Hilltop Cuisine Kota Warisan: Makan Malam Shellout View Bukit Paling Best di Sepang
Sedang cari port makan best yang ada makanan sedap, view cantik dan mesra keluarga? Korang kena cuba Hilltop Cuisine Kota Warisan. Terletak di puncak kecil di Kota Warisan, tempat makan ini viral dengan kombinasi shellout harga mampu milik, suasana santai, dan view senja yang memang Instagram-worthy!
Tempat makan ni memang wajib masuk dalam list korang kalau tengah plan foodhunting area KLIA, Putrajaya atau Cyberjaya. Nak bawa family pun boleh, nak buat surprise date pun sesuai. Hilltop Sepang Shellout ada semuanya; rasa, view dan moment.
Shellout Berbaloi dari RM60

Menu utama di sini ialah Shellout Set, bermula dari RM60 sahaja untuk 2–4 orang. Portion dia memang besar, sesuai untuk kongsi ramai-ramai. Korang boleh pilih dari tiga jenis sos istimewa:
- Hot Spicy Curry – pedas menyengat, tapi syok makan ramai-ramai.
- Buttermilk – lemak manis yang creamy, sesuai untuk anak-anak. * paling laris.
- Singapore Chilli – ala hidangan chili crab Singapura, penuh rasa.
Nak lebih puas? Boleh tambah seafood atau extra hidangan ikut selera; sotong, lala, ketam dan pelbagai side dish lain tersedia.
Suasana Unik & Instagrammable

Walaupun namanya Hilltop, korang tak perlu mendaki pun, boleh terus parking sampai atas. Sampai je di puncak, suasana tenang dengan view terbuka KLIA dan langit senja memang terus buat hati cair. Angin sejuk bukit, pemandangan bandar dan vibe santai menjadikan tempat ni spot makan yang bukan biasa-biasa.
Meja luar berbumbung disusun rapi di bawah khemah putih. Kalau korang datang waktu senja, ini antara spot paling cantik untuk bergambar bersama pasangan atau keluarga. Sambil makan, boleh layan view sunset; memang rare!
Hilltop Cuisine bukan sekadar tempat makan, tapi juga spot bergambar paling viral di Sepang. Selain view senja yang menakjubkan dan susun atur ala taman bukit, tarikan utama di sini ialah tangga putih ikonik yang kelihatan seolah-olah menuju terus ke langit.
Tarikan Keluarga & Kanak-Kanak
Hilltop Cuisine juga family-friendly. Ada ruang permainan terbuka dengan bola gergasi untuk kanak-kanak bermain. Ibu ayah pula boleh makan dengan tenang sambil anak-anak berseronok. Ruang makan luas dan santai, sesuai untuk bawa warga emas atau bayi sekali.
Tips Berguna
| Perkara | Maklumat |
|---|---|
| Waktu Operasi | Setiap hari, 12 tengah hari – 12 malam; last oder 11pm |
| Parking | Ada tapi terhad – datang awal |
| Waktu Best | 5:30 – 7:00 petang untuk view sunset |
| Tempahan | Digalakkan WhatsApp atau DM untuk secure meja & shellout. _ +6011-21880321 |
Kalau korang tengah cari port makan yang bukan biasa-biasa, ada makanan sedap, view cantik, tempat bergambar cun dan suasana santai untuk semua lapisan umur; Hilltop Cuisine Kota Warisan memang wajib masuk dalam bucket list.
Nak rasa sendiri vibe atas bukit + makanan seafood yang berbaloi? Jom plan trip ke Hilltop Sepang sekarang!
Jangan lupa, save & share artikel ni untuk rujukan nanti. Follow semua platform Projek Travel untuk lebih banyak spot hidden gem & cerita makan menarik!
Artikel ini merupakan sebahagian daripada liputan Fam Trip “Pusing Selangor, Singgah Sepang Dulu!” yang telah berlangsung pada 19 hingga 22 Jun 2025.