Pantai Tercantik di Malaysia: Ini 10 Lokasi Beach Vacations Terbaik Untuk Percutian Korang!

Lokasi Beach Vacations Terbaik Untuk Percutian Korang
Kongsi Artikel ini

Pantai Tercantik di Malaysia: Ini 10 Lokasi Beach Vacations Terbaik Untuk Percutian Korang!

Malaysia sememangnya syurga tropika yang menyimpan ratusan lokasi pantai indah – dari pantai tersembunyi yang belum diteroka hinggalah ke destinasi popular yang menjadi tumpuan pelancong. Jika korang tengah merancang beach vacations yang sempurna untuk berjemur di bawah matahari, bermain ombak, atau sekadar menikmati panorama lautan biru, senarai ini wajib ada dalam bucket list korang.

Berikut adalah 30 pantai tercantik di Malaysia untuk percutian “Beach Vacations” yang penuh ketenangan dan keindahan alam:

Pulau Perhentian memang pilihan ideal untuk korang yang cari beach vacations dengan air laut jernih, pantai putih dan aktiviti air yang best. Terletak kira-kira 10 batu dari pesisir Terengganu, pulau ini terdiri daripada dua bahagian:

Pulau Perhentian, Terengganu

Pulau Perhentian memang pilihan ideal untuk korang yang cari beach vacations dengan air laut jernih, pantai putih dan aktiviti air yang best. Terletak kira-kira 10 batu dari pesisir Terengganu, pulau ini terdiri daripada dua bahagian:

  • Pulau Perhentian Kecil – lebih meriah dan bajet-friendly
  • Pulau Perhentian Besar – lebih tenang dan sesuai untuk rehat atau honeymoon

Satu-satunya cara nak bergerak di sini adalah guna speed boat.

Musim terbaikJun – Oktober
HargaRM5 (Bayaran Masuk Taman Laut Malaysia)

Pendek kata, kalau korang nak cuti Beach Vacations Malaysia yang lengkap dengan alam semula jadi dan air sejernih kristal; Pulau Perhentian memang takkan mengecewakan.

Pantai Pulau Kapalai, Sabah

Terletak hanya 15km dari Pulau Sipadan, Pulau Kapalai terkenal sebagai antara lokasi menyelam skuba terbaik di dunia. Menariknya, tiada kampung atau pekan di sini – hanya sebuah resort terapung yang dibina di atas air. Selebihnya, pulau ini sebenarnya hanyalah beting pasir (sand bar) kerana kebanyakan kawasan daratan telah terhakis oleh laut.

Tarikan utama:

  • Penginapan dalam chalet kayu gaya Melayu atas air
  • Jalan kaki atas beting pasir ketika air surut
  • Lokasi menyelam utama seperti Mid Reef dan The Jetty
  • Snorkeling dan selaman di kawasan house reef juga sangat popular
LokasiBeberapa jam dari Borneo, dan boleh diakses dari Kota Kinabalu melalui penerbangan harian ke Tawau, kemudian naik bot ke pulau.
Waktu terbaik untuk lawatanApril hingga September – cuaca paling baik untuk aktiviti laut
HargaBergantung pada pakej resort & kursus menyelam yang diambil

Pulau Kapalai bukan destinasi biasa. Ia untuk mereka yang nak beach vacation penuh ketenangan, eksklusif dan dikelilingi laut biru sejernih kaca.

Pantai Pulau Sipadan, Sabah

Terletak 600 meter dari dasar laut, Pulau Sipadan ialah satu-satunya pulau lautan (oceanic island) di Malaysia, menjadikannya sangat unik dan istimewa. Pantai ini antara yang paling terkenal di negara kita; bukan kerana pasirnya, tetapi kerana dunia bawah lautnya yang luar biasa.

Tarikan utama:

  • Lebih 3,000 spesies hidupan marin dan terumbu karang
  • Antara 5 lokasi menyelam terbaik dunia
  • Berpeluang lihat penyu hijau & penyu karah, barracuda, jerung paus, pari manta, pari helang, dan jerung hammerhead
  • Ada “turtle tomb” di dasar laut – gua batu kapur yang menyimpan rangka penyu
  • Juga diisytihar sebagai Kawasan Perlindungan Burung sejak tahun 1933
  • Selaman di sini boleh turun sehingga 2,000 meter ke dasar laut
LokasiLaut Celebes, di pesisir timur negeri Sabah, Borneo
Waktu terbaik untuk lawatanMac hingga Oktober
HargaPermit masuk pulau bermula dari RM40 (bergantung kepada resort dan pakej menyelam – tertakluk kepada terma & syarat)

Kalau korang peminat dunia laut, Pulau Sipadan wajib masuk bucket list. Ia bukan sekadar pantai, tapi dunia magis di bawah permukaan yang takkan dapat dilupakan.

Pantai Pulau Rawa, Johor

Dikenali dengan terumbu karang yang cantik dan perairan yang jernih, Pulau Rawa semakin mendapat perhatian sebagai destinasi beach vacation yang ideal; terutama bagi peminat aktiviti air. Dahulunya kurang dikenali, kini Pulau Rawa menjadi lokasi pilihan pelancong dari Malaysia dan Singapura.

Tarikan utama:

  • Pantai berpasir putih dan air laut biru jernih
  • Terumbu karang yang masih aktif dan hidupan laut eksotik
  • Spesies menarik boleh dilihat: burung merpati putih (dipanggil “rawa” oleh penduduk tempatan), jerung Blacktip, sotong, ubur-ubur, sotong kurita, helang laut dan pelbagai reptilia

Aktiviti popular:

  • Snorkeling & scuba diving
  • Bola tampar pantai
  • Berenang, memancing, berkanu
  • Berjemur, windsurfing & berlayar
LokasiKira-kira 30 minit dari Jeti Mersing, Johor (akses melalui feri harian)
Waktu terbaik untuk lawatanApril hingga Oktober
HargaTiada yuran permit. Harga bergantung pada kursus atau aktiviti yang dipilih.

BACA: 3 Resort Terbaik di Kepulauan Mersing dengan Pemandangan Laut

Kalau korang cari percutian tepi pantai yang lebih tenang, kurang sesak dan penuh keindahan semula jadi, Pulau Rawa adalah pilihan tepat yang belum terlalu dikomersialkan.

Pantai Pulau Lang Tengah, Terengganu

Terletak di antara Pulau Redang dan Pulau Perhentian, Pulau Lang Tengah merupakan lokasi yang sempurna untuk korang yang nak lari dari kesibukan dan menikmati keindahan laut sebenar. Dikelilingi perairan biru jernih dan pantai berpasir putih, pulau ini pernah menjadi perkampungan nelayan kecil dan kini terkenal dengan kekayaan hidupan lautnya.

Tarikan utama:

  • Snorkeling dan selam skuba di terumbu karang yang masih aktif
  • Habitat semula jadi penyu hijau & penyu karah (musim tertentu)
  • Boleh lihat biawak, ikan pari, pelbagai spesies ikan tropika, burung migrasi & tempatan, katak dan serangga eksotik
  • Peluang untuk jadi sukarelawan bantu penetasan telur penyu waktu malam (bergantung musim)
LokasiKira-kira 40km dari Kuala Terengganu. Akses utama melalui bot dari Jeti Merang.
Waktu terbaik untuk lawatanMac hingga Oktober
HargaBergantung kepada pakej resort dan aktiviti yang dipilih

Pulau Lang Tengah sesuai untuk korang yang nakkan suasana privasi, keindahan asli dan pengalaman beach vacation yang lebih santai tapi tetap penuh dengan aktiviti alam.

Pantai Tanjung Rhu, Langkawi Kedah

Pantai Tanjung Rhu merupakan salah satu pantai tercantik di Malaysia, terkenal dengan air laut yang jernih dan pasir putih bersih. Lokasinya yang tenang dan tersorok menjadikannya pilihan terbaik untuk korang yang nak bercuti bersama keluarga atau rakan tanpa gangguan.

Tarikan utama:

  • Laluan masuk melalui kawasan hutan tebal, menjadikan perjalanan ke pantai ini satu pengalaman unik
  • Flora dan fauna eksotik – sesuai untuk peminat alam semula jadi dan fotografi
  • Pantai ini sunyi dan privasi terjaga, jauh dari kebisingan pelancong
  • Tebing batu kapur menghiasi sekeliling pantai
  • Udara dan air bebas pencemaran – satu kelebihan yang jarang ditemui
  • Jangan lepaskan peluang menaiki cruise bot menyusuri hutan bakau
LokasiBerdekatan Pantai Pasir Hitam, Langkawi
Waktu terbaik untuk lawatanBoleh dilawati bila-bila masa sepanjang tahun
HargaTiada bayaran permit dikenakan

Kalau korang impikan suasana pantai yang tenang, bersih dan penuh keindahan semula jadi, Tanjung Rhu adalah jawapannya. Beach Vacations Malaysia yang sesuai untuk healing trip atau short escape yang eksklusif!

Pantai Pulau Redang, Terengganu

Pulau Redang merupakan salah satu pulau terbesar dan paling terkenal di Malaysia, khususnya dalam kalangan pencinta sukan air. Terkenal dengan hidupan marin yang kaya, air laut sejernih kristal, dan suasana pulau yang eksklusif, ia menjadi destinasi wajib untuk percutian tropika.

Tarikan utama:

  • Terumbu karang yang meriah hanya 50 kaki dari pantai – sesuai untuk snorkeling dan diving
  • Pulau Redang terdiri daripada 9 buah pulau, semuanya berada di bawah perlindungan Taman Laut Redang
  • Pantai berpasir putih, air biru kehijauan, dan suasana resort mewah
  • Aktiviti utama: Snorkeling, scuba diving, konservasi penyu laut
  • Pelbagai pilihan resort – dari bajet ke mewah, terletak sepanjang pantai
LokasiLaut China Selatan, di luar pesisir pantai Terengganu
Waktu terbaik untuk lawatanMac hingga Oktober
HargaYuran masuk RM5 ke Taman Laut Redang dikenakan

Jika korang nak gabungkan keindahan alam dengan penginapan selesa, Pulau Redang adalah pilihan ideal untuk beach vacation yang lengkap dan memuaskan. Sesuai untuk keluarga, pasangan mahupun solo traveller!

