Selepas kejayaan luar biasa Ejen Ali The Movie pada tahun 2019 yang meraih kutipan lebih RM30 juta, WAU Animation kembali dengan sekuel yang dinanti-nantikan, Ejen Ali The Movie 2 (EATM2). Filem ini ditayangkan secara rasmi pada 22 Mei 2025 dan telah mencetuskan fenomena baharu dalam industri animasi tempatan.
Sinopsis dan Jalan Cerita
Ejen Ali The Movie 2 menyambung kisah dari episod terakhir musim ketiga siri animasi Ejen Ali, di mana Ali telah dipilih untuk mengendalikan projek rahsia SATRIA; sebuah sut berteknologi tinggi yang menggabungkan kecerdasan buatan. Dalam filem ini, Ali berdepan dengan ancaman baharu dari Neonimus, seorang penggodam berbahaya yang merancang serangan siber terhadap Cyberaya. Dengan bantuan rakan-rakannya dan teknologi canggih, Ali berusaha untuk menggagalkan rancangan jahat tersebut sambil menghadapi konflik dalaman dan cabaran peribadi
Watak di Sebalik Ejen Ali The Movie 2
Kejayaan Ejen Ali The Movie 2 bukan hanya terletak pada jalan cerita dan kualiti animasi, tetapi juga kepada pembangunan watak-watak yang menyentuh emosi penonton. Setiap karakter dalam filem ini menyumbang kepada kekuatan naratif dan dinamika dunia Cyberaya.
Watak | Suara Latar | Peranan dalam Filem |
Ejen Ali | Ida Rahayu Yusoff | Watak utama. Pengguna prototaip SATRIA, bergelut dengan konflik identiti dan tanggungjawab besar. |
Ejen Bakar | Shafiq Isa | Mentor dan abang figura kepada Ali. Tegas, pelindung dan penyokong setia. |
Alicia | Noorhayati Maslini Omar | Rakan sepasukan yang cekap dan rasional. Perancang strategi dan tempat Ali meluahkan perasaan. |
Produksi dan Pasukan Kreatif
Filem ini diarahkan oleh Usamah Zaid Yasin dan diterbitkan oleh WAU Animation dengan kerjasama Primeworks Studios. Dengan bajet sekitar RM10 juta, produksi filem ini melibatkan pasukan kreatif tempatan yang berpengalaman. Runut bunyi filem ini turut menampilkan lagu tema “Hanya Kamu” yang dinyanyikan oleh Dato’ M. Nasir, menambahkan elemen emosi dalam penceritaan.
Penerimaan dan Ulasan
Ejen Ali The Movie 2 menerima sambutan hangat daripada penonton dan pengkritik. Pujian diberikan kepada kualiti animasi yang setanding dengan standard antarabangsa, jalan cerita yang matang, dan pembangunan watak yang mendalam. Elemen aksi dan emosi yang seimbang menjadikan filem ini sesuai untuk tontonan semua peringkat umur.
Sokong Industri Animasi Tempatan
Kejayaan penghasilan filem animasi ini membuktikan bahawa industri animasi Malaysia mampu menghasilkan karya bertaraf antarabangsa yang membanggakan. Namun kejayaan ini hanya akan berterusan jika kita sebagai penonton memainkan peranan dalam menyokong hasil karya tempatan secara sah.
- ✅ Tonton di pawagam atau platform penstriman rasmi.
- ❌ Jangan tonton full movie Ejen Ali The Movie 2 secara online melalui laman haram.
- ❌ Jangan download full movie Ejen Ali The Movie 2 secara tidak sah.
Tindakan menonton atau memuat turun secara haram bukan sahaja merugikan penerbit dan penggiat seni, malah menjejaskan masa depan industri kreatif negara. Sebaliknya, sokongan korang sangat penting untuk memastikan lebih banyak filem berkualiti seperti ini dapat dihasilkan di masa hadapan.
Mari kita jadi penonton yang bertanggungjawab dan bangga menyokong animasi buatan Malaysia!
Artikel Berkaitan : Filem Keluang Man 2025: Tayangan Rasmi Di Pawagam Pada 29 Mei
FIlem animasi ini bukan sekadar sebuah sekuel, tetapi lambang kemajuan industri animasi tempatan yang kian mendapat tempat di hati penonton Malaysia. Dengan jalan cerita yang matang, animasi berkualiti tinggi dan pembangunan watak yang mengesankan, filem ini membuktikan bahawa hasil karya anak tempatan mampu berdiri setanding dengan produksi antarabangsa.
Jangan lupa kongsikan artikel ini untuk sebarkan kesedaran tentang pentingnya menyokong industri kreatif Malaysia. Ikuti Projek Travel untuk lebih banyak cerita menarik tentang filem, budaya dan hiburan tempatan!