AirAsia X Umum Penerbangan Terus Kuala Lumpur ke Istanbul; Promosi Tiket Dari RM499
Bermula 14 November 2025, AirAsia X (AAX) akan membuka lembaran baharu dalam sejarah penerbangan mereka dengan pelancaran laluan terus Kuala Lumpur – Istanbul, Türkiye. Menerusi empat penerbangan seminggu, laluan ini bukan sekadar menambah destinasi dalam rangkaian AAX, malah menjadi jambatan penghubung antara Asia Tenggara dan Eropah melalui kota yang kaya dengan sejarah, budaya, & pesona unik di dua benua.
Kuala Lumpur – Istanbul Kini Dalam Rangkaian AAX
Pelancaran ini menandakan kemasukan rasmi AAX ke pasaran Eropah, membuka peluang besar menghubungkan Asia Tenggara ke benua Eropah melalui Istanbul, sebuah kota yang mempesona kerana kedudukannya di dua benua – Asia dan Eropah. Terletak di sepanjang Selat Bosphorus, Istanbul menawarkan pengalaman budaya yang unik, sejarah yang kaya, dan panorama yang mengagumkan.
AAX akan beroperasi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gökçen (SAW), salah satu hab penerbangan utama di Türkiye. Lapangan terbang ini menawarkan lebih 117 destinasi antarabangsa dan 40 destinasi domestik. Ini memberikan lebih banyak pilihan sambungan perjalanan kepada penumpang dari Asia Tenggara, selain memudahkan pelancong dari Eropah untuk meneroka rangkaian 130 destinasi AirAsia di seluruh Asia & Australia.
Promosi Pelancaran
Bagi meraikan laluan baharu ini, AAX menawarkan tambang promosi dari RM499 sehala* untuk ekonomi dan dari RM3,999 sehala* untuk Premium Flatbed. Tempahan dibuka mulai sekarang hingga 20 Ogos 2025 untuk tempoh perjalanan antara 14 November 2025 – 14 September 2026 di airasia.com dan aplikasi AirAsia MOVE.

Selain itu, penumpang juga boleh menikmati diskaun sehingga 45% bagi bagasi daftar masuk sepanjang tempoh promosi.
Tarikan Istanbul yang Wajib Dikunjungi
Istanbul adalah syurga pelancong dengan tarikan seperti:
- Masjid Biru (Blue Mosque) – ikon seni bina Uthmaniyah.
- Hagia Sophia – monumen bersejarah yang pernah menjadi gereja dan masjid.
- Istana Topkapi – bekas kediaman sultan Uthmaniyah.
- Grand Bazaar & Spice Market – destinasi membeli-belah eksotik yang penuh warna.
Jadual Penerbangan Kuala Lumpur [KUL] – Istanbul (Sabiha) [SAW]

*Tambang promosi termasuk semua caj adalah bagi perjalanan sehala sahaja dan tertakluk kepada prinsip “siapa cepat dia dapat”. Harga tambang termasuk caj perkhidmatan penumpang, caj perkhidmatan pengawalseliaan, surcaj bahan api, dan yuran lain yang berkaitan. Terma dan syarat lain adalah terpakai. Tambang ekonomi seterusnya akan bermula dari RM799 termasuk semua caj untuk perjalanan sehala.
**Sah hanya untuk pembelian semasa tempahan penerbangan awal melalui aplikasi AirAsia MOVE, tertakluk pada ketersediaan. Terma dan syarat lain adalah terpakai.
Pelancaran laluan Kuala Lumpur – Istanbul oleh AirAsia X bukan sekadar menambah destinasi baharu dalam rangkaian penerbangannya. Ia juga memperkukuh hubungan antara Asia Tenggara dan Eropah.
Kalau korang dah lama simpan impian nak jejakkan kaki ke Istanbul, inilah masanya! Dapatkan tiket promosi AirAsia X sekarang. Mulakan pengembaraan korang ke kota penuh sejarah ini. Jangan lupa follow Projek Travel di media sosial untuk tip, panduan, dan inspirasi perjalanan terkini. Pastikan juga korang simpan dan kongsi artikel ini untuk rujukan nanti!
- Sidang ASEAN 2025: AirAsia Arah Penumpang Rancang Perjalanan Awal
- AirAsia X Lancar Penerbangan Terus Laluan Kuala Lumpur – Tashkent | Tambang Promosi RM799*
- Langkawi Atasi Bali & Phuket! Dinobat Pulau Kedua Terbaik Asia oleh Conde Nast Traveler
- Resipi Sup Tulang Thai
- 8 Keajaiban UNESCO di Arab Saudi