Langkawi, terletak di negeri Kedah juga dikenali sebagai Pulau Lagenda; merupakan salah satu lokasi percutian pulau popular di Malaysia yang sentiasa menjadi pilihan pelancong tempatan dan antarabangsa. Selain lokasinya yang menarik, Langkawi juga kaya dengan sejarah serta legenda.
Dalam artikel ini, kami cuba himpunkan senarai aktiviti dan tempat menarik di Langkawi yang wajib korang lawati. Lengkap dengan info terkini, harga tiket, dan waktu operasi; supaya percutian korang lebih terancang dan berbaloi.
Senarai Aktiviti dan Tempat Menarik di Langkawi
1. SkyCab Langkawi & Panorama Langkawi
SkyCab Langkawi merupakan kereta kabel paling curam di dunia yang membawa pengunjung setinggi 708 meter dari paras laut ke puncak Gunung Machinchang. Sepanjang perjalanan, korang akan disajikan pemandangan memukau laut Andaman, hutan tropika, dan pulau-pulau sekitar.
Selain SkyCab, Panorama Langkawi turut menawarkan 16 tarikan menarik seperti:
- SkyRex – Pengembaraan simulasi yang mendebarkan
- SkyDome – Tayangan visual 360° bertema angkasa dan laut
- SkyBridge – Jambatan melengkung ikonik di atas Gunung Machinchang
- SkyGlide – Kabin kaca bergerak di lereng gunung
- SkyBoutique – Kedai cenderamata eksklusif
- SkyTrail – Trek alam semula jadi yang indah
- 6D Cinemotion & F1 Simulator – Hiburan interaktif
- 3D Art Langkawi – Muzium seni ilusi 3D
- Sky Adventure Park – Aktiviti lasak dan alam semula jadi
| 📍 Jalan Telaga Tujuh, 07000 Langkawi, Kedah |
| 🎟️ Boleh semak di https://panoramalangkawi.com/ |
| 🕘 9.30 pagi – 7.00 malam |
2. Pemandangan Ikonik di Langkawi SkyBridge
SkyBridge adalah jambatan pejalan kaki melengkung yang digantung setinggi 100 meter dari puncak Gunung Mat Cincang. Ia terkenal sebagai lokasi foto Instagram-worthy dengan panorama 360° pulau Langkawi.
| 📍 Jalan Telaga Tujuh, Langkawi |
| 🎟️ Termasuk dalam tiket SkyCab |
| https://panoramalangkawi.com/skybridge/ |
3. Pulau Payar Marine Park
Untuk pengalaman snorkeling dan diving bertaraf dunia, Pulau Payar Marine Park adalah pilihan terbaik. Terletak 30 km dari pulau utama, ia terkenal dengan Coral Garden yang menempatkan terumbu karang berwarna-warni.
| 📍 Kompleks EB Adina peksn Baru Baron Kuah, 07000 Langkawi, Kedah |
| 🎟️ Pakej bermula dari RM200 |
| 🕘 Bot beroperasi seawal 7.00 pagi |
| https://pulaupayar.com/ |
4. Pantai Cenang
Pantai paling popular di Langkawi ini menawarkan pasir putih lembut, air laut jernih, pelbagai restoran, kedai bebas cukai, dan aktiviti pantai seperti parasailing & jet ski. Di sini juga terletaknya Underwater World Langkawi.
| 📍 Jalan Pantai Cenang |
| 🎟️ Percuma (aktiviti pantai dari RM25) |
5. Air Terjun Telaga Tujuh
Legenda mengatakan ia tempat mandian bunian. Terdiri daripada tujuh kolam semula jadi di lereng Gunung Machinchang, sesuai untuk mandi-manda dan bergambar.
| 📍 Mukim, Jalan Telaga Tujuh, 07000 Langkawi, Kedah |
| 🎟️ Semak di https://panoramalangkawi.com/telaga-tujuh/ |
6. SKYTREX Adventure Langkawi
Bagi yang sukakan aktiviti lasak, SKYTREX Langkawi menawarkan laluan halangan di udara dengan tiga tahap kesukaran; Beginner, Intermediate & Advanced.
| 📍 Jalan Teluk Yu, Kampung Kok, 07000 Langkawi, Kedah |
| 🎟️ Semak di https://www.skytrex-adventure.org/langkawi |
7. Air Terjun Temurun
Terletak di Hutan Lipur Datai, ia merupakan air terjun bertingkat dengan ketinggian mengagumkan. Sesuai untuk berkelah, mandi, dan menikmati flora & fauna.
| 📍 161, Jalan Datai, 07000 Langkawi, Kedah |
| https://naturallylangkawi.my/portfolio/temurun-waterfall/ |
8. Pantai Tanjung Rhu
Tersenarai dalam 100 pantai tercantik dunia oleh CNN, Pantai Tanjung Rhu terkenal dengan suasana tenang dan pasir putih yang memukau.
| 📍 Ayer Hangat |
| 🎟️ Percuma |
9. Pantai Tengah
Alternatif lebih tenang kepada Pantai Cenang, menawarkan matahari terbenam yang indah dan aktiviti air yang menyeronokkan.
