Menu Baharu KyoChon 2025 & Barangan Eksklusif Byeon Woo Seok

Menu Baharu KyoChon 2025
Kongsi Artikel ini

Menu Baharu KyoChon 2025 | KyoChon Chicken kembali dengan pelancaran menu baharu yang lebih menarik dan penuh kejutan! Dari Shinhwa Puff yang rangup, mocktail Melona yang menyegarkan, hingga hadiah eksklusif Byeon Woo Seok; semuanya tersedia khas untuk korang bermula Mei 2025. Jangan lepaskan promosi terhad dan nikmati pengalaman makan ayam Korea yang lebih seronok dari biasa!

Eksklusif Mei 2025: Rantai Kunci Byeon Woo Seok Edisi Terhad!

Kalau korang peminat K-Drama, ini peluang terbaik untuk bawa pulang sesuatu dari “Nation’s Boyfriend” sendiri! Bermula 15 Mei 2025, setiap pembelian minimum RM60 dalam satu resit di cawangan terpilih KyoChon Chicken (dine-in atau takeaway), korang akan dapat rantai kunci edisi khas Byeon Woo Seok. Tapi ingat, stok sangat terhad, siapa cepat dia dapat!

Rantai kunci edisi khas Byeon Woo Seok

Menu Baharu KyoChon 2025

Shinhwa Puff: Menu Baru KyoChon dengan Rasa Unik Korea & Malaysia

Inilah salah satu menu baru KyoChon yang wajib dicuba; Shinhwa Puff, pastri rangup berintikan ayam, kentang dan keju. Kombinasi unik rasa Korea dan tekstur pastri yang padu, sesuai untuk kudapan bila-bila masa. Bermula hanya RM4.90, korang boleh nikmati snek ni di semua cawangan KyoChon (kecuali Miri).

Shinhwa Puff

Mocktail Melona KyoChon: Minuman Segar & Viral dari Korea

Berkerjasama dengan jenama aiskrim popular Korea, Binggrae, KyoChon kini tampil dengan Melona Mocktails; mocktail buah premium yang menyegarkan dan bergaya!

Antara pilihan mocktail yang boleh korang cuba:

  • Watermelon Strawberry Cooler
  • Fizzy Mango Rose
  • Apple Cooler

Dengan hanya RM16.90 segelas, mocktail ni bukan je sedap tapi insta-worthy! Tambah best, beli dua Melona Mocktails, dan korang akan dapat beg tote edisi khas secara percuma. Tapi promosi ni hanya untuk makan di restoran dan di lokasi terpilih.

Promosi KyoChon Rabu: Ayam Goreng Percuma untuk Office Mommy

Setiap hari Rabu sepanjang bulan Mei 2025, KyoChon meraikan ‘office mommy’ dengan ayam percuma! Cuma berbelanja minimum RM60, dan korang akan dapat 8 ketul wingettes & drumettes PERCUMA. Boleh pilih antara perisa popular seperti Soy Garlic, Honey Garlic, Red, atau perisa terbaru Shinhwa. Sah untuk makan di restoran sahaja dari 11 pagi hingga 5 petang.

Jangan lepaskan peluang keemasan ni! Menu baru KyoChon bukan sekadar ayam; ia adalah gabungan rasa Korea, kejutan eksklusif dan suasana makan yang penuh gaya.


Tunggu apa lagi? Sama ada korang peminat tegar ayam Korea, pencinta K-Drama, atau sekadar nak cuba sesuatu yang baru; menu baru KyoChon kali ini memang berbaloi untuk dicuba. Promosi menarik, rasa yang unik, dan hadiah edisi terhad semuanya hanya untuk masa terhad. Jangan lepaskan peluang ni. Jom ke KyoChon hari ini dan rasai sendiri kelainannya!

Artikel Menarik : Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026)

Jangan lupa untuk follow Projek Travel di media sosial untuk lebih banyak info tentang tempat makan menarik, promosi terkini dan trend makanan viral yang wajib korang cuba.

Kalau artikel Menu Baharu KyoChon 2025 ni bermanfaat, simpan dulu untuk rujukan bila nak ke KyoChon nanti, dan kongsikan dengan kawan-kawan supaya mereka pun tak terlepas promosi menarik ni!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *