Firefly KLIA ke Krabi | Inaugural Flight Firefly ke Krabi, Thailand
Firefly, syarikat penerbangan di bawah Malaysia Aviation Group (MAG), secara rasmi melancarkan penerbangan jet sulung dari KLIA Terminal 1 ke Krabi, Thailand pada 17 November 2025. Lebih istimewa, admin Projek Travel berpeluang menaiki penerbangan istimewa ini. Penerbangan sulung FY3610 berlepas pada jam 11.30 pagi dan selamat tiba di Krabi pada jam 12.00 tengah hari, menandakan detik penting dalam rangka strategi perluasan rangkaian Firefly ke destinasi antarabangsa.

Sebagai sebuah platform pelancongan yang sering mengikuti perkembangan industri penerbangan negara, peluang menyertai perjalanan ini merupakan satu pengalaman berharga dan penuh makna.
Majlis Perlepasan Meriah di KLIA
Bagi meraikan ketibaan laluan baharu ini, Firefly mengadakan satu majlis perlepasan eksklusif di pintu pelepasan, di mana para penumpang menerima cenderamata edisi terhad. Acara ini turut diserikan dengan kehadiran barisan kepimpinan kanan MAG seperti:
- Captain Hamdan Che Ismail, Ketua Pegawai Operasi Firefly
- Dersenish Aresandiran, Ketua Pegawai Komersial MAG – Airline Business

Kehadiran mereka menzahirkan sokongan penuh terhadap peranan Firefly sebagai penghubung penting destinasi serantau, khususnya dalam memperkukuh sektor pelancongan ASEAN.
Komitmen Firefly Memperkukuh Kesalinghubungan Serantau
Menurut Captain Hamdan Che Ismail, pelancaran laluan baharu ini mencerminkan aspirasi Firefly untuk memperluaskan capaian rangkaian di Asia serta memudahkan hubungan antara hub utama Malaysia dengan destinasi percutian popular seperti Krabi.
Lebih menarik, laluan KLIA–Krabi ini turut menyediakan sambungan perjalanan yang lancar kepada penumpang Malaysia Airlines yang tiba dari pelbagai bandar antarabangsa. Membolehkan mereka terus terbang ke Krabi tanpa perlu mengurus semula bagasi.
Penerbangan sulung ini menerima sambutan tinggi dengan faktor muatan mencecah 96%, menunjukkan keyakinan dan permintaan kukuh terhadap laluan baharu ini.
Kemudahan & Nilai Tambah Firefly untuk Penumpang
Firefly terus mengekalkan reputasinya sebagai syarikat penerbangan yang menawarkan perjalanan selesa pada nilai terbaik. Antara kelebihan yang ditawarkan termasuk:
- 10kg bagasi berdaftar percuma
- Snek percuma di dalam pesawat
- Perubahan tarikh penerbangan secara fleksibel
- Through-checked baggage bagi penumpang yang menyambung perjalanan dari Malaysia Airlines
- Set hidangan percuma untuk penumpang transit melalui Malaysia Airlines
- Pilihan pra-tempahan hidangan panas inspirasi Asia dan snek tempatan pada harga lebih berbaloi
Kemudahan ini direka untuk memastikan pengalaman perjalanan yang lebih mudah, selesa dan bernilai.
Menyokong Pelancongan & Perniagaan di Asia Tenggara
Dengan operasi jet dari KLIA serta rangkaian turboprop dari Subang, Firefly memainkan peranan penting dalam memenuhi visi MAG untuk menyediakan rangkaian perjalanan udara yang menyeluruh, mudah diakses & berhubung baik di seluruh rantau.
Laluan KLIA–Krabi ini bukan sahaja memudahkan pelancong Malaysia yang ingin ke destinasi pantai terkenal Thailand. Malah menyokong pertumbuhan ekonomi & industri pelancongan kedua-dua negara.
Tempah Percutian Anda Sekarang
Untuk maklumat lanjut atau membuat tempahan, layari laman rasmi Firefly:
👉 https://fireflyz.com.my
Ikuti perkembangan terkini di media sosial Firefly 👉 @fireflyairlines untuk peluang memenangi percutian menarik dan promosi terkini.
Kalau korang suka artikel seperti ni & nak lebih banyak perkongsian eksklusif tentang destinasi menarik, review penerbangan, pengalaman travel sebenar serta tip percutian yang praktikal. Follow Projek Travel di semua platform media sosial untuk update terkini.
Baca juga: Menarik Tentang Krabi, Thailand
Simpan & kongsikan artikel ini supaya lebih ramai boleh dapat manfaat dan rancang percutian dengan lebih mudah. Selamat bercuti dan jumpa di destinasi seterusnya!
- ITINERARY LABUAN BAJO 7H6M (24–30 MAC 2026)
- Pergi Haji Naik Kapal Laut : Kisah Jemaah Melayu Zaman Dahulu Menempuh Lautan Berbulan-Bulan
- Falsafah Sirih Junjung Dalam Adat Melayu: Simbol Adab, Maruah dan Kesantunan
- Diskaun ETS 30% & Pas ERL Baharu: Jimat Kos Harian
- Komodo Dragon: Fakta “Naga Dunia Nyata” Paling Berbahaya