Contoh Format Surat Rasmi Cuti Sekolah | Dalam dunia pendidikan, kehadiran murid ke sekolah sangat dititikberatkan. Namun, terdapat situasi tertentu yang memerlukan murid memohon cuti; sama ada atas urusan keluarga, kesihatan atau sebab-sebab tidak dapat dielakkan.
Justeru itu, penting bagi ibu bapa atau penjaga mengetahui cara buat surat cuti sekolah yang betul mengikut format surat rasmi yang diiktiraf. Surat yang disusun kemas bukan sahaja mencerminkan tanggungjawab ibu bapa, tetapi juga memudahkan urusan pihak sekolah dalam merekod dan mempertimbangkan permohonan cuti.
Artikel ini akan membantu korang memahami format asas surat rasmi cuti sekolah, disertakan contoh surat cuti sekolah yang betul.
Cara Buat Surat Cuti Sekolah yang Betul
Menulis surat cuti sekolah tidaklah sukar jika tahu asasnya. Ini ialah beberapa elemen penting yang mesti ada:
- Maklumat pengirim (ibu/bapa/penjaga): Nama, alamat dan nombor telefon.
- Tarikh surat ditulis.
- Maklumat penerima: Nama guru kelas, kelas anak dan nama sekolah.
- Tajuk surat: Gunakan frasa “Permohonan Cuti Sekolah”.
- Isi kandungan surat:
Nyatakan sebab cuti dengan sopan.
Nyatakan tempoh cuti (tarikh mula dan akhir).
Jaminan bahawa anak akan menggantikan tugasan sekolah. - Penutup surat dengan ucapan terima kasih.
- Nama dan tandatangan pengirim.
Contoh Format Surat Rasmi Cuti Sekolah
Berikut contoh surat rasmi yang boleh korang salin atau sesuaikan:
[Nama Ibu/Bapa/Penjaga]
[Alamat Rumah]
[No. Telefon]
Tarikh: 3 Jun 2025
Kepada:
Guru Kelas 5 Bestari
Sekolah Kebangsaan Seri Damai
Kuala Lumpur
Per: Permohonan Cuti Sekolah Anak Saya
Dengan segala hormatnya, saya [Nama Penuh Penjaga], ingin memohon cuti bagi anak saya:
Nama Murid: Nur Aisyah binti Ahmad
Tahun/Darjah: 5 Bestari
Tarikh Mohon Cuti: 5 hingga 7 Jun 2025
Sebab: Menghadiri kenduri keluarga di luar negeri
Saya berharap pihak sekolah dapat mempertimbangkan permohonan ini. Anak saya akan berusaha menggantikan semua kerja sekolah yang tertinggal.
Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan amanah,
(tandatangan)
[Nama Penuh Penjaga]
Kenapa Penting Surat Cuti Sekolah?
- Disiplin: Mengajar anak pentingnya adab dan tanggungjawab.
- Rekod rasmi: Surat boleh dijadikan bukti sokongan jika perlu.
- Elak salah faham: Guru tahu sebab ketidakhadiran murid.
Mengetahui cara buat surat cuti sekolah yang betul sangat penting untuk memastikan komunikasi yang baik antara ibu bapa dan pihak sekolah. Dengan mengikuti contoh format surat rasmi di atas, korang boleh menulis surat yang kemas, jelas dan mudah difahami. Jangan lupa rancang awal semasa cuti sekolah bulan 6 2025 dan cuti sekolah bulan 9 2025, supaya semua urusan berjalan lancar.
Baca : Kalendar Cuti Sekolah 2025 / 2026
Save dan share artikel ini untuk rujukan akan datang. Jangan lupa follow media sosial Projek Travel untuk info berguna tentang pendidikan, travel dan gaya hidup keluarga di Malaysia!