TOFU G TRX: Tofu-Based Gelato Pertama di Malaysia Kini Dibuka di The Exchange TRX

TOFU G TRX
Kongsi Artikel ini

TOFU G, jenama tofu-based gelato terkenal yang berasal dari Korea dan tular di Singapura, kini membuka cawangan pertamanya di Malaysia di The Exchange TRX, Kuala Lumpur. Dikenali sebagai tofu gelato pertama di Malaysia. TOFU G menampilkan konsep dessert sihat yang menggabungkan teknik tradisional pembuatan tauhu Korea dengan sentuhan moden. Menggunakan bahan semula jadi seperti non-GMO soybeans, bijan hitam panggang, ubi keledek Korea, dan buah-buahan sebenar, jenama ini menawarkan pilihan gelato yang clean, mindful dan crafted. Ia sangat sesuai untuk gaya hidup sihat dan plant-based dessert lovers.

Lebih menarik, TOFU G melancarkan dua perisa eksklusif Malaysia iaitu Pomegranate dan Matcha, melengkapkan rangkaian menu tofu-based dan plant-based gelato yang kini menjadi tarikan utama pengunjung TRX.

Kisah Jenama TOFU G

Falsafah TOFU G berpusat pada tiga elemen utama: clean | mindful | crafted

Mengambil inspirasi daripada teknik tradisional pembuatan tauhu Korea, setiap batch gelato dihasilkan dengan perhatian teliti menggunakan bahan semula jadi seperti:

  • Non-GMO soybeans
  • Roasted black sesame
  • Korean sweet potato
  • Premium pistachio
  • Buah-buahan asli

TOFU G turut menawarkan pelbagai pilihan vegan-friendly dan dairy-free, menjadikannya pilihan ideal untuk mereka yang mencari dessert lebih ringan, rendah lemak, atau bebas tenusu. Konsep ini bukan sahaja mengekalkan keaslian rasa, tetapi memberikan alternatif dessert yang lebih sihat tanpa mengorbankan tekstur creamy.

Menu TOFU G Malaysia

TOFU G di Malaysia membahagikan rangkaian gelatonya kepada tiga kategori utama. Pertama, Signature Tofu-Based Gelato, iaitu pilihan utama yang menggunakan asas tofu premium untuk menghasilkan tekstur creamy tetapi ringan dan sihat. Kedua, Plant-Based Gelato, iaitu pilihan bebas tenusu dan vegan-friendly yang mengekalkan rasa semula jadi melalui ramuan berasaskan tumbuhan berkualiti tinggi. Ketiga, Malaysia-Exclusive Flavours, iaitu dua perisa unik yang dibangunkan khas untuk pasaran Malaysia . Ia menawarkan kelainan dan sentuhan lokal dalam bentuk gelato berasaskan tofu yang lebih segar, moden dan inovatif.

Tofu G di TRX

1. Signature Tofu-Based Gelato

Nama MenuHargaKategoriCiri / Nota
Original Tofu GelatoRM18Vegan-Friendly & Dairy-FreeRasa tofu asli yang bersih, lembut dan creamy.
High-Protein Tofu GelatoRM18Vegan-Friendly & Dairy-FreeDiperkaya protein tambahan. Sesuai untuk peminat gaya hidup aktif. (Mengandungi gluten, pea & nut allergens)
Sweet Corn Gelato (Chodang Corn)RM18Tofu-BasedJagung Chodang premium Korea dengan rasa manis semula jadi & savory seimbang.
Korean Sweet Potato GelatoRM18Tofu-BasedMenggunakan ubi keledek Korea sebenar. Rasa manis natural & tekstur smooth.
Pistachio GelatoRM18Tofu-BasedPistachio premium dengan rasa nutty yang kaya & tekstur velvety.

2. Plant-Based Gelato

Nama MenuHargaKategoriCiri / Nota
Black Sesame GelatoRM18Vegan-Friendly & Dairy-FreeDibuat dengan roasted black sesame asli. Rasa nutty pekat.

3. Malaysia-Exclusive Flavours

Nama MenuHargaKategoriCiri / Nota
Pomegranate GelatoRM18Tofu-Based (Eksklusif Malaysia)Menggunakan pomegranate jam & concentrate. Segar, tart & tinggi antioksidan.
Matcha GelatoRM18Tofu-Based (Eksklusif Malaysia)Premium matcha powder dengan balance pahit-manis dalam tofu creamy base.

Mengapa TOFU G Wajib Dikunjungi?

  1. Tofu-Based Gelato Pertama di Malaysia
    Menawarkan dessert inovatif yang sihat, ringan dan penuh nutrisi.
  2. Vegan-Friendly & Dairy-Free Options
    Direka untuk peminat dessert sihat, plant-based dan mereka yang mempunyai dietary preference tertentu.
  3. Freshly Churned Daily
    Gelato dihasilkan secara langsung melalui live gelato churning machines untuk memastikan tekstur paling segar.
  4. Dua Perisa Eksklusif Malaysia
    Pomegranate dan Matcha dilancarkan khusus untuk cawangan Malaysia.
  5. Ruang Minimalis Ala Korea
    Atmosfera moden, tenang dan clean. Sangat sesuai untuk foto dan konten media sosial.
  6. Bahan Semula Jadi Berkualiti
    Tiada bahan berlebihan, hanya bahan asli yang mengekalkan rasa jujur dan tekstur sempurna.

Maklumat Cawangan TOFU G TRX

Outlet TOFU G di TRX

📍 Alamat: Lot L2T.06.0, Level 2, The Exchange TRX
🕙 Waktu Operasi: 11:00 pagi – 11:00 malam
🌐 Website: https://tofug.my
📱 Instagram: https://www.instagram.com/tofug.trx/
📞 Telefon: 011-7575 8000

Penutup

Pembukaan TOFU G di The Exchange TRX bukan sahaja memperkenalkan konsep tofu-based gelato pertama di Malaysia, tetapi juga membawa nafas baharu dalam dunia dessert sihat, vegan-friendly dan berasaskan bahan natural. Dengan reka bentuk moden ala Korea, menu yang inovatif dan fokus pada bahan berkualiti, TOFU G TRX pastinya menjadi salah satu destinasi wajib bagi pencinta dessert, gaya hidup sihat dan peminat kulinari Korea.

@projektravel

Tofu G #Gelato Kini di TRX Mall! 🍨 Dessert lovers, korang kena try gelato berasaskan tofu & plant-based yang super creamy ni. Rasa dia ringan, smooth dan lain daripada yang lain . Perfect kalau nak something guilt-free tapi tetap sedap 😍 🟩 Pilihan perisa yang korang boleh cuba: • Vegan Tofu • Vegan High-Protein Tofu • Vegan Black Sesame • Sweet Corn • Sweet Potato • Pistachio • Matcha • Pomegranate 📍 Level 2, Lot 2T.06.0, TRX Mall ⏰ 11 pagi – 11 malam Kalau korang suka dessert yang clean & premium vibe. confirm akan suka yang ni. Pergi rasa sendiri! #KLfoodie

♬ original sound – ProjekTravel – ProjekTravel

Kalau korang suka artikel macam ni dan nak terus ikuti perkembangan tempat makan menarik, dessert baharu dan port lepak terbaru di Malaysia, follow Projek Travel untuk lebih banyak info terkini, review jujur dan cadangan lokasi best setiap minggu.

Jangan lupa save & share artikel ini supaya lebih ramai dapat tahu tentang TOFU G TRX, tofu-based gelato pertama di Malaysia!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *