Blu Monkey Hub & Hotel Krabi Town merupakan sebuah hotel moden menarik di pusat bandar Krabi (Krabi Town). Terletak di Jalan Maharaj, ia berada di jantung bandar Krabi. Hotel ini mempunyai 58 buah bilik, dekat dengan pelbagai restoran, kafe, dan tarikan pelancongan popular.
Reka bentuk hotel ini bergaya kontemporari dengan tema monyet comel. Dinding-dindingnya dilukis mural kisah budaya tempatan dalam rona kuning dan hitam yang mencuri tumpuan. Konsep “easy going” Blu Monkey turut memaparkan ruang berkongsi kreatif (Monkey Hub) untuk komuniti tempatan serta pasaran kecil “Monkey Market” mempamerkan barangan kraftangan Krabi.
Suasana santai dan mesra ini menjadikannya penginapan strategik bagi pelancong Malaysia yang mencari penginapan selesa di Krabi Town.
Jenis dan Kemudahan dalam Bilik Blu Monkey Hotel
Hotel ini menawarkan empat jenis bilik bertema unik. Antaranya Chimpanzee Pod (bilik untuk 2 orang), Chimpanzee Bath Pod (2 orang, lengkap tab mandi di balkoni), Gorilla Pod (bilik triple untuk 3 orang), dan Orangutan Bath Pod (bilik luas untuk 4 orang dengan 1 katil king dan 1 katil tingkat). Sebahagian bilik mempunyai balkoni peribadi.



Setiap bilik dilengkapi penghawa dingin, TV skrin rata, peti sejuk mini, alat kopi/teh, dan bilik mandi persendirian dengan pancuran (versi “Bath Pod” ada tab mandi besar). Tilam yang tebal dan selesa. Kesemua bilik juga disediakan Wi-Fi percuma berkelajuan tinggi untuk kegunaan tetamu.
Fasiliti Blu Monkey Hotel
Blu Monkey Hub & Hotel Krabi Town menyediakan pelbagai kemudahan moden yang memenuhi keperluan pelancong masa kini, sama ada untuk bersantai mahupun bekerja. Antara kemudahan utama mereka ialah Blu Pool, iaitu kolam renang luaran yang terletak di aras lobi hotel. Terbuka sepanjang hari, kolam ini menawarkan suasana yang tenang meskipun berada di tengah-tengah bandar Krabi. Disediakan juga kerusi rehat untuk tetamu bersantai sambil menikmati pemandangan persekitaran.

Bagi tetamu yang ingin mengekalkan gaya hidup aktif, hotel menyediakan Blu Gym. Sebuah gimnasium ringkas yang beroperasi 24 jam. Terletak bersebelahan kolam renang, gym ini dilengkapi peralatan asas untuk senaman harian.
Untuk pelancong yang bekerja secara jarak jauh atau digital nomad, hotel menawarkan Monkey Hub. Sebuah ruang kerja bersama dengan sambungan Wi-Fi berkelajuan tinggi, meja selesa dan suasana kondusif untuk produktiviti. Ia juga berfungsi sebagai ruang rehat santai bagi tetamu yang ingin menikmati suasana kreatif dan moden.
Kemudahan tambahan termasuk:
- Meja penerima tetamu “Monkey Desk” yang beroperasi 24 jam untuk urusan daftar masuk, pertanyaan pelancongan dan tempahan teksi.
- Monkey Laundry, iaitu kemudahan dobi layan diri untuk tetamu yang menginap lebih lama.
- Monkey Market, sebuah pasar mini di lobi hotel yang menjual barangan keperluan harian, snek ringan dan cenderahati tempatan.
- Blu Monkey turut menyajikan sarapan bufet percuma setiap pagi.
Reka Bentuk dan Konsep Blu Monkey Krabi Town
Blu Monkey Hub & Hotel Krabi Town tampil dengan konsep reka bentuk yang unik, berinspirasikan tema “monyet” yang menyeronokkan dan identiti visual yang konsisten. Meja sambut tetamu hotel dihiasi dengan mural berwarna kuning dan hitam, memaparkan ilustrasi monyet dalam gaya moden. Sekaligus mencetuskan suasana ceria dan mesra sebaik sahaja tetamu melangkah masuk.

Hotel ini mengekalkan gabungan gaya minimalis dan elemen tempatan, dengan warna korporat kelabu lembut dan kuning terang yang disusun harmoni di seluruh ruang. Dinding-dinding hotel dipenuhi ilustrasi dan grafik kreatif yang menggambarkan budaya dan suasana santai Krabi. Aksen rekaan seperti bantal berbentuk monyet, sepanduk dekoratif dan seni lukis dinding (wall mural) menjadikan pengalaman menginap lebih berkesan dan berkarakter.
Reka bentuk bilik pula menerapkan susun atur terbuka dan mesra komuniti. Sesuai untuk tetamu moden yang menghargai estetika bersih dan fungsi praktikal. Perabotan ringkas dan pencahayaan semula jadi turut membantu mewujudkan suasana tenang dan lapang.
Menariknya, hotel ini juga mengamalkan prinsip kelestarian alam sekitar. Antaranya, tetamu boleh menikmati kopi dan teh percuma 24 jam, buah pisang segar disediakan setiap hari sebagai simbol tema hotel, dan hidangan sarapan menggunakan bahan segar daripada petani tempatan. Inisiatif mesra alam ini selaras dengan komitmen Blu Monkey terhadap gaya hidup yang sihat dan mampan.
Keseluruhan pengalaman penginapan di Blu Monkey Krabi Town dipandu oleh slogan mereka – “Easy to stay, easy on the wallet”, yang merangkum konsep praktikal, menyeronokkan, dan mesra bajet untuk semua jenis pelancong.
Siapa yang Sesuai Menginap di Blu Monkey Krabi Town?
Blu Monkey Hub & Hotel Krabi Town merupakan pilihan ideal untuk pelancong yang mengutamakan gaya, keselesaan dan lokasi strategik di tengah bandar Krabi. Hotel ini sangat sesuai untuk:
- Pelancong muda dan pasangan yang mencari penginapan moden dengan suasana santai serta akses mudah ke kedai makan, pasar malam dan tarikan tempatan.
- Kumpulan rakan atau keluarga kecil yang mahukan bilik bertema unik dan selesa pada harga berpatutan.
- Golongan digital nomad atau pekerja jarak jauh yang memerlukan sambungan Wi-Fi pantas dan ruang kerja bersama seperti Monkey Hub.
Berdasarkan ulasan tetamu, Blu Monkey sering menjadi pilihan bagi mereka yang singgah sebentar di Krabi Town. Sama ada untuk satu hingga dua malam sebelum meneruskan perjalanan ke pulau-pulau sekitar seperti Koh Phi Phi, Koh Lanta atau kawasan pantai Ao Nang.
Bagi pelancong yang mengutamakan lokasi tepi pantai atau suasana resort, mungkin lebih sesuai memilih penginapan berhampiran pantai. Namun, untuk mereka yang mahukan penginapan strategik di Krabi Town. Dengan kemudahan lengkap, akses mudah dan reka bentuk menarik, Blu Monkey Krabi Town merupakan pilihan yang sangat berbaloi dan praktikal.
Kesimpulan
Jika anda sedang merancang percutian ke Krabi dan mahukan penginapan yang moden, selesa serta strategik di tengah bandar, Blu Monkey Hub & Hotel Krabi Town adalah pilihan yang sangat wajar dipertimbangkan. Dengan reka bentuk kreatif, fasiliti lengkap dan harga berpatutan, hotel ini bukan sekadar tempat bermalam. Ia menawarkan pengalaman yang unik dan berbeza daripada hotel konvensional.
Sama ada anda melancong secara solo, bersama pasangan, rakan-rakan atau bekerja secara jarak jauh, Blu Monkey menyediakan keperluan yang serasi dengan gaya hidup moden. Lokasinya yang berdekatan dengan pasar malam, restoran tempatan dan tarikan utama Krabi menjadikannya penginapan yang praktikal dan menyeronokkan.
Rancang Pakej Percutian Krabi Anda Lebih Mudah Bersama Tripfez
Untuk percutian yang lebih teratur dan bebas stres, anda boleh menempah pakej percutian lengkap ke Krabi bersama Tripfez. Sebuah platform percutian mesra Muslim yang dipercayai ramai. Dengan Tripfez, anda boleh mendapatkan:
- ✅ Itinerari lengkap termasuk penginapan, lawatan, pengangkutan & makanan
- ✅ Pakej mesra Muslim dengan pilihan makanan halal dan waktu solat terjaga
- ✅ Penginapan seperti Blu Monkey Krabi Town disertakan dalam pakej tertentu
- ✅ Perkhidmatan pelanggan dalam Bahasa Melayu
📲 Layari www.tripfez.com
Pilih Pakej Krabi yang sesuai dengan bajet dan gaya percutian anda.
- ITINERARY LABUAN BAJO 7H6M (24–30 MAC 2026)
- Pergi Haji Naik Kapal Laut : Kisah Jemaah Melayu Zaman Dahulu Menempuh Lautan Berbulan-Bulan
- Falsafah Sirih Junjung Dalam Adat Melayu: Simbol Adab, Maruah dan Kesantunan
- Diskaun ETS 30% & Pas ERL Baharu: Jimat Kos Harian
- Komodo Dragon: Fakta “Naga Dunia Nyata” Paling Berbahaya
One thought on “Blu Monkey Hub & Hotel Krabi Town: Penginapan Menarik & Strategik di Krabi Town | Tripfez Travel”