Cuti Panjang Hari Keputeraan Sultan Kelantan 2025

Cuti Panjang Hari Keputeraan Sultan Kelantan 2025
Kongsi Artikel ini

Cuti Panjang Sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan 2025: Sekolah Boleh Mohon Cuti Ganti 28 September

Kalender hujung September 2025 sememangnya berpihak kepada rakyat Kelantan. Bersempena dengan Hari Keputeraan DYMM Sultan Kelantan pada 29 & 30 September (Isnin & Selasa), masyarakat di negeri Cik Siti Wan Kembang berpeluang mengatur percutian panjang.

Latar Belakang Cuti

Mengikut jadual rasmi, negeri Kelantan sudah pun mempunyai cuti mingguan pada 26 & 27 September 2025 (Jumaat & Sabtu). Tambahan pula, cuti umum negeri bagi meraikan Hari Keputeraan Sultan Kelantan jatuh pada hari Isnin & Selasa. Ini menjadikan 28 September 2025 (Ahad) berada di tengah-tengah antara cuti mingguan dan cuti umum.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan memaklumkan bahawa pihak sekolah dibenarkan untuk memohon cuti ganti pada tarikh tersebut (28/9/2025). Permohonan perlu dibuat menerusi Sistem Pengurusan Sekolah MOEIS KPM sebelum tarikh tutup iaitu 20 September 2025.

Pilihan Sekolah

Mengikut perkongsian guru-guru tempatan, dijangkakan keputusan sekolah di seluruh negeri adalah seperti berikut:

  • 80% sekolah akan memilih cuti peristiwa (cuti khas tanpa ganti).
  • 10% sekolah akan ambil cuti tetapi perlu buat hari ganti persekolahan.
  • 10% lagi beroperasi seperti biasa tanpa cuti tambahan.

Dengan ini, cuti tambahan bergantung sepenuhnya kepada budi bicara sekolah masing-masing.

Zon Bercuti & Perancangan

Bagi ibu bapa, guru, serta murid-murid di Kelantan, inilah masa sesuai untuk rancang aktiviti keluarga atau percutian pendek. Berikut jadual ringkas cuti:

TarikhHariStatus CutiCatatan
26 Sept 2025JumaatCuti MingguanNegeri Kelantan
27 Sept 2025SabtuCuti MingguanNegeri Kelantan
28 Sept 2025AhadCuti Peristiwa / Cuti GantiBergantung kepada keputusan sekolah masing-masing
29 Sept 2025IsninCuti Umum Hari Keputeraan Sultan KelantanSeluruh negeri
30 Sept 2025SelasaCuti Umum Hari Keputeraan Sultan KelantanSeluruh negeri

Majlis Perarakan Kereta Berhias 2025

Bagi menyemarakkan lagi sambutan, sebuah acara gilang-gemilang akan diadakan iaitu Majlis Perarakan Kereta Berhias sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Muhammad V yang ke-56.

Tarikh: Sabtu, 12 Rabiul Akhir 1447H bersamaan 4 Oktober 2025
Masa: 8:00 malam
Tempat: Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan

Acara ini dijangka menarik penyertaan pelbagai agensi, daerah dan organisasi dengan persembahan kereta berhias yang penuh kreativiti, memaparkan identiti budaya, warisan dan keunikan Kelantan.

Kesempatan cuti sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Kelantan ini memberi peluang kepada rakyat negeri Kelantan untuk meraikan kedaulatan institusi diraja di samping menikmati waktu rehat yang berharga. Semoga cuti panjang ini membawa keberkatan dan keceriaan kepada seluruh rakyat Kelantan. Daulat Tuanku!

Baca juga: Cuti Umum Kelantan 2025

👉 Jangan lupa share artikel ni dengan kawan-kawan geng sekolah atau keluarga supaya sama-sama boleh plan cuti panjang hujung September ni. Follow Projek Travel di media sosial untuk update terkini pasal travel & lifestyle menarik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *