Asal Usul Gelaran NIK di Kelantan: Ramai Yang Tak Tahu!

Asal Usul nama Nik di Kelantan
Kongsi Artikel ini

Asal Usul Gelaran NIK di Kelantan

Gelaran ‘NIK’ merupakan antara salah satu dari pangkal nama yang paling sinonim dengan masyarakat Kelantan dan telah menjadi sebahagian daripada identiti sosial sejak berabad lamanya. Ia bukan sekadar gelaran yang diwarisi, tetapi turut mencerminkan kedudukan, status serta susur galur keturunan dalam struktur masyarakat tradisional.

Walaupun ramai mengenali gelaran ini sebagai sebahagian daripada identiti masyarakat Melayu Kelantan, hakikatnya terdapat pelbagai teori tentang asal usul nama NIK yang jarang diperkatakan.

Sejarah dan Asal Usul Gelaran NIK

Berdasarkan maklumat daripada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK), keturunan bergelar NIK boleh dibahagikan kepada dua kategori utama:

  1. Keturunan diberi gelaran oleh raja-raja terdahulu
    Mereka ini biasanya tergolong dalam kalangan bangsawan atau pembesar negeri yang mendapat pangkat serta gelaran khusus.
  2. Keturunan asli daripada nasab Syed Husin, cucu Rasulullah SAW
    Namun begitu, nasab Syed ini juga terbahagi kepada dua; sama ada keturunan yang benar-benar asli daripada Rasulullah, atau keturunan yang dianggap tidak asli seperti gelaran Syed yang digunakan oleh sebahagian kaum India kerana kelahiran pada hari Jumaat. Hanya keluarga yang menjaga nasab secara teliti benar-benar tahu keaslian keturunan mereka.

NIK Sebagai Lambang Status Sosial

Dalam struktur masyarakat tradisional Kelantan, penggunaan gelaran di hadapan nama memainkan peranan penting sebagai penanda aras kedudukan sosial dan keturunan seseorang. Secara umum, hierarki gelaran boleh dibahagikan seperti berikut:

  • Tengku – kedudukan tertinggi dalam susunan gelaran.
  • Nik – berada pada lapisan kedua selepas Tengku.
  • Tuan, Wan, Che, dan Raja – digunakan dalam kalangan tertentu tetapi tidak sepopular Nik.

Keistimewaan gelaran Nik terletak pada hubungannya yang begitu rapat dengan identiti masyarakat Kelantan. Hampir pasti, sesiapa sahaja yang mempunyai nama pangkal Nik dapat ditelusuri akar keturunannya daripada negeri ini, biarpun mereka mungkin dilahirkan atau dibesarkan di tempat lain. Justeru, gelaran Nik bukan sekadar pangkal nama, tetapi juga lambang warisan budaya dan status sosial yang masih bertahan hingga ke hari ini.

Hubungan Gelaran NIK Dengan Perkahwinan Diraja

Asal usul nama NIK juga dikaitkan dengan perkahwinan campuran antara kerabat diraja dengan rakyat biasa. Contohnya:

Anak lelaki Tengku yang berkahwin dengan perempuan biasa → tetap bergelar Tengku
Anak perempuan Tengku yang berkahwin dengan lelaki biasa → bergelar Nik atau Tengku
Anak lelaki Raja dengan perempuan biasa → bergelar Nik atau Raja
Anak perempuan Raja dengan lelaki biasa → bergelar Nik
Anak lelaki Nik dengan perempuan biasa → bergelar Nik
Anak perempuan Nik dengan lelaki biasa → biasanya tiada gelaran

Dari tradisi inilah gelaran NIK semakin meluas digunakan, terutama dalam keturunan diraja Kelantan. Sama ada daripada cabang Raja Jembal, Long Gaffar, ataupun Long Yunus.

Penutup

Walaupun gelaran NIK melambangkan status sosial dan mempunyai nilai sejarah yang panjang, Islam mengingatkan bahawa bangga dengan keturunan semata-mata tidak membawa seseorang ke syurga. Yang paling utama ialah akhlak, ilmu, serta amal soleh yang dibawa oleh setiap individu. Wallahu a‘lam.

✨ Itulah serba sedikit tentang asal usul dan makna gelaran NIK dalam masyarakat Kelantan. Kalau korang rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa simpan dan kongsikan dengan rakan-rakan. Terus ikuti Projek Travel untuk lebih banyak perkongsian menarik tentang sejarah, budaya, dan perjalanan.

2 thoughts on “Asal Usul Gelaran NIK di Kelantan: Ramai Yang Tak Tahu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *