Penerbangan Komersial Terpanjang Dunia: Laluan 29 Jam China Eastern Airlines Cetus Sejarah Baharu
Industri penerbangan sekali lagi mencatat sejarah apabila penerbangan komersial terpanjang dunia, yang berlangsung selama 29 jam dan merentasi sejauh 12,400 batu (lebih separuh lilitan bumi), berjaya disempurnakan oleh China Eastern Airlines.
Penerbangan luar biasa ini berlepas dari Shanghai pada 4 Disember jam 2.00 pagi waktu tempatan sebelum selamat tiba di Ezeiza International Airport, Buenos Aires pada jam 4.45 petang. 10 minit lebih awal daripada jadual.
Walaupun pesawat perlu singgah di Auckland, New Zealand untuk mengisi minyak dan pertukaran kru, menjadikannya bukan penerbangan terus terpanjang, ia tetap merangkul gelaran laluan penerbangan komersial terpanjang dari segi tempoh perjalanan.
Laluan Udara Terpanjang Dunia: Lebih 25 Jam Ke Argentina, 29 Jam Untuk Perjalanan Pulang
Laluan dari China ke Argentina memakan masa lebih 25 jam, manakala perjalanan pulang menambah lagi kira-kira 4 jam, menjadikannya laluan komersial terpanjang di dunia.
Ketibaan pesawat disambut meriah dengan majlis sambutan di Shanghai, Buenos Aires, dan Auckland. Ini menandakan detik bersejarah dalam hubungan udara antara tiga benua.
Pesawat Boeing 777-300ER berkapasiti 316 tempat duduk ini kini dijadualkan beroperasi dua kali seminggu sepanjang tahun. Ini memberi kemudahan kepada komuniti diaspora Asia Timur di Argentina yang semakin berkembang pesat.
Menghubungkan Tiga Benua
Menurut kenyataan rasmi China Eastern Airlines. Pembukaan laluan ini mengisi jurang ketiadaan penerbangan terus antara Shanghai dan bandar-bandar utama Amerika Selatan. Laluan ini juga digelar sebagai “southbound corridor”, kerana ia menghubungkan dua hujung Pasifik & membuka dimensi baharu dalam mobiliti antara Asia, Oceania, & Amerika Selatan.
Dengan rekod ini, China Eastern Airlines kini mengatasi Singapore Airlines, yang sebelum ini memegang takhta laluan komersial terpanjang dengan penerbangan New York–Singapore selama 19 jam.
Laluan Ultra-Jarak Jauh Qantas Dijangka Dilancarkan Pada 2027
Dalam pada itu, syarikat penerbangan Australia, Qantas, turut merancang revolusi tersendiri melalui projek “Project Sunrise”. Ia menyasarkan laluan Sydney–London dan Sydney–New York menjelang 2027.
Penerbangan ini berpotensi mencapai 22 jam tanpa henti dengan sokongan tangki bahan api tambahan 20,000 liter. Sekali gus menjadikannya antara cabaran terakhir dalam dunia penerbangan jarak jauh.
Qantas menyifatkan laluan Sydney–London yang meliputi lebih 10,573 batu sebagai “the final frontier of long-haul travel”. Satu visi yang bakal mendefinisikan semula pengalaman penerbangan masa hadapan.
Sumber: www.independent.co.uk
Kesimpulan
Rekod penerbangan 29 jam oleh China Eastern Airlines bukan sekadar pencapaian teknikal. Tetapi simbol perubahan besar dalam hubungan global, mobiliti antara benua, dan perkembangan teknologi pesawat moden.
Dengan pelbagai syarikat penerbangan berlumba-lumba memperkenalkan laluan ultra-jarak jauh. Dunia sedang memasuki era baharu di mana penerbangan terus antara benua semakin mudah dicapai. Dan perjalanan global menjadi lebih efisien berbanding sebelum ini.
Penerbangan terpanjang dunia. longest flight 29 hours. China Eastern Airlines 2026. penerbangan Shanghai Buenos Aires, penerbangan komersial terpanjang, rekod penerbangan dunia, Boeing 777-300ER