Studio City Hotel Macau merupakan antara hotel dan resort terkemuka di Macau yang terletak strategik di Cotai Strip, kawasan hiburan paling popular di bandar ini. Dengan gabungan elemen mewah, hiburan, dan seni bina bertemakan Hollywood, hotel ini menawarkan pengalaman penginapan yang unik dan tak terlupakan; menjadikannya salah satu tempat penginapan terbaik di Macau untuk pelancong dari seluruh dunia.
Penginapan Eksklusif dan Bergaya
Studio City Macau menampilkan beberapa menara hotel yang berbeza, termasuk Celebrity Tower, Star Tower, dan yang terbaru, Epic Tower serta W Macau; Studio City. Kesemua menara ini menawarkan lebih daripada 2,500 bilik dan suite moden yang dihias mewah dengan fasiliti bertaraf lima bintang.
Bagi pelancong yang mengutamakan kemewahan dan gaya, Studio City adalah pilihan yang tepat. Sama ada korang menginap di suite dengan pemandangan Cotai Strip atau bilik yang direka elegan dan selesa, pengalaman menginap di sini pastinya mengutamakan keselesaan dan layanan bertaraf premium.
Tarikan Hiburan Bertaraf Dunia
Antara keistimewaan utama Studio City ialah tarikan hiburan unik yang sesuai untuk seisi keluarga. Antaranya termasuk:
- Golden Reel: Ferris Wheel berbentuk angka 8 yang pertama di dunia, terletak 130 meter dari tanah. Ia memberikan pemandangan kota Macau yang menakjubkan.
- Studio City Water Park: Taman tema air dalaman dan luaran terbesar di Asia dengan pelbagai gelongsor dan permainan air yang menyeronokkan.
- Legend Heroes Park: Taman hiburan interaktif berteknologi tinggi yang menggabungkan realiti maya (VR), permainan AR, simulasi 4D dan pelbagai aktiviti digital. Ia sesuai untuk semua peringkat umur dan sangat disukai oleh peminat teknologi dan permainan.
- Cinema Complex: Pawagam berteknologi tinggi seperti Dolby Cinema® dan MX4D yang menawarkan pengalaman menonton yang imersif.
- Casino Studio City: Ruang permainan elegan dengan pelbagai meja kasino dan mesin slot untuk pengunjung yang mahu mencuba nasib.
Semak maklumat lanjut di laman sesawang mereka : www.studiocity-macau.com
Pilihan Makanan & Restoran
Dengan lebih daripada 30 tempat makan, Studio City menawarkan pengalaman kulinari di Macau yang memikat selera. Dari restoran mewah seperti Pearl Dragon (Cantonese Michelin-star) hingga ke pilihan santai seperti Rossi Trattoria dan Bi Ying, terdapat pelbagai cita rasa yang boleh diterokai.
Aktiviti Membeli-Belah & Wellness
Bagi korang yang gemar membeli-belah, The Boulevard di Studio City menempatkan pelbagai jenama fesyen dan aksesori mewah. Tak ketinggalan, pusat kesihatan seperti Zensa Spa dan gimnasium lengkap turut tersedia untuk tetamu yang ingin menjaga kesihatan dan kecantikan semasa bercuti.
Outlet POP MART & Don Don Donki
Antara daya tarikan unik lain Studio City ialah kehadiran POP MART Roboshop; outlet untuk peminat figura reka bentuk seperti MOLLY, DIMOO dan SKULLPANDA. Dengan konsep ‘blind box‘ korang boleh dapatkan koleksi edisi terhad yang sukar ditemui di tempat lain. Lokasinya yang mudah diakses menjadikannya spot popular untuk penggemar figura.
Bukan itu sahaja, Don Don Donki terbesar di Macau turut dibuka di Studio City pada Februari 2024. Outlet seluas 30,000 kaki persegi ini menjual pelbagai produk Jepun asli ; dari makanan segar, barangan rumah, kosmetik, hingga snek unik.
Lokasi Strategik & Akses Mudah
Studio City Hotel Macau terletak hanya 8 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Macau. Ia juga mudah diakses melalui Macau Light Rapid Transit (LRT). Lokasinya berdekatan dengan tarikan popular seperti Macau Tower dan Museum of Taipa and Coloane History. Ini menjadikannya antara hotel pilihan utama untuk pelancong yang ke Macau.
Cara ke Studio City Hotel Macau
Untuk ke Studio City Hotel Macau, terdapat beberapa pilihan pengangkutan yang mudah dan efisien dari pelbagai lokasi utama di Macau. Berikut adalah panduan ringkas:
🚍 Bas Awam (Transmac)
Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Macau (MFM):
- Naik Bas Laluan 26 dari Aeroporto de Macau ke Est. do Istmo / Sands Cotai Central. Perjalanan mengambil masa kira-kira 7 minit dengan tambang sekitar MOP $1.
Dari Terminal Feri Outer Harbour:
- Naik Bas Laluan AP1 dari Terminal Feri Outer Harbour ke Est. do Istmo / Studio City. Perjalanan mengambil masa kira-kira 34 minit dengan tambang sekitar MOP $1.
🚇 Macau Light Rapid Transit (LRT)
Stesen Terdekat: Lotus Station (蓮花站)
- Studio City Hotel terletak bersebelahan dengan stesen ini dan boleh diakses melalui jejantas pejalan kaki.
Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Macau:
- Naik LRT dari Macau Airport Station ke Lotus Station. Perjalanan mengambil masa kira-kira 8 minit dengan tambang sekitar MOP $2.
🚖 Teksi
Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Macau:
- Perjalanan dengan teksi mengambil masa kira-kira 3 minit dengan kos sekitar MOP $6–9.
Dari Terminal Feri Outer Harbour:
- Perjalanan dengan teksi mengambil masa kira-kira 8 minit dengan kos sekitar MOP $11–14.
🚌 Bas Shuttle Percuma
Studio City Hotel menyediakan perkhidmatan bas shuttle percuma dari lokasi-lokasi utama seperti:
- Lapangan Terbang Antarabangsa Macau
- Terminal Feri Taipa
- Terminal Feri Outer Harbour
- Pintu Sempadan Gongbei
Bas shuttle ini beroperasi setiap hari dengan kekerapan setiap 15–20 minit. Untuk maklumat lanjut dan jadual terkini, sila layari laman rasmi Studio City Macau.
🚶 Berjalan Kaki
Jika anda berada berdekatan, Studio City Hotel boleh diakses dengan berjalan kaki:
- Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Macau: Kira-kira 2.7 km atau 32 minit berjalan kaki.
Nota: Waktu operasi dan tambang mungkin berubah; disarankan untuk menyemak maklumat terkini sebelum perjalanan.
Artikel Berkaitan : Hotel Menarik di Macao 2025
Kesimpulannya, kalau korang nak bercuti ke Macau dan mahukan kemewahan serta hiburan, pilihlah Studio City Hotel Macau. Lokasinya memang strategik untuk semua jenis pelancong. Datanglah bersama keluarga, pasangan atau kawan-kawan, pengalaman mewah tetap dijamin.
Jangan lupa follow Projek Travel untuk lebih banyak cadangan penginapan dan tips pelancongan. Simpan dan kongsikan artikel ini jika korang rasa ia bermanfaat!
- Hero of the Seas 2027: Kapal Cruise Keluarga Terbesar Dunia
- [Tren Terkini ] Klook Travel Pulse: Rakyat Malaysia Bakal Belanja Lebih Untuk Travel 2026
- Pengalaman Eksklusif Seahorses di Singapore Oceanarium 2026
- 10 Tips Masak Rendang Pekat Sedap & Tahan Lama Berhari
- SIA & Scoot Tersenarai Top Dunia 2026: Ranking Syarikat Penerbangan Terbaik
One thought on “Studio City Hotel Macau: Penginapan Mewah & Hiburan Bertaraf Dunia di Cotai Strip”