Acara gilang gemilang paling ditunggu-tunggu setiap tahun, Keretapi Sarong 2024 (KS24), kembali dengan penuh semangat dan warna-warni untuk menyambut Hari Malaysia yang ke-61! Bertemakan ‘Bangga Malaysia’, tahun ini lebih istimewa sebab kita bukan sahaja angkat jenama tempatan, tapi juga libatkan ikon anak muda dan influencer antarabangsa yang popular!
Shamsul Bahrin Zainuzzaman, Pengasas Bersama LOCCO dan Pengarah Program KS2024, menegaskan bahawa tema ‘Bangga Malaysia’ membawa makna mendalam kerana ia melambangkan kebanggaan kita terhadap jenama tempatan yang kini semakin dikenali di peringkat global.
Acara ini telah melibatkan beberapa station terpilih sebelum peserta bergerak menaiki train ke Lanai @ MATIC, Kuala Lumpur, sebagai lokasi rahsia dan tempat berkumpul acara kemuncak. Antara station yang terlibat adalah seperti, Subang Jaya, Putrajaya, UPM, Ampang, Gombak dan banyak lagi.
@projektravel Replying to @jun jun NAUI Selain @Khairulaming @Pinn Yang , Keretapi Sarong 2024 kali ni diserikan juga dengan kehadiran pasangan bahagia Sabri Yunus & Angeline Tan . #KeretapiSarong24 #KeretapiSarong2024 #BanggaMalaysia @LOCCO 🇲🇾 ♬ original sound - ProjekTravel
Lebih meriah lagi, acara tahun ini disertai oleh ikon anak muda dan pempengaruh seperti Khairul Aming dan Pinn Yang yang membawa aura segar tersendiri khususnya di kalangan anak muda tempatan. Tak cukup dengan itu, sambutan ini turut dimeriahkan dengan perarakan pasangan bahagia Sabri Yunus dan Angelina Tan, sebagai ikon perpaduan dan figura yang penuh dengan semangat cinta akan seni budaya Malaysia.
Bukan itu sahaja, acara ini juga turut di hadiri oleh beberapa orang pencipta kandungan popular dari negara jiran iaitu Rahul dari Lingga, Indonesia dan Albert yang merupakan pempengaruh dari Thailand bersama beberapa wakil media antarabangsa lain turut serta untuk melihat bagaimana Malaysia menyambut Hari Malaysia dengan cara unik dan kreatif. Kehadiran mereka ini membawa dimensi global kepada acara, sekaligus memperluas lagi jangkauan KS24 ke peringkat antarabangsa.
Yang paling menarik, rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan umur juga turut turun padang dengan pakaian cantik dan kreatif bertemakan pakaian kebanggaan Malaysia. Pelbagai gaya dan rekaan unik memperlihatkan betapa bersemangatnya mereka untuk meraikan Hari Malaysia.
@projektravel Che Siti Wan Kembang di hutan konkrit Kuala Lumpur. Hadir di pergimpunan Keretapi Sarong 2024. Inframe : @Madina Wafa✨ #KeretapiSarong2024 #KeretapiSarong #BanggaMalaysia #LokalLagiBoom #BusanaMelayu ♬ original sound - ProjekTravel
Dari kanak-kanak hingga warga emas, semua turut serta dengan penuh gaya, menjadikan suasana semakin meriah dan berwarna-warni.
Penaja & Rakan Strategik Membawa KS24 Ke Tahap Baharu
Acara ini disokong oleh pelbagai jenama dan rakan strategik yang masing-masing ada kempen tersendiri untuk menyerlahkan tema Bangga Malaysia. Antaranya:
- Prasarana: Mengawal urusan pengangkutan awam dengan baik untuk keselesaan peserta.
- ERL (KLIA Transit): Menyediakan harga istimewa untuk perjalanan ke KL Sentral bagi mereka yang memakai sarong.
- AirAsia: Membawa kempen "Kenangan Malaysia Bersama AirAsia", meraikan pengalaman bersama penerbangan tempatan.
- Hotlink: Menyediakan rangkaian internet yang lancar sepanjang acara dengan #HotlinkJaguh5GUntukMalaysia.
- Siti Khadijah: Memperkenalkan fesyen pelikat moden yang menggabungkan warisan tradisi dan gaya kontemporari.
- HAUSBOOM: Meraikan minuman tempatan dengan kempen #LokalLagiBoom yang menyokong jenama tempatan.
Selain dari senarai di atas, ramai lagi penaja dan rakan strategik lain yang turut serta, seperti Infinix, Gardenia, dan ramai lagi, yang membantu memeriahkan Keretapi Sarong 2024.
Ratu Etnik Kreatif Noraniza Idris & Flash Mob Meriahkan Suasana
Acara ini juga dimeriahkan dengan kehadiran Noraniza Idris, Ratu Etnik Kreatif yang membawa sentuhan budaya Melayu melalui persembahannya. Dengan lagu-lagu klasiknya, Noraniza Idris berjaya menyatukan suasana tradisi dan moden, menjadikan sambutan KS24 lebih berwarna.
Selain di Lembah Klang, flash mob serentak juga dianjurkan di Johor Bahru, Kota Bharu, Ipoh, Bukit Mertajam, dan banyak lagi. Tambahan pula, KS24 turut mendapat perhatian global dengan flash mob yang diadakan di kota-kota besar seperti Paris, Berlin, dan Amsterdam.
@projektravel Keretapi Sarong Tahun 2024 ada @Khairulaming dan @Pinn Yang . @LOCCO 🇲🇾 #KeretapiSarong24 #BanggaMalaysia #LokalLagiBoom #KeretapiSarong2024 #KhairulAming #PinnYang ♬ original sound - ProjekTravel
Acara ini bukan sekadar sambutan Hari Malaysia, tetapi juga acara yang memperkenalkan budaya kita kepada dunia. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk jadi sebahagian daripada perjalanan yang epik ini pada acara yang akan datang!
Ikuti kami di media sosial:
Facebook : @projektravel https://www.facebook.com/projektravel
Twitter: @projektravel https://twitter.com/ProjekTravel
Instagram : @projektravel https://www.instagram.com/projektravel/
TikTok: @projektravel https://www.tiktok.com/@projektravel
0 Ulasan