Perkasakan Kelestarian dengan Inisiatif CSR di Pulau Redang


Tourism Malaysia menunjukkan komitmennya terhadap sustainable tourism dengan melancarkan program CSR yang komprehensif di Pulau Redang, sejajar dengan United Nations Sustainable Development Goals (SDGs).

Inisiatif kolaboratif ini menyatukan Tourism Terengganu, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Berjaya Hotels and Resorts, mainstream media, influencer media sosial serta chef selebriti Dato' Ismail Ahmad untuk mempromosikan warisan Malaysia yang kaya sambil memupuk pertukaran budaya dan penghargaan. 

Melalui program ini Chef Ismail telah melakukan demonstrasi masakan autentik Malaysia (Nasi Ulam Rembau) kepada pelancong dan masyarakat tempatan, menekankan kuasa makanan dalam menghubungkan orang ramai dan membina persefahaman.

Demonstrasi masakan autentik Malaysia (Nasi Ulam Rembau) kepada pelancong oleh Dato Chef Ismail

Program ini juga menampilkan pelbagai aktiviti lain untuk meningkatkan kelestarian Pulau Redang, termasuk:
  • Aktiviti Pembersihan Pantai: The Taaras Beach and Spa Resort, sebuah hartanah Berjaya Hotels and Resorts, akan mengetuai usaha pembersihan pantai, melibatkan komuniti tempatan dan pelancong dalam memelihara keindahan semula jadi Pulau Redang dan mengurangkan sisa marin. Inisiatif ini mempromosikan amalan bertanggungjawab dan menekankan pentingnya melindungi lautan kita sambil menyumbang secara positif kepada komuniti tempatan dan alam sekitar.
  • Pendidikan Pemuliharaan Penyu: Di Santuari Penyu Chagar Hutang, peserta telah belajar tentang peranan penting pemuliharaan penyu dan kepentingan hidupan marin serta habitat mereka. Pengalaman ini menyokong inisiatif ekopelancongan yang mempamerkan biodiversiti kaya pulau ini.
  • Penukaran Minyak Masak Terpakai Menjadi Sabun: UMT, melalui Institute of Oceanography and Environment (INOS), akan mendidik peserta tentang amalan pelancongan lestari. Program ni juga akan tunjuk macam mana minyak masak terpakai boleh tukar jadi sabun. Kuranglah sikit sisa, dan kita guna semula sumber yang ada.

Program ini selaras dengan amalan sustainable tourism yang digariskan dalam Dasar Pelancongan Negara 2020-2030. Aktiviti-aktiviti ini juga boleh diintegrasikan ke dalam pakej pelancongan sedia ada yang ditawarkan oleh industri, mewujudkan pengalaman yang memberi manfaat kepada pelawat dan komuniti tempatan.

Dengan melaksanakan inisiatif sebegini, Tourism Malaysia dan pihak terlibat bukan sahaja dapat meningkatkan daya tarikan Pulau Redang sebagai destinasi pelancongan tetapi juga memastikan kelestarian ekologi dan budaya jangka panjangnya dalam persediaan untuk Visit Malaysia 2026 (VM2026).

Ikuti kami di media sosial:
Facebook : @projektravel https://www.facebook.com/projektravel
Twitter: @projektravel https://twitter.com/ProjekTravel
Instagram : @projektravel https://www.instagram.com/projektravel/
TikTok: @projektravel https://www.tiktok.com/@projektravel

Catat Ulasan

0 Ulasan