Jika korang mencari destinasi baru yang mempunyai keindahan semula jadi dan sejarah yang menakjubkan, maka Sri Vijaya Puram (dahulunya dikenali sebagai Port Blair) adalah tempat yang patut korang pertimbangkan.
AirAsia, dengan semangat inovatifnya, kini menghubungkan Kuala Lumpur dengan destinasi menarik ini dengan penerbangan terus yang pertama pada 16 November 2024. Dengan penerbangan langsung yang hanya memakan masa singkat (lebih kurang 2jam 10 minit), Sri Vijaya Puram kini berada dalam jangkauan lebih ramai pelancong dari Malaysia dan sekitarnya.
Dengan enam penerbangan pergi balik mingguan, laluan baharu ini menjadi satu-satunya penerbangan terus dari Malaysia ke Kepulauan Andaman dan Nicobar. Perkhidmatan ini menjanjikan perjalanan yang lebih mudah, pantas, dan berpatutan ke salah satu destinasi pelancongan paling memukau di Asia Selatan.
Mengapa Sri Vijaya Puram Menjadi Tumpuan?
Terkenal dengan pantai putihnya yang bersih, lagun tropika, dan biodiversiti laut yang menakjubkan, Kepulauan Andaman dan Nicobar adalah syurga tersembunyi yang menunggu untuk diterokai. Destinasi ini sangat sesuai untuk pelancong yang mencari pengalaman baharu, sama ada untuk menyelam skuba di antara terumbu karang atau menikmati ketenangan pantai yang jauh dari hiruk-pikuk kota.
Selain itu, tarikan seperti Cellular Jail di Port Blair membawa anda menyusuri sejarah perjuangan kemerdekaan India, menjadikannya sebuah destinasi yang menggabungkan keindahan semula jadi dan nilai sejarah.
Pengembangan Strategik AirAsia
Dato’ Kapten Fareh Mazputra, Pengarah Urusan AirAsia Malaysia, berkata,
“Ini merupakan pencapaian penting dalam usaha berterusan kami untuk memperkukuh kehadiran di India, salah satu pasaran terbesar dan paling berkembang bagi AirAsia. Visi dan misi kami adalah untuk terus meningkatkan kesalinghubungan dengan tambang berpatutan di seluruh Asia. Pelancaran laluan baharu ke Sri Vijaya Puram ini membolehkan kami menyokong sasaran kerajaan India untuk menarik lebih 10 juta pelancong asing menjelang akhir tahun ini, serta visi Pelancongan 2047 negara tersebut yang bertujuan meningkatkan kedatangan pelancong antarabangsa 10 kali ganda. Kami berbangga dapat menyumbang kepada kejayaan India sebagai salah satu destinasi utama di peringkat global.
“Selain itu, dengan lebih daripada 1,000 tempat duduk tersedia setiap minggu, perkhidmatan ini dijangka akan meningkatkan perjalanan serantau dan memudahkan penduduk tempatan untuk melancong ke luar negara. Kami teruja untuk menyambut kedatangan pelancong dari destinasi ini yang ingin melawat Kuala Lumpur dengan menawarkan sambungan mampu milik ke destinasi lain di Malaysia, Asia Tenggara dan destinasi menarik lain melalui rangkaian luas kami.”
Flight Schedule antara Kuala Lumpur (KUL) dan Port Blair (IXZ)
Kuala Lumpur (KUL) ke Port Blair (IXZ)
No. Flight : AK55
Berlepas: 10:40
Tiba: 10:20
Operasi: Selasa, Khamis & Sabtu
Port Blair (IXZ) ke Kuala Lumpur (KUL)
No. Flight : AK54
Berlepas: 10:55
Tiba: 16:15
Operasi: Selasa, Khamis & Sabtu
Membuka Pintu kepada Peluang Baharu
Laluan ini membuka peluang besar kepada pelancong untuk meneroka destinasi di kedua-dua negara. Pelancong dari Sri Vijaya Puram kini dapat menikmati kemudahan penerbangan terus ke Malaysia dan meneroka pelbagai tarikan di negara kita Malaysia.
Rangkaian luas AirAsia juga membolehkan sambungan mudah ke destinasi lain di Asia Tenggara seperti Bali, Bangkok, dan Hanoi.
Dengan pelancaran laluan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Sri Vijaya Puram, AirAsia membuka peluang kepada semua orang untuk menerokai satu destinasi yang kaya dengan keindahan alam semula jadi, sejarah yang mendalam, dan budaya yang memukau. Tidak kira sama ada korang penggemar alam semula jadi, pencinta sejarah, atau sekadar mencari tempat percutian yang tenang, Sri Vijaya Puram menawarkan sesuatu yang istimewa untuk semua.
Jadi, apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang pertama menikmati perjalanan ke salah satu destinasi eksotik yang sedang mencuri tumpuan ini. Tempah tiket anda sekarang di AirAsia.com dan jadikan Sri Vijaya Puram destinasi percutian anda yang seterusnya!
Ikuti kami di media sosial:
Facebook : @projektravel https://www.facebook.com/projektravel
Twitter: @projektravel https://twitter.com/ProjekTravel
Instagram : @projektravel https://www.instagram.com/projektravel/
TikTok: @projektravel https://www.tiktok.com/@projektravel
0 Ulasan