| 📍 Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi, Kedah |
| 🎟️ Percuma |
10. Legenda Park Langkawi
Taman ini memaparkan kisah-kisah legenda Langkawi seperti Mahsuri dan Garuda. Terletak bersebelahan Dataran Lang di Kuah.
| 📍 Kuah, 07000 Langkawi, Kedah |
| 🎟️ Percuma |
| https://naturallylangkawi.my/portfolio/lagenda-park/ |
11. Tasik Dayang Bunting
Tasik air tawar di tengah pulau yang terkenal dengan legenda puteri kayangan. Sesuai untuk berenang & aktiviti air. Baca juga: Lagenda Tasik Dayang Bunting di Langkawi: Mitos Kesuburan & Penunggu Alam
| 📍 20 km dari Kuah |
| 🎟️ Percuma (akses bot diperlukan) |
| https://naturallylangkawi.my/portfolio/dayang-bunting-lake/ |
12. Underwater World Langkawi
Akuarium terbesar di Malaysia dengan lebih 200 spesies marin termasuk penguin & ikan Arapaima.
| 📍Jalan Pantai Chenang, 07000 Langkawi, Kedah |
| 🎟️ Semak di https://www.underwaterworldlangkawi.com/ |
13. Langkawi Wildlife Park & Bird Paradise
Menempatkan lebih 150 spesies burung & haiwan. Pengunjung boleh memberi makan haiwan secara langsung.
| 📍 Jalan Ayer Hangat |
| 🎟️ Dewasa RM30 |
14. Makam Mahsuri
Tapak bersejarah yang mengisahkan sumpahan Mahsuri. Terdapat rumah tradisional Melayu dan pameran budaya.
| 📍 Kota Mahsuri, Kampung Mawar, 07000 Langkawi, Kedah |
| 🕘 9.00 pagi – 5.00 petang |
| 🎟️ Semak di sini https://kotamahsuri.com/plan-a-visit/ |
15. Dataran Lang
Mercu tanda ikonik Langkawi dengan patung helang gergasi setinggi 12 meter. Lokasi wajib bergambar.
| 📍 Persiaran Putera Kuah, 07000 Langkawi, Kedah |
| 🎟️ Percuma |
16. Laman Padi Langkawi
Pusat edukasi & muzium terbuka mengenai penanaman padi tradisional di Malaysia.
| 📍 Jalan Pantai Cenang, Pantai Cenang, 07000 Langkawi, Kedah |
| 🎟️ Semak di sini https://naturallylangkawi.my/portfolio/laman-padi/ |
17. Taman Buaya Langkawi
Menempatkan lebih 1,000 ekor buaya dengan pertunjukan interaktif oleh pelatih profesional.
| 📍 Jalan Datai, Mukim Air Hangat, 07100 Langkawi, Kedah |
| 🎟️ Semak di sini https://www.crocodileadventureland.com/ |
18. Dream Forest Langkawi
Tarikan baharu bertema fantasi dengan pencahayaan kreatif di dalam hutan, sesuai untuk lawatan malam.
| 📍 Lubuk Semilang, Mukim, Jalan Padang Gaong, 07000 Langkawi, Kedah |
| 🕘 7.00 petang – 12.00 malam |
| 🎟️ Harga : rujuk website https://dreamforest.com.my/ |
Dengan kombinasi pantai memukau, alam semula jadi yang masih terpelihara, legenda unik, dan pelbagai aktiviti menarik, Langkawi terus mengukuhkan statusnya sebagai lokasi percutian pulau popular di Malaysia. Sama ada korang peminat aktiviti lasak, pencinta alam, penggemar sejarah, atau sekadar mahu berehat di tepi pantai, Langkawi menawarkan pengalaman yang sukar dilupakan.
Jadikan panduan ini sebagai rujukan utama korang untuk merancang percutian. Rancang itinerari lebih awal, tempah tiket secara online untuk elak kesesakan, dan pilih musim yang sesuai supaya pengalaman lebih selesa.
✨ Tip Bonus: Jangan lupa cuba makanan tempatan seperti laksa ikan sekoq, kuih-muih tradisional, dan hidangan laut segar. Percutian ke Langkawi takkan lengkap tanpa merasai citarasa asli pulau ini.
📌 Follow Projek Travel di media sosial untuk lebih banyak panduan destinasi menarik, tip perjalanan, dan inspirasi percutian. Simpan & kongsikan artikel ini supaya rakan-rakan korang juga dapat merancang trip Langkawi dengan lebih mudah dan menyeronokkan!
- Sidang ASEAN 2025: AirAsia Arah Penumpang Rancang Perjalanan Awal
- AirAsia X Lancar Penerbangan Terus Laluan Kuala Lumpur – Tashkent | Tambang Promosi RM799*
- Langkawi Atasi Bali & Phuket! Dinobat Pulau Kedua Terbaik Asia oleh Conde Nast Traveler
- Resipi Sup Tulang Thai
- 8 Keajaiban UNESCO di Arab Saudi
One thought on “Aktiviti & Tempat Menarik di Langkawi [Panduan Lengkap 2025]”