Pantai Pulau Mataking, Sabah

Pulau Mataking terkenal dengan air laut yang jernih serta terumbu karang keras dan lembut yang mempesonakan. Ia juga menjadi tumpuan kerana menempatkan pejabat pos bawah laut pertama di dunia; satu tarikan unik yang tiada di tempat lain!

Tarikan utama:

  • Pulau bersaiz 40 ekar, dibahagikan kepada dua: Mataking Besar dan Mataking Kecil
  • Dikenali dengan dunia bawah laut yang eksotik dan belum tercemar
  • Sesuai untuk aktiviti snorkeling, scuba diving, bersantai, serta menjelajah pulau bersama rakan atau keluarga
  • Terumbu karang di sini sangat cantik dan penuh misteri – sesuai untuk pencinta alam dan jurugambar laut
LokasiLaut Celebes, di negeri Sabah
Waktu terbaik untuk lawatanMac hingga Oktober
HargaBergantung kepada jenis aktiviti sukan air yang dipilih

Jika korang cari pengalaman pantai yang berbeza, eksklusif dan masih belum diterokai ramai, Pulau Mataking adalah destinasi beach vacation yang wajib korang cuba!

Pantai Pulau Mantanani, Sabah

Pulau Mantanani merupakan gugusan 3 buah pulau yang masih belum terlalu dikomersialkan, menjadikannya lokasi sempurna untuk pencinta alam, terutama pemerhati burung (ornithologist) dan peminat dunia bawah laut.

Tarikan utama:

  • Terdiri daripada Mantanani Besar, Mantanani Kecil dan Lungisan
  • Pantai sepanjang 2.5km dengan bentuk pulau unik seperti pisau
  • Aktiviti menyelam dan snorkeling sehingga kedalaman 40 meter
  • Terkenal dengan burung hantu Scops Owl, hanya boleh ditemui di sini di seluruh Sabah
  • Keindahan semula jadi yang masih asli kerana kurang dilawati pelancong
  • Sesuai untuk melihat burung migrasi, ikan tropika, batu karang dan ketenangan sebenar
LokasiNegeri Sabah, di utara pulau Borneo
Waktu terbaik untuk lawatanApril hingga November
HargaAktiviti bermula dari RM20 seorang (bergantung jenis aktiviti)

Kalau korang nak beach vacation yang tenang, eksotik dan dekat dengan alam – Pulau Mantanani adalah jawapan yang jarang orang tahu, tapi sangat berbaloi untuk diterokai.

Pantai Cenang, Langkawi Kedah

Pantai Cenang merupakan antara pantai paling popular dan sibuk di Langkawi, dengan pasir putih memanjang dan panorama laut yang cantik. Dipenuhi pelancong tempatan dan antarabangsa, terutama pada hujung minggu dan musim cuti sekolah.

Tarikan utama:

  • Sesuai untuk pelbagai aktiviti sukan air seperti berenang, parasailing, jet ski, banana boat, dan para-motoring
  • Banyak pilihan resort dari bajet hingga mewah tersedia di sepanjang pantai
  • Gerai makanan dan kafe tepi pantai tumbuh bagai cendawan – pilihan makanan lokal dan barat mudah didapati
  • Pantai sentiasa hidup dari pagi hingga malam
LokasiLangkawi, Kedah
Waktu terbaik untuk lawatanSepanjang tahun
HargaBergantung kepada jenis aktiviti sukan air yang dipilih

Kalau korang cari beach vacations di Malaysia yang meriah, aktif dan penuh dengan kemudahan moden, Pantai Cenang adalah tempat paling sesuai di Langkawi.

Sumber: thrillophilia.com

Dari pulau-pulau terpencil yang masih belum terusik seperti Mataking dan Mantanani, hinggalah ke pantai popular yang meriah seperti Cenang dan Redang; Malaysia sememangnya kaya dengan pilihan beach vacations yang sesuai untuk semua citarasa.

Bila badan rasa penat, pergilah pantai. Kadang-kadang, hanya dengan bunyi ombak dan hembusan angin laut pun cukup untuk tenangkan fikiran dan segarkan semula semangat dalam diri.

Tak perlu terbang jauh ke luar negara – pantai-pantai Malaysia pun mampu beri pengalaman tropika yang luar biasa. Pilih je destinasi yang kena dengan jiwa korang!

Dah jumpa pantai pilihan korang? Mungkin inilah masanya untuk rancang trip seterusnya.

Jangan lupa simpan artikel Lokasi Beach Vacations Terbaik Malaysia ini sebagai rujukan cuti akan datang, dan kongsikan dengan kawan-kawan yang tengah mencari inspirasi percutian! Untuk lebih banyak panduan travel menarik, ikuti Projek Travel di Instagram, TikTok dan YouTube sekarang!

One thought on “Pantai Tercantik di Malaysia: Ini 10 Lokasi Beach Vacations Terbaik Untuk Percutian Korang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *