AirAsia Arah Penumpang Rancang Perjalanan Awal ke KLIA T2 Sempena Penutupan Jalan ASEAN ke-47 2025
SEPANG, 24 Oktober 2025 – AirAsia menasihatkan semua penumpang yang bakal berlepas atau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) supaya merancang perjalanan lebih awal sepanjang tempoh Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan aktiviti berkaitan yang berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober 2025.
Menurut pengumuman rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), beberapa jalan utama akan ditutup secara berperingkat dan lencongan trafik akan dilaksanakan ke dan dari KLIA T2, dengan latihan percubaan bermula dari 23 hingga 25 Oktober 2025.
Gunakan Pengangkutan Alternatif & Datang Awal ke Lapangan Terbang
Bagi mengelakkan kesesakan dan kelewatan, AirAsia menggalakkan para tetamu menggunakan perkhidmatan Express Rail Link (KLIA Ekspres atau KLIA Transit) sebagai alternatif terbaik ke lapangan terbang.
Penumpang juga disarankan tiba sekurang-kurangnya dua jam sebelum waktu berlepas bagi penerbangan domestik. Dan tiga jam sebelum waktu berlepas bagi penerbangan antarabangsa. Antara laluan yang dijangka terkesan termasuk Lebuhraya KLIA, ELITE (KLIA–Putrajaya), MEX, dan KL–Seremban. Yang mungkin mengalami penutupan sementara bagi memberi laluan kepada pergerakan kenderaan rasmi.
Daftar Masuk Lebih Mudah Dengan AirAsia MOVE
Untuk menjimatkan masa, AirAsia mengingatkan penumpang agar melengkapkan daftar masuk secara kendiri melalui aplikasi AirAsia MOVE. Yang boleh dilakukan 14 hari hingga satu jam sebelum waktu berlepas.
Kaunter daftar masuk di KLIA T2 akan ditutup satu jam sebelum waktu penerbangan yang dijadualkan. Jadi para tetamu digalakkan menggunakan pas masuk elektronik (e-boarding pass) yang diterima di semua lapangan terbang di Malaysia & banyak destinasi lain dalam rangkaian AirAsia.
Semak Status Penerbangan Sebelum Berlepas
Untuk maklumat terkini, penumpang boleh menyemak status penerbangan di airasia.com/flightstatus. Atau mendapatkan kemas kini penting melalui aplikasi AirAsia MOVE dan laman rasmi airasia.com.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 ini dijangka menarik penyertaan pemimpin dari seluruh rantau. Dan langkah proaktif ini diambil bagi memastikan kelancaran perjalanan semua penumpang AirAsia.
Kesimpulan
Kalau korang ada penerbangan AirAsia dalam tempoh Sidang ASEAN 2025, pastikan korang rancang masa perjalanan lebih awal. Dan semak status penerbangan sebelum bertolak. Langkah kecil ni boleh elak banyak stres nanti!
Baca juga: Discover the ASEAN Country List 2025
💡 Nak tahu lebih banyak info berguna macam ni? Follow Projek Travel untuk tip pelancongan, berita travel semasa dan destinasi menarik setiap minggu.
- Sidang ASEAN 2025: AirAsia Arah Penumpang Rancang Perjalanan Awal
- AirAsia X Lancar Penerbangan Terus Laluan Kuala Lumpur – Tashkent | Tambang Promosi RM799*
- Langkawi Atasi Bali & Phuket! Dinobat Pulau Kedua Terbaik Asia oleh Conde Nast Traveler
- Resipi Sup Tulang Thai
- 8 Keajaiban UNESCO di Arab Saudi