Pengalaman, perkongsian jujur dan Itinerary Labuan Bajo 2026. Nature, adventure & cultural experience.
Labuan Bajo merupakan pintu masuk ke Taman Negara Komodo yang kini sedang berkembang sebagai salah satu destinasi premium di Asia Tenggara yang menggabungkan keindahan landskap marin, warisan budaya Flores, serta pengalaman pelayaran eksklusif yang sukar ditandingi.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, peningkatan akses penerbangan terus dan pembangunan infrastruktur pelancongan telah menjadikan Labuan Bajo lebih mudah diterokai, sekaligus menarik minat pelancong dari seluruh dunia, termasuk rakyat Malaysia yang semakin cenderung kepada pengalaman travel berkonsepkan “nature + adventure”.
Namun begitu, merancang perjalanan ke Labuan Bajo bukan semudah destinasi bandar lain. Faktor jarak antara lokasi, keperluan logistik untuk island hopping, serta pemilihan jadual sailing trip memerlukan perancangan yang teliti agar setiap hari dimanfaatkan sepenuhnya.
Justeru, artikel ini menyusun itinerary Labuan Bajo 7 hari 6 malam secara sistematik dan praktikal, merangkumi gabungan aktiviti darat dan laut. Daripada eksplorasi bandar, lawatan budaya di Flores, hinggalah pengalaman pelayaran di sekitar Komodo National Park.
Kalau korang sedang merancang trip ke sini, inilah panduan lengkap yang boleh dijadikan rujukan utama.
Itinerary Labuan Bajo 7H6M 2026
Berikut merupakan itinerary Labuan Bajo 6 hari 5 malam yang lengkap dan tersusun. Itinerary ini disusun berdasarkan pengalaman sebenar, merangkumi aliran perjalanan yang praktikal, pilihan aktiviti utama serta cadangan tempat makan yang menarik di Labuan Bajo untuk korang cuba.
✈️ Hari 1 (24 Mac 2026) – Ketibaan di Labuan Bajo

Perjalanan bermula dengan menaiki penerbangan terus AirAsia dari Kuala Lumpur ke Labuan Bajo, yang mengambil masa hanya sekitar lebih 3 jam. Pastikan korang ada isi borang Indonesian Custom Desclaration (e-CD) sebelum sampai (di sarankan sehari sebelum bertolak untuk pelancaran proses di kaunter imigresen).
Electronic Customs Declaration (ECD):
🔗 https://ecd.beacukai.go.id/
Sejujurnya, proses imigresen di sini agak perlahan dan memerlukan sedikit kesabaran kerana tempohnya boleh mengambil masa yang agak lama.
Selepas selesai urusan di kaunter imigresen, kami terus disambut oleh pihak Elang Hillside Bamboo Villas dan dibawa ke penginapan menggunakan perkhidmatan free airport transfer yang disediakan. Menariknya, jarak dari lapangan terbang ke resort ini sangat dekat. Tidak sampai 5 minit perjalanan dengan kereta.
Elang Hillside Bamboo Villas merupakan sebuah penginapan berkonsepkan alam semula jadi yang cukup unik. Rekabentuk villa dibina sepenuhnya menggunakan buluh dan dikelilingi oleh pemandangan bukit dan laut yang menenangkan. Penginapan ni sesuai untuk korang yang mencari suasana privasi dan ketenangan sebaik tiba di Labuan Bajo. Highly Recommended!!
Cadangan aktiviti:
- Daftar masuk & berehat selepas perjalanan
- Nikmati suasana villa yang tenang dan eksklusif
- Luangkan masa menikmati sunset dari kawasan penginapan
👉 Hari pertama lebih kepada fasa penyesuaian, jadi ambil peluang untuk recharge sebelum memulakan itinerary yang lebih padat pada hari-hari berikutnya.
🛵 Hari 2 (25 Mac 2026) – Explore Labuan Bajo Town
Masuk hari kedua, itinerary diteruskan dengan penerokaan sekitar bandar Labuan Bajo yang terkenal dengan suasana santai serta deretan kafe dan restoran menarik.
Harini kami checkout dari Elang Hillside Bamboo Villas dan berpindah penginapan ke Loccal Collection Hotel, sebuah hotel yang cukup ikonik dengan reka bentuk menarik seakan Santorini dengan pemandangan laut yang menarik.
Bagi memudahkan pergerakan, kami memilih untuk menyewa motosikal. Pilihan yang lebih fleksibel dan menjimatkan untuk meneroka bandar kecil ini.
Aktiviti sepanjang hari:
- 🍽️ Lunch: Nasi Padang (hidangan wajib cuba di Indonesia)
- ☕ Cafe hopping sekitar bandar
- 📸 Explore spot menarik di Labuan Bajo town
- 🌅 Dinner di Escape Bajo (suasana sunset yang cantik)
- 🍗 Food hunting di d’BestO
- 🍨 Dessert di Maison Belmont Gelato
👉 Hari kedua lebih santai, sesuai untuk korang kenali vibe Labuan Bajo sebelum memulakan pengembaraan yang lebih mencabar pada hari berikutnya.
🌄 Hari 3 (26 Mac 2026) – Eksplorasi Jalur Flores (Budaya & Landskap Unik)
Hari ketiga merupakan antara hari paling bermakna dalam itinerary ini kerana korang akan berpeluang meneroka sisi asli Pulau Flores. Jauh dari kawasan pelancongan utama Labuan Bajo.
Perjalanan dimulakan seawal pagi dengan day trip menuju ke kawasan pedalaman melalui laluan yang dikenali sebagai Jalur Flores. Sepanjang perjalanan, korang akan disajikan dengan panorama gunung-ganang, jalan berliku dan pemandangan kampung tradisional yang masih mengekalkan identiti budaya tempatan.
Lokasi lawatan utama:
- 🏡 Desa Adat Todo – sebuah kampung adat masyarakat Manggarai yang kaya dengan sejarah dan tradisi
- 🌾 Spider Web Rice Field (Cara Village) – sawah unik berbentuk jaring labah-labah yang hanya terdapat di Flores
- 🏘️ Desa Adat Ruteng Pu’u – perkampungan tradisional dengan seni bina rumah adat yang masih terpelihara
Untuk sampai ke destinasi pertama (Desa Adat Todo), kami mengambil masa lebih kurang 4 jam perjalanan. Sepanjang lawatan, korang bukan sahaja dapat menikmati keindahan alam, tetapi juga dapat memahami hubungan erat antara masyarakat tempatan dengan budaya, adat dan warisan nenek moyang mereka.
👉 Walaupun perjalanan agak panjang, pengalaman yang ditawarkan sangat berbaloi, terutamanya bagi korang yang minat travel berunsurkan budaya dan eksplorasi autentik.
🚤 Hari 4 (27 Mac 2026) – Permulaan Sailing Trip Komodo
Hari keempat menandakan permulaan pengalaman paling dinanti-nantikan dalam keseluruhan itinerary. Sailing trip di sekitar Taman Negara Komodo.
Selepas sarapan, kami bergerak ke jeti Labuan Bajo untuk menaiki bot pelayaran (phinisi boat) yang akan menjadi penginapan sepanjang tiga hari dua malam akan datang. Dari saat bot mula berlayar, panorama laut biru Flores yang luas terbentang, memberi pengalaman yang sangat berbeza berbanding hari-hari sebelumnya. Permulaan pelayaran kami di sambut oleh sekumpulan ikan lumba-lumba.
Aktiviti utama:
- 🤿 Snorkelling di kawasan penyu dan Manta Ray. Rezeki kami dapat lihat ikan pari manta secara dekat dalam habitat semula jadi
- 🏝️ Singgah di Taka Makassar, sebuah pulau pasir (sandbank) yang dikelilingi air jernih berwarna turquoise
Sepanjang pelayaran, suasana di atas bot sangat tenang dengan bayu laut, bunyi ombak dan pemandangan pulau-pulau kecil yang seakan tidak berpenghujung. Cuaca juga sangat bagus dengan langit membiru.
👉 Hari pertama sailing ini lebih kepada warming up, tetapi cukup untuk buat korang mula jatuh cinta dengan keindahan laut Labuan Bajo.
🏝️ Hari 5 (28 Mac 2026) – Eksplorasi Komodo National Park
Hari kelima merupakan kemuncak kepada keseluruhan perjalanan, di mana kami akan meneroka lokasi-lokasi paling ikonik dalam Taman Negara Komodo.
Seawal pagi (5.28am) , kami memulakan hari dengan aktiviti hiking di Bukit Padar, yang terkenal dengan panorama tiga teluk berbeza warna. Pendakian tidaklah terlalu mencabar, pemandangan dari puncak benar-benar berbaloi terutamanya ketika matahari terbit. Alhamdulillah, min berjaya tawan pos 6 dalam masa 30 minit.
Aktiviti utama:
- 🥾 Hiking Padar Hill – sunrise view yang sangat ikonik
- 🌸 Pink Beach – pantai unik dengan pasir berwarna merah jambu hasil campuran serpihan karang
- 🐉 Komodo Island – melihat sendiri Komodo dragon di habitat semula jadi ditemani ranger setempat
- 🦇 Kalong Rinca – menyaksikan ribuan kelawar keluar pada waktu senja, satu fenomena alam yang cukup memukau
Hari ini dipenuhi dengan pengalaman yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Gabungan antara cabaran fizikal, keindahan alam dan pertemuan dengan hidupan liar yang jarang ditemui.
👉 Inilah hari yang menjadikan trip Labuan Bajo benar-benar terasa seperti sebuah pengembaraan epik.
🌊 Hari 6 (29 Mac 2026) – Penutup Sailing & Kembali ke Labuan Bajo
Hari keenam merupakan hari terakhir dalam pengalaman sailing sebelum kembali semula ke daratan Labuan Bajo. Suasana pagi terasa lebih santai, memberi peluang untuk menikmati detik akhir di tengah laut sebelum trip berakhir.
Aktiviti pagi:
- 🏝️ Kelor Island – pulau kecil dengan trek hiking pendek yang menawarkan pemandangan 360 darjah
- 🤿 Manjarite – antara spot snorkelling terbaik dengan air yang sangat jernih dan terumbu karang yang cantik
Menjelang tengah hari, bot kembali ke jeti Labuan Bajo. dan kami terus check-in di Zasgo Hotel untuk berehat seketika selepas beberapa hari berada di laut.
Aktiviti petang & malam:
- 🛵 Explore bandar Labuan Bajo secara santai
- 🦐 Dinner seafood di Kampung Ujung, terkenal dengan hidangan laut segar
- 🍗 Sambung food hunting di d’BestO
👉 Hari ini lebih kepada cool down phase. Masa untuk refleksi pengalaman sailing yang luar biasa sebelum menamatkan perjalanan keesokan harinya.
✈️ Hari 7 (30 Mac 2026) – Hari Terakhir & Perjalanan Pulang
Hari terakhir di Labuan Bajo dimulakan dengan suasana yang lebih santai. Ia memberi ruang untuk menikmati detik-detik akhir sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur.
Sebelum ke lapangan terbang, kami sempat meluangkan masa untuk menikmati hidangan terakhir di bandar kecil ini.
Aktiviti:
- 🍨 Dessert di Maison Belmont Gelato *repeat is a must!
- 🍜 Lunch di Flobamor Bakso & Mie Ayam
Selepas itu, kami bergerak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dengan transit di Jakarta menaiki pesawat AirAsia.
Ringkasan Itinerary Labuan Bajo 7H6M
| Hari | Tarikh | Aktiviti Utama | Penginapan |
|---|---|---|---|
| Hari 1 | 24 Mac 2026 | Flight KUL → Labuan Bajo, check-in villa, rehat & sunset | Elang Hillside Bamboo Villas |
| Hari 2 | 25 Mac 2026 | Explore Labuan Bajo town (motor), food hunting & cafe hopping | Loccal Collection Hotel |
| Hari 3 | 26 Mac 2026 | Day trip Jalur Flores (Desa Todo, Spider Web Rice Field, Ruteng Pu’u) | Loccal Collection Hotel |
| Hari 4 | 27 Mac 2026 | Start sailing trip, snorkelling Manta Ray, Taka Makassar | Stay atas phinisi boat |
| Hari 5 | 28 Mac 2026 | Padar Hill, Pink Beach, Komodo Island, Kalong Rinca | Stay atas phinisi boat |
| Hari 6 | 29 Mac 2026 | Kelor Island, Manjarite, balik town, seafood dinner | Zasgo Hotel |
| Hari 7 | 30 Mac 2026 | Dessert & lunch, flight balik (transit Jakarta) | — |
📌 Tips Penting Travel Labuan Bajo
Bagi memastikan perjalanan korang ke Labuan Bajo lebih lancar, selesa dan berbaloi, berikut beberapa tip penting yang boleh dijadikan panduan:
- ✔️ Pilih sailing trip 3D2N
Ini adalah pengalaman paling berbaloi di Labuan Bajo. Korang akan cover hampir semua lokasi ikonik dalam satu trip tanpa perlu rushing. - ✔️ Sewa motosikal untuk eksplorasi bandar
Labuan Bajo merupakan bandar kecil, jadi motor adalah pilihan paling fleksibel dan menjimatkan untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain. - ✔️ Sediakan wang tunai secukupnya
Walaupun ada tempat yang menerima kad, kebanyakan kedai kecil, warung dan aktiviti tempatan masih bergantung kepada transaksi tunai. - ✔️ Mulakan hiking Padar Hill seawal pagi
Selain dapat menikmati sunrise yang cantik, korang juga boleh mengelakkan cuaca panas yang agak mencabar semasa mendaki. - ✔️ Bawa keperluan asas seperti sunscreen dan dry bag
Aktiviti laut dan cuaca tropika memerlukan perlindungan tambahan. Sunscreen untuk lindungi kulit, manakala dry bag penting untuk melindungi barang daripada air.
👉 Dengan persiapan yang betul, pengalaman travel korang di Labuan Bajo pasti jadi lebih smooth dan menyeronokkan.
Direct Flight AirAsia KUL – LBJ
Berita baik untuk rakyat Malaysia yang ingin bercuti di Labuan Bajo. AirAsia kini menawarkan penerbangan langsung dari Kuala Lumpur (KUL) ke Labuan Bajo (LBJ) sebanyak tiga kali seminggu, iaitu setiap Selasa, Khamis dan Sabtu. Laluan ini memudahkan perjalanan tanpa transit, menjimatkan masa dan memberi lebih fleksibiliti untuk merancang percutian ke destinasi eksotik ini. Dengan akses yang lebih mudah, Labuan Bajo kini semakin dekat untuk diterokai.

Kesimpulan
Labuan Bajo bukan sekadar destinasi pelancongan, tetapi sebuah pengalaman perjalanan yang menyatukan keindahan alam, kekayaan budaya dan elemen pengembaraan dalam satu pakej yang lengkap. Daripada eksplorasi bandar yang santai, perjalanan panjang ke pedalaman Flores yang sarat dengan nilai tradisi, hinggalah pengalaman pelayaran di sekitar Taman Negara Komodo. Setiap hari menawarkan perspektif yang berbeza dan sukar dilupakan.
Dengan perancangan itinerary yang tersusun seperti ini, korang bukan sahaja dapat mengoptimumkan masa, malah berpeluang menikmati setiap momen tanpa rasa tergesa-gesa. Inilah antara destinasi yang benar-benar memberi nilai kepada konsep “travel for experience”, bukan sekadar checklist semata-mata.
Jika korang sedang mencari trip yang menggabungkan nature, adventure dan cultural experience, Labuan Bajo adalah jawapan yang tepat untuk dimasukkan dalam bucket list korang tahun ini.
Nak lebih banyak itinerary lengkap, hidden gems dan tip travel terkini? Follow media sosial Projek Travel sekarang! Jangan lupa simpan artikel ni sebagai rujukan trip korang & share dengan travel partner. Mana tahu ini next trip korang bersama!
- ITINERARY LABUAN BAJO 7H6M (24–30 MAC 2026)
- Pergi Haji Naik Kapal Laut : Kisah Jemaah Melayu Zaman Dahulu Menempuh Lautan Berbulan-Bulan
- Falsafah Sirih Junjung Dalam Adat Melayu: Simbol Adab, Maruah dan Kesantunan
- Diskaun ETS 30% & Pas ERL Baharu: Jimat Kos Harian
- Komodo Dragon: Fakta “Naga Dunia Nyata” Paling Berbahaya