8 Gadget Wajib Bawa Ketika Travel: Benda Basic Tapi Sangat Berguna!
Sama ada korang sedang merancang percutian ke luar negara atau road trip dalam Malaysia, persediaan yang lengkap termasuklah membawa gadget travel terbaik untuk melancarkan perjalanan & memudahkan urusan. Ramai pelancong terlepas pandang barang kecil tapi penting yang sebenarnya boleh jadi penyelamat bila berlaku situasi tak dijangka. Dalam artikel ini, kami senaraikan senarai travel essentials yang wajib dibawa; ringan, berguna dan sesuai untuk semua jenis traveller.
🔋 Power Bank Minimum 10,000mAh
Kalau korang banyak ambil gambar, guna GPS atau media sosial, power bank memang penyelamat bateri.
✅ Pilih yang menyokong pengecasan pantas (fast charging) dan ringan untuk senang dibawa.
Baca Juga: Polisi Baharu Bawa Power Bank dalam Penerbangan AirAsia 2025
🔌 Universal Travel Adapter (Plug Antarabangsa)
Antara barang penting untuk travel luar negara yang paling wajib dibawa. Setiap negara guna jenis plug yang berbeza, jadi adapter universal sangat berguna untuk elakkan masalah tak boleh cas gadget.
✅ Pilih model yang ada port USB dan surge protection supaya peranti tak rosak.
⚡ Multi-port Wall Charger (3-in-1 atau 4-in-1)
Daripada bawa banyak kepala pengecas, lebih jimat ruang dan praktikal guna pengecas pelbagai port.
✅ Boleh cas telefon, kamera, jam pintar & power bank serentak.
Nota: Nak lagi mudah dan jimat ruang, min cadangkan korang guna Universal travel adapter UGREEN ni. BELI DISINI

🎧 Wireless Earbuds atau Noise-Cancelling Headphones
Sesuai untuk dengar muzik, podcast, audio guide atau hilangkan kebisingan dalam kapal terbang & bas.
✅ Pilih model yang bateri tahan lama & mudah connect ke telefon.
📱 Smartphone Berkamera Berkualiti Tinggi
Kalau tak bawa DSLR pun tak apa. Sekarang ramai pelancong gunakan telefon sahaja untuk rakam momen & vlog.
✅ Jangan lupa storage mencukupi atau bawa tambahan seperti OTG USB.
📷 Tripod Mini atau Phone Stand
Sesuai untuk solo traveller atau yang suka ambil gambar dan video secara stabil.
✅ Pilih tripod yang kompak, ringan dan boleh lipat dalam beg kecil.
🌐 eSIM atau Pocket Wi-Fi
Nak kekal online sepanjang masa? Guna eSIM travel jika telefon menyokong, atau sewa pocket Wi-Fi bila ke luar negara. Kalau tanya min, eSIM lebih memudahkan.
✅ Lebih stabil daripada bergantung pada Wi-Fi hotel atau kafe.
🎒 Cable Organizer / Travel Gadget Pouch
Barang kecil tapi sangat penting! Elakkan kabel, pen drive, dan powerbank berserabut dalam beg.
✅ Senang cari dan susun semua gadget dalam satu tempat.
Baca Juga: Panduan Lengkap Sebelum Mula Perjalanan ke Luar Negara
Dalam dunia digital hari ini, gajet travel bukan lagi sekadar tambahan, tapi satu keperluan. Ia membantu menjadikan perjalanan lebih lancar dan teratur. Sama ada korang travel dalam Malaysia atau ke luar negara, senarai gadget ini boleh jadi penyelamat dalam pelbagai situasi.
Jadi, sebelum korang zip beg dan bersedia untuk terbang, semak dulu checklist ni; pastikan semua gadget penting ada bersama. Percutian yang dirancang rapi, ditambah dengan teknologi praktikal, pastinya akan jadi lebih menyeronokkan!
- Resipi Kangkung Belacan
- Rainforest Rising di Anurak Community Lodge: Pengalaman Eco-Tourism Unik di Surat Thani
- Cuti Deepavali 2025 & Cuti Sekolah Tambahan KPM
- 5 Aktiviti Menarik Wajib Cuba di Surat Thani, Thailand
- Saudia Airlines Diiktiraf Antara Syarikat Penerbangan Terkemuka Dunia Dalam Keselamatan Operasi & Kualiti