Perjalanan kami bermula dari Stesen KL Sentral menuju ke Ipoh, dengan pelbagai perhentian menarik seperti Batu Gajah, Kuala Kangsar dan Taiping. Setibanya di Perak, pelbagai aktiviti disediakan untuk memeriahkan lagi pengalaman kami. Antara aktiviti yang dirancang oleh Tourism Perak ialah lawatan ke Tasik Cermin, Hard Rock Cafe Ipoh, Concubine Lane yang penuh sejarah, serta Jejak Warisan Ipoh. Kami juga sempat merasai pengalaman di Lost World of Tambun Hot Springs & Spa dan Escape Ipoh, tempat yang terkenal untuk mereka yang gemarkan aktiviti mencabar.
Apa yang membuat perjalanan ini menjadi lebih menarik dan unik adalah penggunaan tren konvensional dengan lokomotif diesel, satu pengalaman yang sudah jarang ditemui di laluan Utara. Selain itu, tren ini juga dilengkapi dengan koc Chillax dan koc Café untuk memberikan keselesaan maksimum kepada para penumpang. Untuk lebih keselesaan, terdapat juga koc kelas pertama dengan 36 tempat duduk berharga RM74 sehala, manakala koc kelas kedua dengan 240 tempat duduk ditawarkan pada harga RM51 sehala.
Masa Depan Rail Tourism
Tren berkonsepkan persiaran ini bukan sekadar untuk perjalanan, tetapi untuk mempromosikan industri Rail Tourism di Malaysia. Pihak KTMB yakin bahawa dengan memperkenalkan produk seperti RTSM, mereka dapat meningkatkan jumlah penumpang dengan sasaran kenaikan 5% atau 1.25 juta penumpang dalam tempoh setahun. Menurut Ketua Pegawai Korporat KTMB, promosi yang efektif, pakej yang menarik, serta keindahan pemandangan sepanjang perjalanan mampu memberikan pengalaman pelancongan yang berbeza dan turut membantu meningkatkan ekonomi setempat.
@projektravel 🚂 Railway To See Malaysia (RTSM) - Edisi Promising Perak dari KL Sentral ke Taiping bersama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Tren ini akan melalui 4 destinasi utama seperti KL Sentral, Batu Gajah, Kuala Kangsar dan Taiping! 🗓️ *Jadual perjalanan:* ➡️ 7 Sept, 5 Okt, 26 Okt, 9 Nov (Sabtu: KL Sentral ke Taiping) ➡️ 8 Sept, 6 Okt, 27 Okt, 10 Nov (Ahad: Taiping ke KL Sentral) Dapatkan tiket sekarang di aplikasi KTMB Mobile (KITS) atau laman sesawang www.ktmb.com.my 🎟️ #RTSMExcursionTrain #railwaytoseemalaysia #RTSM #KTMB #inspiringmomentbyKTMB #RTSMxVPY2024 @railwaytoseemalaysiaoffical ♬ original sound - ProjekTravel
Jika anda berminat untuk menyertai trip ini, tren RTSM ini dijadualkan beroperasi pada 7 September, 5 Oktober, 26 Oktober, dan 9 November 2024 bagi perjalanan dari KL Sentral ke Taiping, serta 8 September, 6 Oktober, 27 Oktober dan 10 November 2024 untuk perjalanan dari Taiping ke KL Sentral. Tiket boleh didapati melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS), laman web KTMB, atau kios tiket di stesen.
Secara keseluruhannya, RTSM Excursion Train ini memberikan kami pengalaman pelancongan tren yang unik dan tak terlupakan. Sesuai untuk seisi keluarga dan juga mereka yang ingin menikmati keindahan Malaysia dari sudut yang berbeza. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman ini.
Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman sesawang rasmi www.ktmb.com.my atau hubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03 - 9779 1200.
Ikuti kami di media sosial:
Facebook : @projektravel https://www.facebook.com/projektravel
Twitter: @projektravel https://twitter.com/ProjekTravel
Instagram : @projektravel https://www.instagram.com/projektravel/
TikTok: @projektravel https://www.tiktok.com/@projektravel
0 Ulasan