Apa yang Menarik di Labuan Bajo 2025
Labuan Bajo merupakan destinasi pelancongan tropika yang semakin mendapat tempat di hati para pengembara, bukan sahaja dari rantau Asia Tenggara malah dari seluruh dunia. Labuan Bajo dimana?Terletak di hujung barat Pulau Flores, Nusa Tenggara Timur, Indonesia; Labuan Bajo kini menjadi lokasi tumpuan utama pelancong yang ingin melakukan aktiviti sailing sambil menikmati keindahan alam semula jadi, aktiviti laut yang menakjubkan dan pengalaman unik melihat komodo, reptilia purba yang hanya wujud di kawasan ini.
Sebab Labuan Bajo Jadi Destinasi Wajib Tahun Ini!
1. Gerbang ke Taman Nasional Komodo
Salah satu tarikan utama percutian ke Labuan Bajo ialah ia merupakan pintu masuk ke Taman Nasional Komodo, kawasan yang dilindungi dan diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Di sini, pengunjung berpeluang melihat komodo dragon dalam habitat liar mereka di Pulau Komodo dan Pulau Rinca. Pengalaman ini sangat unik kerana komodo tidak terdapat di mana-mana tempat lain di dunia.
2. Island Hopping ke Pulau-Pulau Eksotik
Percutian ke Labuan Bajo tidak lengkap tanpa aktiviti island hopping ke pulau-pulau sekitarnya. Antara pulau paling popular termasuk:
- Pulau Padar – Menawarkan pemandangan dramatik dari puncak bukit, sesuai untuk aktiviti hiking dan fotografi.
- Pulau Kanawa – Dikenali dengan terumbu karang yang indah dan sesuai untuk snorkeling dan diving.
- Pulau Kelor – Lokasi santai untuk berkelah dan berenang di air laut yang jernih.
3. Pink Beach Labuan Bajo
Salah satu pantai paling unik di dunia, Pantai Merah Jambu (Pink Beach) merupakan destinasi wajib lawat di Labuan Bajo. Warna merah jambu pada pasirnya terhasil daripada campuran pasir putih dan serpihan koral merah, menjadikan pantai ini sangat fotogenik dan Instagram-worthy.
Aktiviti Menarik di Labuan Bajo
Selain island hopping dan snorkeling, pelancong juga boleh menikmati pelayaran mewah menggunakan kapal Phinisi tradisional. Banyak pakej pelayaran disediakan termasuk makan malam atas kapal, sunset cruise, dan lawatan ke Manta Point untuk berenang bersama ikan pari gergasi.
Bagi penggemar selam skuba, Labuan Bajo adalah salah satu destinasi diving terbaik di Asia Tenggara, dengan keindahan biodiversiti laut yang sukar ditandingi.
Penginapan Mesra Bajet Hingga Mewah
Pelancong ke Labuan Bajo boleh memilih dari pelbagai jenis penginapan bajet, homestay mesra backpackers, hingga resort mewah seperti Ayana Komodo Resort, Plataran, dan Sudamala Resort. Kebanyakan hotel menawarkan pemandangan laut yang menenangkan serta akses mudah ke jeti pelancongan.
Tips & Info Berguna Untuk Percutian ke Labuan Bajo
- Waktu terbaik melawat: April hingga Oktober (musim kering)
- Lapangan Terbang: Komodo Airport (LBJ), penerbangan AirAsia terus dari Kuala Lumpur (3jam 30min)
- Tempoh ideal: 3–5 hari
- Pakaian disyorkan: Ringan, mudah kering, dan sesuai untuk aktiviti laut
- Perlu bawa: Sunblock, topi, sandal getah, kamera kalis air
Labuan Bajo bukan sekadar tempat untuk bercuti, tetapi sebuah pengalaman hidup yang mengubah perspektif tentang keindahan alam. Ia menawarkan kombinasi sempurna antara pengembaraan, rehat, dan keunikan budaya tempatan.
Jika korang mencari destinasi tropika yang masih belum terlalu sesak dan menyimpan banyak keindahan asli, Labuan Bajo adalah jawapannya. Jadi, masukkan Labuan Bajo dalam senarai percutian bucket list korang tahun ini!
Simpan dan kongsikan artikel ini dengan rakan travel korang! Untuk lebih banyak inspirasi destinasi tropika dan tips percutian, jangan lupa follow Projek Travel di media sosial.
- Sidang ASEAN 2025: AirAsia Arah Penumpang Rancang Perjalanan Awal
- AirAsia X Lancar Penerbangan Terus Laluan Kuala Lumpur – Tashkent | Tambang Promosi RM799*
- Langkawi Atasi Bali & Phuket! Dinobat Pulau Kedua Terbaik Asia oleh Conde Nast Traveler
- Resipi Sup Tulang Thai
- 8 Keajaiban UNESCO di Arab Saudi
3 thoughts on “Apa yang Menarik di Labuan Bajo 2025? Ini 7 Sebab Korang Patut Pergi!”