Filem Keluang Man 2025 merupakan adaptasi aksi langsung pertama bagi siri animasi ikonik yang pernah menjadi fenomena di Malaysia sekitar lewat 90-an. Diterbitkan oleh Astro Shaw, filem ini membawa watak adiwira tempatan ke tahap yang lebih tinggi dengan pendekatan sinematik moden, penceritaan yang gelap, serta barisan pelakon yang mantap.
Sinopsis Filem Keluang Man 2025
Mengisahkan Borhan, seorang pesakit psikiatri yang menghidap skizofrenia disosiatif dan menjalani rawatan di Hospital Bahagia Tumpoi. Di sebalik identitinya yang biasa, Borhan mempunyai alter ego sebagai Keluang Man, adiwira bertopeng yang menegakkan keadilan dan membanteras jenayah di bandar kecil Kluang. Dengan bantuan sahabatnya Inspektor Sahab, mereka berdepan dengan cabaran besar apabila berhadapan dengan musuh utama, Shamsir, yang memimpin organisasi jenayah besar.
Barisan Pelakon Utama
Filem ini membariskan pelakon popular tanah air yang membawa nafas segar kepada watak klasik:
- Nas-T sebagai Borhan / Keluang Man
- Remy Ishak sebagai Shamsir
- Rosyam Nor sebagai Ahmad
- Anwaar Beg Moghal sebagai Inspektor Sahab
- Shweta Sekhon sebagai Dr. Malini
Turut serta: Amelia Henderson, Dennis Yin, Mierul Aiman, Halim Othman, dan Sham Sunder
Produksi & Lokasi Penggambaran
Dengan bajet sekitar RM13 juta, penggambaran filem ini dilaksanakan selama 64 hari di beberapa lokasi utama di Malaysia termasuk Kluang, Ipoh, Klang dan Kuala Lumpur. Semua aspek produksi melibatkan tenaga tempatan, menjadikan Keluang Man antara filem tempatan berskala besar yang dibangunkan sepenuhnya oleh bakat Malaysia.
Konsep Sinematik & Perkembangan ASCU
Menariknya, Keluang Man 2025 adalah filem pertama dalam rangka kerja Astro Shaw Cinematic Universe (ASCU). Francais ini bertujuan memperkenalkan beberapa lagi adiwira tempatan di masa akan datang. Filem ini menjadi asas kepada penceritaan sinematik adiwira Malaysia, lengkap dengan gaya visual yang dramatik, kesan khas berkualiti tinggi, dan plot yang padat dengan konflik dalaman dan cabaran luar.
Lagu Tema & Nostalgia
Lagu tema asal “Keluang Man” diberi nafas baru oleh Krisya & S.O.G, sambil diselitkan dengan lagu nostalgia era 2000-an seperti “Tragedi Oktober” dan “Terhangat di Pasaran”. Elemen ini bukan sahaja menghidupkan suasana retro, tetapi turut menghubungkan generasi baru dengan zaman kegemilangan adiwira ini.
Tarikh Tayangan & Pembelian Tiket
Filem ini akan mula ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia dan Brunei mulai 29 Mei 2025. Tiket boleh didapati melalui laman web rasmi pawagam seperti GSC, TGV dan MBO.
Sokong Filem Tempatan – Tolak Cetak Rompak
Menonton Keluang Man 2025 bukan sahaja satu bentuk hiburan, tetapi juga satu bentuk sokongan kepada industri filem tempatan. Kita sering mendambakan filem Malaysia yang berkualiti tinggi, dan inilah salah satunya. Untuk itu, penting untuk kita tidak menonton filem ini secara haram.
- ๐ด Jangan tonton Keluang Man full online secara percuma di platform tidak sah
- ๐ด Jangan download Filem Keluang Man secara haram
Sebaliknya, tontonlah di pawagam atau platform rasmi supaya tenaga kerja, pelakon, dan produksi tempatan terus mendapat ganjaran yang sewajarnya.
Keluang Man 2025 bukan sekadar filem nostalgia. Ia adalah langkah besar dalam usaha memperkasa naratif adiwira tempatan dengan pendekatan moden dan sinematik. Gabungan visual yang hebat, lakonan mantap serta jalan cerita yang menyentuh isu kesihatan mental menjadikan filem ini sesuatu yang wajar ditonton oleh semua lapisan masyarakat Malaysia.
Artikel Berkaitan : Blood Brothers: Bara Naga โ Filem Malaysia Paling Laku 2025
Korang membesar dengan Keluang Man? Atau nak sokong filem tempatan berkualiti? Jangan lupa tonton filem ni di pawagam mulai 29 Mei 2025! Simpan dan kongsikan artikel ini untuk sebarkan semangat #AdiwiraTempatan. Jangan lupa follow media sosial Projek Travel untuk info hiburan dan budaya terkini!
Dah tgk Keluang Man.. Memang menggamit memory betullll ๐ค
bestnya dapat tengok awal. nnti ke KL nak tengok juga lah