voco Kuching: Pilihan Hotel Dekat Airport Kuching
Kuching mempunyai daya tarikan tersendiri sebagai destinasi pelancongan yang menggabungkan warisan budaya, kepelbagaian makanan tempatan & keindahan alam semula jadi Sarawak. Sama ada berkunjung untuk menikmati suasana bandar, meneroka tempat menarik atau bercuti bersama keluarga, pemilihan hotel yang selesa menjadi sebahagian penting daripada pengalaman perjalanan.
Antara pilihan penginapan yang boleh dipertimbangkan ialah voco Kuching, sebuah hotel premium baharu di bawah jenama IHG Hotels & Resorts yang membawa pendekatan hospitaliti kontemporari ke ibu negeri Sarawak. Hotel ini menawarkan 321 bilik dan suite, dilengkapi pelbagai kemudahan untuk memenuhi keperluan pelancong percutian mahupun pengembara perniagaan.
Menampilkan reka bentuk moden dengan sentuhan identiti tempatan, voco Kuching bukan sekadar menyediakan tempat untuk berehat. Kehadiran restoran, kemudahan rekreasi & ruang acara turut melengkapkan pengalaman menginap, khususnya bagi pengunjung yang mengutamakan keselesaan sepanjang berada di Kuching.
Dengan lokasinya di Jalan Lapangan Terbang Baru, voco Kuching juga menawarkan akses yang praktikal ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching serta kawasan bandar. Bagi pelancong yang sedang merancang perjalanan ke Sarawak, mengenali keistimewaan, kemudahan dan lokasi hotel ini dapat membantu menentukan sama ada voco Kuching sesuai dijadikan pilihan penginapan sepanjang percutian.
Mengenali voco Kuching, Hotel Pertama Jenama voco di Malaysia
Jenama voco diperkenalkan oleh IHG Hotels & Resorts sebagai konsep penginapan premium yang menekankan pengalaman santai, layanan mesra & identiti tersendiri bagi setiap hotel. Berbeza daripada pendekatan sesetengah hotel antarabangsa yang menampilkan reka bentuk seragam, konsep voco memberi ruang kepada setiap hartanah untuk mengetengahkan karakter destinasi masing-masing.
Di Kuching, pendekatan ini diterjemahkan melalui reka bentuk dalaman yang mengambil inspirasi daripada budaya, hasil kraftangan & suasana kehidupan masyarakat Sarawak. Direka oleh studio reka bentuk hospitaliti SL+A Hotels, ruang dalaman voco Kuching menampilkan gabungan tekstur berlapis, bentuk seni bina yang lembut & perincian kontemporari.
Hasilnya ialah suasana penginapan yang moden tetapi masih mempunyai hubungan dengan identiti tempatan. Pembukaan hotel ini turut memperluaskan pilihan penginapan premium di Kuching. Terutama bagi pengunjung yang datang untuk urusan korporat, percutian keluarga, persidangan & lawatan singkat.
Daripada Hotel Lama kepada Mercu Tanda Baharu Kuching
Salah satu aspek menarik mengenai voco Kuching ialah sejarah bangunan yang menempatkan hotel berkenaan. Sebelum melalui proses pembangunan semula, bangunan ini pernah dikenali sebagai Century Hotel dan kemudiannya Four Points by Sheraton Kuching.
Melalui usaha pembangunan semula oleh Elica Equity Sdn Bhd, bangunan tersebut diberi identiti baharu sebagai sebahagian daripada pembangunan Wisma Elica. Transformasi ini memperlihatkan pendekatan penggunaan semula bangunan sedia ada, atau adaptive reuse, yang membolehkan struktur lama dimanfaatkan untuk memenuhi keperluan hospitaliti moden.
Wisma Elica telah dirasmikan pada 28 Julai 2026, selepas voco Kuching mula beroperasi pada Jun tahun yang sama. Selain hotel, pembangunan ini turut menempatkan Care Collective. Sebuah pusat kesejahteraan warga emas, sekali gus menjadikan kawasan tersebut lebih daripada sekadar lokasi penginapan. Perkembangan ini mencerminkan perubahan landskap pembangunan Kuching yang semakin memberi perhatian kepada gabungan pelancongan, gaya hidup dan kemudahan komuniti.
Lokasi voco Kuching: Berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching
Dari sudut lokasi, voco Kuching mempunyai kelebihan tersendiri kerana terletak di Jalan Lapangan Terbang Baru, Kuching. Menurut maklumat rasmi IHG Hotels & Resorts, hotel ini berada kira-kira lima minit perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan sekitar 15 minit dari Kuching Waterfront, bergantung pada keadaan trafik.
Kedudukan ini menjadikannya pilihan praktikal untuk pelancong yang mengutamakan akses mudah ke lapangan terbang, terutamanya mereka yang mempunyai jadual perjalanan padat. Bagi pengunjung perniagaan, lokasi tersebut turut memudahkan pergerakan antara hotel, lapangan terbang dan kawasan komersial di sekitar bandar.
Walau bagaimanapun, pelancong yang mahu meneroka kawasan bersejarah Kuching dengan berjalan kaki perlu mengambil kira bahawa hotel ini tidak terletak di tengah-tengah kawasan Kuching Waterfront. Penggunaan kereta sewa, e-hailing atau pengangkutan lain lebih praktikal untuk lawatan ke pusat bandar.
Alamat voco Kuching:
Lot 3186–3187, Block 16 KCLD, Jalan Lapangan Terbang Baru, 93350 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Pilihan Bilik dan Suite di voco Kuching
voco Kuching menyediakan 321 bilik dan suite yang direka untuk memenuhi keperluan pelbagai kategori pengunjung. Antara pilihan penginapan yang disenaraikan oleh pihak hotel termasuk bilik Standard, bilik Premium, suite satu bilik tidur, suite dua bilik tidur & Presidential Suite.

Sesetengah bilik premium turut menawarkan balkoni, manakala kategori suite tertentu mempunyai ruang santai serta ruang kerja khusus. Susun atur ini memberikan fleksibiliti kepada tetamu yang menginap untuk tujuan berbeza. Sama ada perjalanan kerja, percutian pasangan mahupun penginapan keluarga.
Reka bentuk bilik menekankan keselesaan kontemporari melalui penggunaan perabot moden, kelengkapan tidur yang selesa & kemudahan yang sesuai untuk keperluan pelancong masa kini. Antara sentuhan istimewa pengalaman voco ialah layanan sambutan yang mencerminkan destinasi tempatan.
Di voco Kuching, tetamu diperkenalkan kepada biskut tradisi Sarawak yang dihasilkan menggunakan gula apong. Dihidangkan dalam bekas anyaman hasil kraftangan artisan tempatan. Perincian kecil seperti ini memperlihatkan usaha hotel menghubungkan pengalaman penginapan antarabangsa dengan warisan Sarawak.
Kemudahan Hotel untuk Percutian dan Penginapan Perniagaan
Sebagai sebuah hotel premium, voco Kuching menawarkan pelbagai kemudahan untuk melengkapkan pengalaman pengunjung. Antara kemudahan utamanya ialah:

- Kolam renang terbuka dengan kawasan cabana untuk berehat.
- Pusat kecergasan MOVE Fitness yang beroperasi 24 jam.
- Sauna dan plunge pool untuk aktiviti relaksasi.
- Restoran serta kafe dan bar yang menyediakan pilihan makanan dan minuman.
- Wi-Fi dan kemudahan parkir untuk tetamu.
- Kemudahan pengecasan kenderaan elektrik bagi pengguna kenderaan yang sesuai.
- Ruang mesyuarat dan acara untuk kegunaan korporat serta majlis sosial.
- Gabungan kemudahan tersebut menjadikan voco Kuching sesuai untuk pelancong yang mahu mengimbangi aktiviti luar dengan masa berehat di hotel.
- Bagi pengunjung yang bercuti bersama keluarga, kemudahan kolam renang & pilihan suite yang lebih luas boleh menjadi pertimbangan penting ketika membuat tempahan.
Pengalaman Menjamu Selera di LUMA dan AMPM
Pengalaman makanan dan minuman merupakan salah satu elemen yang diberikan perhatian di voco Kuching. Hotel ini menampilkan dua konsep utama yang menawarkan suasana berbeza.
LUMA: Gabungan Cita Rasa Tempatan dan Antarabangsa
LUMA ialah restoran utama voco Kuching yang mengetengahkan pendekatan masakan kontemporari dengan pengaruh tempatan dan antarabangsa. Restoran ini menyediakan hidangan untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam dalam suasana yang santai.
Konsepnya sesuai untuk tetamu yang ingin menikmati hidangan di hotel tanpa perlu keluar ke kawasan bandar.
AMPM: Kafe Santai pada Siang Hari, Bar pada Waktu Malam
AMPM pula menawarkan konsep yang lebih fleksibel. Terletak di aras satu, ruang ini berfungsi sebagai kafe pada waktu siang sebelum berubah menjadi tempat bersantai pada sebelah malam.
Pilihan minuman termasuk kopi dan minuman lain, selain hidangan ringan. Kewujudan kedua-dua ruang ini memberikan pilihan kepada tetamu sama ada untuk menikmati hidangan lengkap atau sekadar berehat selepas seharian meneroka Kuching.
Ruang Persidangan dan Acara Berskala Besar
Selain menarik perhatian pelancong santai, voco Kuching turut menyasarkan segmen pelancongan perniagaan dan industri MICE, iaitu Meetings, Incentives, Conferences and Exhibitions. Hotel ini menyediakan lebih 2,400 meter persegi ruang acara fleksibel.
Kemudahan utamanya termasuk Rainforest Ballroom, sebuah dewan besar yang mampu menampung lebih 1,300 tetamu, tertakluk kepada konfigurasi acara. Kapasiti ini menjadikan voco Kuching relevan untuk penganjuran persidangan, majlis makan malam korporat, perkahwinan dan acara berskala besar.
Kehadiran kemudahan sedemikian turut menyokong usaha Kuching untuk menarik lebih banyak acara perniagaan dan pertemuan profesional.
Pendekatan Kelestarian dalam Pengalaman Penginapan
Satu lagi aspek yang diketengahkan oleh voco Kuching ialah pendekatan kelestarian dalam operasi dan kemudahan hotel. Antara inisiatif yang diumumkan termasuk penggunaan sistem air minuman bertapis, kelengkapan mandian dalam bekas isi semula serta bahan isian bantal dan duvet yang diperbuat daripada material kitar semula.
Langkah tersebut selari dengan usaha jenama voco untuk mengurangkan penggunaan bahan sekali guna dan memperkenalkan pilihan yang lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Walaupun inisiatif ini tidak semestinya menjadikan sesebuah hotel bebas daripada kesan alam sekitar, ia merupakan perkembangan positif dalam usaha industri hospitaliti mengamalkan operasi yang lebih lestari.
Tempat Menarik Berhampiran voco Kuching
Menginap di voco Kuching juga memberi peluang kepada pelancong untuk meneroka pelbagai tarikan popular di bandar raya Kuching. Antara destinasi yang boleh dimasukkan dalam jadual perjalanan ialah:
- Kuching Waterfront
Kuching Waterfront merupakan antara kawasan paling ikonik di bandar raya ini.
Terletak di sepanjang Sungai Sarawak, kawasan tersebut terkenal dengan pemandangan sungai, bangunan bersejarah dan suasana santai terutama pada waktu petang. - Borneo Cultures Museum
Bagi pelancong yang berminat memahami sejarah dan kepelbagaian budaya Borneo, Borneo Cultures Museum merupakan destinasi yang wajar dikunjungi.
Muzium ini mengetengahkan warisan masyarakat tempatan melalui pameran budaya, sejarah dan koleksi berkaitan kehidupan di Borneo. - Carpenter Street
Carpenter Street menawarkan suasana bandar lama Kuching dengan deretan bangunan kedai, perniagaan tradisional & seni bina yang mempunyai nilai sejarah.
Kawasan ini sesuai untuk pengunjung yang gemar meneroka budaya tempatan serta mengambil gambar. - Main Bazaar Kuching
Main Bazaar merupakan antara kawasan yang sering dikunjungi pelancong untuk mencari kraftangan, cenderamata dan produk tempatan Sarawak.
Lokasinya berhampiran kawasan Waterfront, menjadikannya mudah digabungkan dalam satu lawatan ke pusat bandar.
Berapakah Harga Bilik di voco Kuching?
Harga penginapan di voco Kuching bergantung pada tarikh perjalanan, kategori bilik, jumlah tetamu, promosi dan syarat tempahan. Kadar bilik juga boleh berubah ketika musim cuti sekolah, cuti umum dan penganjuran acara besar di Kuching.
Oleh itu, pengunjung disarankan menyemak harga terkini melalui laman web rasmi IHG Hotels & Resorts sebelum membuat tempahan. Semasa membandingkan harga, perhatikan sama ada kadar yang dipaparkan merangkumi sarapan, cukai dan caj berkaitan.
Polisi pembatalan dan pilihan pembayaran juga wajar diperiksa supaya pakej yang dipilih benar-benar bersesuaian dengan keperluan perjalanan.
Kesimpulan: voco Kuching Menawarkan Pilihan Baharu untuk Penginapan Premium di Sarawak
Pembukaan voco Kuching memperlihatkan perkembangan positif dalam landskap hospitaliti bandar raya Kuching. Dengan gabungan 321 bilik dan suite, kemudahan moden, ruang acara berskala besar serta reka bentuk yang mengetengahkan identiti Sarawak, hotel ini menawarkan pilihan menarik kepada pelancong domestik & antarabangsa.
Lokasinya berhampiran lapangan terbang memberikan kelebihan khusus kepada pengunjung perniagaan dan mereka yang mengutamakan kemudahan perjalanan. Pada masa yang sama, transformasi bangunan lama kepada Wisma Elica menambah nilai kepada kisah pembangunan hotel ini.
Bagi sesiapa yang sedang merancang percutian ke Kuching dan mencari hotel premium dengan kemudahan lengkap, voco Kuching merupakan antara pilihan penginapan yang wajar dipertimbangkan.
- voco Kuching by IHG: Hotel Dekat Airport Kuching dengan Penginapan Premium dan Lokasi Strategik
- Nights of Fright 12: APE-OCALYPSE 2026 di Sunway Lagoon, KL
- Cuti Deepavali 2026: Tarikh Cuti Umum, Cuti Sekolah dan Peluang Rancang Percutian
- Tiket Tren Deepavali 2026: KTMB Tambah 11,888 Tempat Duduk
- Club Med Lijiang: Resort All-Inclusive dengan Pemandangan Jade Dragon Snow Mountain