AirAsia Umum Laluan Baharu KL & Kuching ke Pontianak, Indonesia Bermula September 2025

AirAsia lancar penerbangan baharu ke Pontianak Indonesia
Kongsi Artikel ini

AirAsia Umum Laluan Baharu KL & Kuching ke Pontianak, Indonesia Bermula September 2025

AirAsia Malaysia terus memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju penerbangan serantau dengan melancarkan dua laluan antarabangsa baharu yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Kuching ke Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia. Laluan ini akan mula beroperasi bermula 12 September 2025, menjadikan AirAsia sebagai satu-satunya syarikat penerbangan antarabangsa yang beroperasi di ibu negeri Kalimantan Barat itu.

Langkah strategik ini menyusuli kejayaan pelancaran laluan Kuala Lumpur-Palembang pada Julai dan Kuala Lumpur-Semarang yang bakal bermula September ini. Dengan kemasukan Pontianak dalam rangkaian penerbangannya, AirAsia kini menghubungkan 17 destinasi di Indonesia melalui 223 penerbangan mingguan antara kedua-dua negara.

Meningkatkan Hubungan Serantau & Sektor Pelancongan

Pelancaran laluan ke Pontianak ini bukan sekadar memperluas rangkaian penerbangan, malah menjadi sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan diplomatik, ekonomi dan pelancongan antara Malaysia dan Indonesia. Inisiatif ini turut menyokong sasaran kerajaan Malaysia untuk menarik 4.3 juta pelancong dari Indonesia pada tahun 2025, serta membantu Sarawak mencapai sasaran lima juta pelawat menjelang akhir tahun ini.

Bagi pihak Indonesia pula, laluan ini dijangka menyumbang kepada matlamat 16 juta ketibaan pelancong antarabangsa, dengan Malaysia kekal sebagai antara pasaran penyumbang utama ke negara jiran itu.

Komitmen AirAsia Dalam Memperluas Rangkaian

Datuk Kapten Fareh Mazputra, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, menyatakan bahawa laluan ini dilancarkan berdasarkan permintaan tinggi terhadap ketersambungan udara antara Malaysia dan Kalimantan Barat.

"Dengan pelancaran penerbangan dari hab utama kami di Kuala Lumpur dan Kuching, kami menyediakan lebih banyak kemudahan dan fleksibiliti buat penumpang, di samping menyumbang kepada pertumbuhan pelancongan dan pembangunan ekonomi kedua-dua negara," katanya.

Promosi Istimewa Sempena Pelancaran

AirAsia turut memperkenalkan promosi tambang menarik sempena pelancaran laluan baharu ini. Tempahan boleh dibuat sehingga 3 Ogos 2025, untuk perjalanan antara 12 September 2025 hingga 28 Mac 2026.

Berikut adalah butiran promosi:

  • ✈️ Kuala Lumpur – Pontianak: Serendah RM159 sehala (termasuk semua)
  • ✈️ Pontianak – Kuala Lumpur: Bermula RP499,000 sehala
  • ✈️ Kuching – Pontianak: Serendah RM149 sehala
  • ✈️ Pontianak – Kuching: Bermula RP467,371 sehala

Sumber: www.bharian.com.my

Pelancaran laluan baharu ini membuka lebih banyak peluang kepada pelancong Malaysia dan Indonesia. Ia juga memperkukuh hubungan ekonomi dan budaya antara dua negara jiran. Pontianak kini lebih mudah diakses; sama ada untuk pelancongan, perniagaan, mahupun perubatan.

Jadi, kalau korang tengah cari destinasi unik untuk diterokai, Singgah Pontianak naik AirAsia! Ikuti @ProjekTravel di media sosial untuk lebih banyak info pelancongan terkini. Jangan lupa simpan & kongsikan artikel ni kalau bermanfaat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *