Makanan Kelantan vs Terengganu: Ketahui Beza Nasi Dagang, Singgang & Ketupat Sotong

Makanan Kelantan vs Terengganu
Kongsi Artikel ini

Kelantan dan Terengganu terkenal sebagai negeri Pantai Timur yang kaya dengan warisan kulinari. Walaupun kedua-duanya berjiran dan mempunyai banyak persamaan dari segi makanan, terdapat juga perbezaan yang ketara dalam cara penyediaan, bahan dan rasa. Inilah yang menjadikan masakan Pantai Timur begitu unik. Pada satu sisi nampak serupa, namun apabila dijamah, terasa kelainannya.

Kombinasi persamaan dan perbezaan inilah yang memperkayakan khazanah kulinari Pantai Timur, menjadikan kedua-dua negeri ini destinasi menarik bagi pencinta makanan tradisional.

Perbezaan Makanan Tradisional Kelantan dan Terengganu

1. Nasi Dagang Kelantan vs Terengganu

Nasi Dagang adalah menu sarapan popular di Pantai Timur, tetapi resipi antara Kelantan dan Terengganu nyata berbeza.

Kelantan: Menggunakan beras campur dengan beras pulut. Lepas tu kuah dia ada pilihan, kadang ikan tongkol, kadang kerutuk ayam/itik (tengok tempat, selalunya kuah yang gini kiranya kuah fancy fancy gitu)
Terengganu: Menggunakan beras putih biasa, halba, jeruk, gulai darat dengan ikan aya.

πŸ‘‰ Perbezaan utama: Jenis beras dan kuah gulai/kari.

2. Ikan Singgang Kelantan vs Terengganu

Singgang ialah rebusan ikan berkuah jernih yang menyihatkan. Namun, bahan yang digunakan berbeza antara Kelantan dan Terengganu.

Kelantan: Kuah jernih dengan bahan asas seperti bawang merah, bawang putih, asam keping, garam dan lada hitam. Rasanya masam segar tanpa kunyit.
Terengganu: Menggunakan ramuan sama tetapi ditambah kunyit hidup, menjadikan kuahnya kekuningan dan beraroma lebih wangi.

πŸ‘‰ Perbezaan utama: Kelantan tidak letak kunyit, Terengganu letak kunyit.

3. Ketupat Sotong Kelantan vs Terengganu

Tupat Sotong atau sotong sumbat pulut ialah pencuci mulut tradisional yang terkenal di Pantai Timur.

Kelantan: Dimasak dengan kuah nisan (gula melaka/nisan kerek), menjadikan rasanya manis pekat.
Terengganu: Tidak menggunakan nisan, sebaliknya dimasak dengan kuah santan berempah halba, menghasilkan rasa lemak beraroma rempah.

πŸ‘‰ Perbezaan utama: Kelantan guna nisan, Terengganu guna santan halba tanpa nisan.

HidanganVersi KelantanVersi Terengganu
Nasi DagangBeras campur pulut. Kuah ada variasi – kadang gulai ikan tongkol, kadang kerutuk ayam/itik (lebih β€˜fancy’ ikut tempat).Beras putih biasa dimasak bersama halba & jeruk. Lauknya gulai darat dengan ikan aya.
Ikan SinggangKuah jernih, tidak menggunakan kunyit.Kuah kekuningan kerana ditambah kunyit hidup.
Ketupat SotongKuah manis berasaskan nisanKuah santan berempah halba, tanpa nisan.

Persamaan menjadikan makanan Kelantan dan Terengganu mudah dikenali, manakala perbezaannya pula memberi kepelbagaian pada setiap hidangan. Dari Nasi Dagang, Singgang hingga Ketupat Sotong, setiap negeri ada citarasa tersendiri yang mencerminkan budaya setempat. Kepelbagaian inilah yang menjadikan kulinari Pantai Timur sentiasa istimewa untuk diterokai.

✨ Jangan lupa follow Projek Travel di media sosial untuk lebih banyak cerita menarik tentang makanan, budaya, dan destinasi pelancongan. Kongsikan artikel ini supaya lebih ramai dapat merasai keindahan warisan rasa Pantai Timur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *